Sunday, November 28, 2010

Wanita, Akalnya Senipis Rambutnya...



Jangankan lelaki biasa,
Nabi pun sunyi tanpa wanita,
Tanpa mereka fikiran dan perasaan akan resah,
Masih mencari walau ada segalanya,
Apa yang tiada dalam syurga???
Namun Adam tetap sunyi tanpa Hawa...

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki,
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri yang tidak lurus,
Bagaimana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus...


Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah s.w.t,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah,
Didiklah mereka dengan panduan dariNya...

Jangan cuba menjinakkan mereka dengan HARTA,
Akan nanti mereka akan semakin liar,
Jangan hiburkan mereka dengan KECANTIKAN,
Kerana nantinya mereka akan semakin derita,
Kenalkan mereka pada ALLAH, zat yang kekal...

Akal senipis rambutnya, lebatkan ia dengan ilmu,
Hati serapuh kaca, kuatkan ia dengan iman,
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak,
Suburkanlah ia kerana disitulah nantinya,
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Tuhan,
Bisikkan pada telinga mereka bahawa kelembutan bukan kelemahan,
Ia bukan diskriminasi Tuhan,


Wanita yang lupa hakikat kejadian,
Pasti tidak akan terhibur,
Tanpa iman, ilmu, dan akhlak....
Mereka tidak akan lurus,
Bahkan semakin bengkok,
Itulah sebabnya wanita tidak kenal akan Tuhannya,
Bila wanita jadi durhaka,
Pasti dunia lelaki akan huru hara..

Lelaki pula jangan mengharapkan ketaatan semata-mata,
Tetapi binalah kepimpinan,
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah,
Pimpinlah diri kepadaNya,
Jinakkan diri kepada Allah,
Nescaya Allah akan menjunabkan,
Segala di bawah pimpinanmu...



p/s: Kalau tak silap saya jumpa madah ni waktu tingkatan 4, tahun 2005.  Sama-sama kita renungkan...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails