Bismillahirrahmanirrahim.
Salam Mesra buat semua.
Uhuks...uhuks.. (batuk-batuk kecil sebelum memulakan entri
kali ini)
Percayalah, entri kali ini saya tulis tanpa sebarang
perasaan < -- (this is not true)
 |
Percayalah, tak rasa pape pun.. huhu |
Saya cuma nak bercerita tentang kakak-kakak yang pernah
hadir memberikan makna dalam hidup saya.
Kakak-kakak sahaja sebab kampus
saya tiada ‘abang-abang’.
Susunan penceritaan ini adalah mengikut kronologi masa
perkenalan antara kami. Tak adalah spesifik tarikh, sebab mana nak ingat semua tu.. Huu~
 |
Ini kisahnya, di sini bermula.... |
No 1: Kak Sarah
First Impression: Garang
Wah, kak sarah adalah kakak pertama yang saya kenal.
Ececece... Perkenalan yang mesra ke? Uhuk2x.. Sebenarnya tidak. Masih saya ingat, seawal minggu orientasi kak sarah
datang menjenguk ke bilik. “Awak ni siapa nama..?” Hoho.. Terkebil-kebil la
saya selaku freshie kat ladies’s campus. (erk, mohon untuk tak
rasa menyampah). Dalam hati: Tak kan kat sini ada raging2 kot... Tak
nak2x.. “Dah berapa hari kat sini, tak
kan tudung srikandi ni tak jahit lagi”... “Sebagai junior, awak kena panggil
huda ni kak huda, walaupun awak sebaya je ngan die”... Angguk-angguk kepala
sahaja mendengar semua arahan. Baik, kak.
Itu kak sarah yang saya kenal dulu. Tapi kak sarah bukan
macam yang saya gambarkan. Nak kata kenal sepenuhnya, rasanya tak lagi. Tapi
yang pasti, kak sarah adalah seorang kakak yang caring. Sangat caring...
Itu yang kak Sarah tunjukkan. Apa yang tidak ditunjukkan oleh
Kak Sarah ada banyak lagi. Kak Sarah
in 5
words, that describes her:
Kind>SweetLovely<--
(based on my opinion). Ada satu insiden antara saya dan kak sarah, yang
membuatkan saya rasa macam nak lari laju-laju (sambil kesat titis hangat air
hujan) dan bersembunyi dalam periuk yang besar. (erk, muat ke?). Maafkan saya,
kak sarah kerana banyak menyusahkan akak. Sesungguhnya kejadian itu, besar
impaknya terhadap saya.
Still in trauma,
but I’m trying my best to cope with it. Maaf. Maaf. Maaf. Dan Maaf. Itu
sahaja yang mampu saya lakukan.
No.2: Kak Syafa n Kak Zatul (plus Kak Farina n Kak Wa)
Saya sekalikan mereka berempat kerana pertemuan dengan
mereka ada perkaitan. Kak syafa dan kak zatul, pertama kali jumpa waktu kerja
untuk BISA (Balai Islam Saidatina Aisyah-Biro Penerangan & Informasi-BPI).
Waktu tu, saya kanak-kanak riang yang tak tahu sepak terajang dunia kampus.
Pengalaman cetek dan sangat tak faham gerak kerja. Satu perkara penting yang
saya belajar dengan mereka ialah. ‘KERJA NI, JANGAN NAK BERKIRA’. Gulp!! Itu
perkara pertama yang saya belajar, dan saya cuba untuk pegang sampai sekarang.
Masih saya ingat bagaimana mereka menggunakan duit mereka sendiri tanpa membuat
tuntutan bagi barang-barang keperluan biro kami.
Dengan tidak disangka-sangka, kami bertiga pada yang sama
menerima taklifan yang lebih berat. Diuji dengan Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar (JPP). Kami berempat dari BPI termasuk Amin perlu meneruskan
tanggungjawab dalam JPP. Kak Syafa: Pengerusi SOKEBA, Kak Zatul: Pengerusi BPL,
Amin: Pengerusi BPP, dan saya pula: Naib Pengerusi 2 BADA. Tidak dinafikan
waktu tu, memang tak terlaksana kedua-dua tanggungjawab. BISA agak terabai.
Tapi apapun, kami cuba melakukan yang terbaik agar edaran risalah Tazkirah
Jumaat terus terlaksana.
Suka duka dalam JPP bersama kak Zatul dan Kak Syafa,
teramatlah banyak. Mereka sangat positif dan memandang setiap perkara ada jalan
penyelesaiannya. Melalui kak syafa, saya kenal kak Farina. Kak Farina ni, kawan
kak syafa. Baik orangnya. Bilik saya ngan bilik kak syafa, sebelah-sebelah je.
Jadi selalu lepak sama-sama, borak-borak, cerita-cerita.. Macam-macam la kan
kalau orang perempuan ni. Daripada cerita biasa-biasa sampai ke isu global.
Berjam-jam borak pun tak kisah.
Roomate kak Syafa
pun JPP juga. Kak Salwa. Saya dah lupa tahun pertama jadi JPP tu kak Wa pegang
apa, sebab rasanya kak Wa lebih sinonim dengan jawatan kedua yang dipegangnya
iaitu, Bendahari. Kak Wa dan duit JPP tak dapat dipisahkan. Kak Wa matang,
mungkin sebab kak Wa jodohnya dengan ‘abang long’. (walimah kak Wa: 9 Disember
2011 < -- tarikh penting dalam hidup saya juga). Maaf kak Wa, tak dapat
datang. Umai kirim doa agar kak Wa dan bakal suami berbahagia sampai syurga.
Apa yang sama tentang mereka berempat ialah, kata-kata nasihat
yang tak putus-putus dititipkan pada saya. Cerita-cerita praktikum,
cerita-cerita tentang karenah manusia, hal ehwal wanita, dan sebagainya,
InsyaAllah akan saya ingat. Will miss
their warm hug =.=
No. 3: Kak Zarina
First Impression: Garang
Ehem3x. My YDP and
forever will be. Kak Ina memang tegas orangnya. Dia berani, tak macam saya.
Kak Ina YDP kat kampus saya bagi tenio kepimpinan 2010/2011. Kenal kak Ina ni
jauh-jauh je. Tak berani nak rapat-rapat sangat. Ini dulu, la. (Rapat or
jauh is subjective, ok) Tapi, kak Ina
tak garang sebenarnya. Dia baik. Very
kind, indeed. Dalam hati ada taman bunga. Tak percaya, cuba baca blog dia. Dia
banyak idea-idea segar, tegas, berdisplin, berfikiran mahasiswa. Attitude yang jarang ada pada kebanyakan
penuntut di IPG. Seronok bekerja dan belajar bawah kak Ina. (Kenangan bersama
kak ara datang menjelma... hehe)
Tak sempat nak bercerita banyak dengan kak Ina. Tapi
sebenarnya dah banyak juga yang saya cerita. Mungkin sebab ada banyak benda
lagi yang tak diceritakan, membuatkan kita rasa walapun kita dah cerita banyak
tapi kita rasa macam banyak lagi yang tak diceritakan. Tapi tak mengapa,
masing-masing punyai kekangan masing-masing. Pengalaman, cerita-cerita serta
nasihat kak Ina, sedikit sebanyak sudah saya manfaatkan, semampu kudrat saya. Uhuk2x...
Sebenarnya, banyak lagi yang tak. Perlahan-lahan, saya sebagai insan kerdil ini
cuba bertapak. ^^v
No.3 : Kak Fie
First Impression: Akak ni macam mak-mak (Maksudnya: erm, maksud saya.. keibuan)
Memang keibuan habis la Kak Fie ni. Tak ingat macam mana
kali pertama jumpa Kak Fie, tapi lebih kenal dalam JPP juga. Asyik2 JPP. Tapi
itulah, memang ramai orang saya kenal bila dah berada dalam JPP. Kalau tak,
mesti saya dah berada dalam dunia saya yang tersendiri. Tak nak ambil tahu hal orang.
Kak Fie, sekali pandang, awal-awal kenal, nampak macam lembut hatinya. Memang,
kak Fie memang lembut, tapi Kak Fie bukan lembut yang rapuh. Bukan senang nak
ubah pendirian Kak Fie. Teguh jiwanya. Berani Kak Fie nyatakan kebenaran,
tetapi halus berseni. In the end,
kita tahu ke mana tuju bicara Kak Fie.
Dek kerana sifat keibuannya itu, no wonder la Kak Fie yang
paling awal dapat seru. Aish.. Misconception,
here!!! Jodoh, pertemuan, ajal, maut tu kan di tangan Allah. Yang lain-lain
tu cuma asbab. Antara, kakak-kakak yang saya kenal, Kak Fie yang paling awal
menamatkan zaman bujang. Planning
masa depan Kak Fie, baik punya. Siapa nak belajar merancang masa depan, boleh
bincang dengan Kak Fie. Dia tak akan jemu melayan anda. Hikhik.. Jangan marah,
Kak Fie.. ^^v
No. 4: Kak Azie dan Kak Syaira
Mereka berdua rakan sebilik. Mula-mula Kak Azie. Tanpa
alasan yang diketahui manusia, saya mengenali Kak Azie. Allah mempertemukan
kami. Tautan hati, mungkin. Kita tak tahu urusan Allah ni. Cantik je DIA susun.
Sepanjang kenal Kak Azie, saya kagum dengan sikap tenang dan sabar yang dia
tunjukkan pada saya. Dia seorang yang positif dan tak mudah menggelabah. Tak
banyak cakap, tetapi sesekali dia bersuara, saya terkesan dengan kata-katanya.
“Kak Azie, kalau nak marah.. Kak Azie fikir balik. Semua ni Allah dah susun..
Kenapa kita nak marah-marah? Jadi, sabar~” lembut je Kak Azie cakap, tapi
zupp!!! Itu yang orang cakap, ‘Fasih
dalam diam, lebih jelas dari yang bercakap’. Jangan main-main dengan kuasa
diam. Hoho..
Kak Syaira pula adalah orang yang saya tak akan rasa bahagia
kalau saya tak tengok dia sibuk. Pendek kata, saya memang tak boleh tengok dia
senang. Kih3x. Dalam JPP Kak Syaira pegang Biro Peralatan & Teknik. Biro
yang orang lain rasa macam tak ada apa-apa, tapi bagi kami di IPGK PM,
merupakan biro yang paling penting. Betul la, siapa yang sanggup angkut
berkotak-kotak air mineral dalam jarak hampir 1 km, usung kerusi dari dewan ke
padang, angkat bendera kejohanan waktu KOT, angkat rostrum, dan segala benda angkat
berat. Kudrat Kak Nu (Pengerusi Biro) menggerakkan kami untuk buat semua tu.
Perkara yang hanya dapat difahami bagi sesiapa yang berada dalamnya. Dan
mengenai Kak Syaira pula, dia merupakan expert
dalam bahagian teknikal dewan. Dia suka godek-godek PA System, tanpa
kebenaran.. Last-last boleh guna, dan saya suka menyibuk waktu dia buat kerja.
Cuma nak tengok kesibukan, kacau-kacau dia dan tinggalkan dia sorang-sorang.
Mikrofon, video, dan sewaktu dengannya tu, bagi kat dia je la. Well kak syaira, no longer can kacau u lagi.... uhuks2x.. n the spaghetti.. will miss it..
 |
.....Secangkir kasih sayang.... |
No. 5: Kak Rahmah
‘Bos besar’ saya dalam BADA. 4 tahun Kak Rahmah bekerja
dalam Biro Agama ni. Segala pahit manis bekerja dalam Biro Agama sudah Kak Rahmah
telan. Banyak pengalaman yang dah kak Rahmah kongsi. Style Kak Rahmah, once you
dah mula dengan satu kertas kerja bagi sesebuah program, then you have to settle it until the end. Means: segala macam mak
nenek berkenaan penganjuran sesuatu program harus diselesaikan sendiri. Dari
kertas kerja -- > pelan tindakan -- > surat menyurat -- > tempahan dewan
-- > pinjaman peralatan -- > hubungi penceramah -- > tempahan makanan
(kalau ada) -- > promosi -- > runner waktu program berlangsung -- >
laporan.. dan sewaktu dengannya. Tapi, kak Rahmah tak bagi dengan tangan
kosong. Semua contoh yang lepas-lepas, kak Rahmah dah bagi. The good is, kita belajar untuk tahu
semua benda walaupun sikit-sikit. Penat yang indah bila mana hasilnya adalah
sebuah pengalaman. Sense of satisfaction.
Kak Rahmah, mempunyai tahap motivasi diri yang tinggi.
Berpidato itu, bidangnya. Sekali dia dah mula cakap, jangan mimpi nak potong.
Well, don’t ever judge a book by its cover.. ;)
No.6: Kak Eni
Last but not least. Tak bermakna yang paling tak penting.
Cuma macam yang saya cakap, bergantung kepada masa kami mula mengenali. Kenal
kak Eni macam mana? Juga tanpa alasan yang mampu saya berikan kenapa. Kerana Allah
menginginkan kami bertemu, mungkin... Serta pelbagai kemungkinan yang hanya DIA
sahaja yang tahu. Tapi yang pasti, saya tak akan rasa jemu juga untuk duduk
lepak-lepak kat bilik dia dan bercakap mengenai isu-isu semasa tempatan mahupun
global. Sekali pandang, mungkin orang akan rasa macam dia seorang yang
sarkastik.. (Iye ke, atau tu pandangan saya??) But, one thing is... the more
you know, the more you will explore how lovely she can be... Uhuks2x.. (Do I
have to say that??)
Sukar dibaca, tapi tak sukar untuk dijangka. Itu sahaja yang
boleh saya cakap tentang dia. Tak boleh cakap lebih2x... ^^v
Itulah dia kakak-kakak yang pernah saya kenal. Masanya dah
tiba untuk mereka menyambung perjuangan di medan yang sebenar. Setiap dari
mereka, berbeza. Namun mereka menyimpan hasrat yang sama untuk melakukan
transformasi terhadap dunia pendidikan. Kakak-kakak lain yang tidak saya
nyatakan di sini, pun sebenarnya banyak mendidik saya secara verbal. Saya
perhatikan tindak tanduk dari jauh. Mereka ni memang dah macam cikgu. Mungkin
sebab dah pergi praktikum, kot. Saya ni, praktikum pun belum lagi. Semua yang
saya cakap, semua teori. Pendek kata belum tahu lagi langit tu tinggi ke
rendah.
 |
Semoga Berjaya, kakak-kakak.. ^^v |
“Dah masuk sekolah nanti baru kau tahu ye dik...”
Kepada kakak-kakak IPGK PM, serta guru pelatih yang dah
tamat pengajian kat kampus lain juga (tinggal temuduga je lagi). SELAMAT MAJU
JAYA saya ucapkan. Selamat jadi cikgu yang dirindui oleh anak-anak didik...
Doakan saya berjaya ikut jejak langkah kalian.
 |
Selamat jalan dari kami di IPGK PM |
p/s: kepada kakak-kakak yang namanya tersenarai di atas,
kalau description saya tak berapa
kena.. Minta maaf ye. But, it is you
based on my perception. Lama dah niat nak post entri ni, tapi biarlah semua
selesai dulu. Kurang-kurang tak kena marah depan2... Hehehe
p/s: sekarang, Terengganu memang musim ‘banjir’.. ^^v