Pages

Saturday, October 8, 2011

Siri 3: Monolog Seorang Pencinta (Finale)

Menyimpan rasa

Tamakkah aku, Ya Allah.. ?? Andainya aku mengimpikan insan sepertinya untuk ke tempuhi hari-hari ku?  Aku amat mengasihinya, Tuhan. Bantulah aku Ya Allah.. Sampaikan rasa ini padanya. Engkau ciptakan dia seindah-indah insan dan Engkau sisipkan dihatiku seindah-indah perasaan, jangankah Engkau pisahkan dia daripadaku. Aku bukan siapa-siapa. Aku cuma wanita penyandang sebuah nama yang telah dipilih oleh abah dan umiku. Aku cuma wanita biasa yang masih bertatih membina diri. Aku mungkin melindungi auratku, tapi adakah aku melindungi hatiku? Memakaikan 'tudung' pada hati, bukan satu tugas gampang. Aku tewas berkali-kali. Setiap kali tersedar, aku bangkit. Tapi seringkali juga aku jatuh lagi. Aku gagal dan aku tidak suka rasa itu. Kadang-kala hati terasa penat bermujahadah, ternyata ianya bukan sekadar pahit, namun masyaAllah... Berat sekali..

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Dari Nabi saw., beliau bersabda: Seorang mukmin tidak boleh dua kali jatuh dalam lubang yang sama. (Shahih Muslim No.5317)


"Kau ni kan, aku tengok cantik orangnya. Dah ramai juga yang usya kau... Tapi asal kau buat muka tak reti. Jangan jual mahal sangat. Nanti tak laku"

Menyirap darahku Ya Allah, bila bicara ini terpacul dari bibir teman baikku sendiri. Andai dia tahu perasaan yang sedang aku perangi sekarang. Aku cuma mampu tersenyum, tapi hatiku menjawab lirih.

"Kau ingat sesenang tu aku bak replace tempat abah ngan umi dalam hati aku ni dengan lelaki yang tak tahu nak menghormati aku? Hari ni kata sayang, esoknya pegang tangan perempuan lain. Apa kau ingat abah ngan umi aku ni, siapa? Mereka dah besarkan aku sekian lama, didik aku dengan ilmu agama, bila aku besar.. pilih lelaki yang ntah apa2.. Sia2 je, hidup lama2 tapi benda macam ni pun tak boleh nak fikir.. huuu~ geram betul aku!!! tapi, lain la kalau insan seorang ni... hmmm"


Terlintas sahaja namanya dalam hatiku, bak semilir berhembus lembut merungkai amarah. Astaghfirullahalazim.. MasyaAllah.. Jangan lama-lama rasa ini datang bertandang, aku mungkin tak kuat untuk menyimpan bahagia. Lama aku beristighfar. 


Ketika rasa rindu mulai bermain di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperi akan sebuah rasa yang tak semestinya. Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu. Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai. Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah. Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit.

Allahu, itulah cinta seorang muslimah. Aku tak ingin sekadar menjadi muslimah, Ya Allah.. Aku mahu menggapai muslimah yang bermujahahadah menjadi mukminah. Izinkanlah aku, Ya Allah....

Cipta dari segumpal darah, jelma seraut wajah...

Kedengaran bunyi telefon bimbit ku berbunyi menandakan sms terima dari sahabat tercinta. Mengejutkan ku dari lamunan yang cukup panjang. Tahajudku malam ini kuisi dengan monolong yang panjang... Lalu ku gapai dan di tekan inbox.. view.. dan aku tersenyum.. Sahabat seperjuangan yang sangat aku rindukan. Apa berita darinya kali ini..

Salam. Sahabatku sayang.. Apa kahabarmu di sana..? Hehe.. Lama betul kita tak contact kan?? Sebetulnya, Auni nak mengajak Amirah pergi walimah hari ni. Amirah lapang tak?

Balasku..

Salam.. Iye sahabatku sayang. Lama tak contact, alih2 ajak pergi walimah. Auni punya walimah ke? hehehehe..

Beberapa saat kemudian..

Amirah ni memang. Suka kenakan Auni taw. Tak la.. Bukan Auni, tapi naqibah usrah Auni.. Kak Masyitah.. Rasanya Amirah kenal bakal zaujnya.. Tak silap, satu sekolah dengan Amirah..



Berkerut keningku memikirkan, siapa lah agaknya senior yang dimaksudkannya itu.. Baik ditanya. Entah ya, entah tidak si Auni ni..

Siapa ye, Auni? Kot2 la Amirah kenal, boleh sediakan hadiah awal2.

Sebenarnya hati berdebar menunggu jawapan balasnya.. Adakah dia??? Lambat pula reply...

Sori2.. Tadi Auni angkat wudhu, dah dekat nak azan Subuh, kan..? Erm... Ustaz Imran Zainal, tak silap namanya lebih kurang macam tu la... Sayang, kita jumpa pukul 11 ye. Auni ambil Amirah kat kampus. Jangan lupa, ye... ^^v



MasyaAllah..!!! Benar agakanku. Dialah orangnya... bak halilintar sms itu menggugah hati wanitaku... Dugaan apakah ini, Ya Allah... Baru rasanya aku memohon padamu. Apakah secepat ini jawapannya Ya Allah.. Apakah dengan cara ini aku akan menggapai mukminah? Apakah aku saat ini sedang kecewa ataukah aku sedang bersyukur? Air mata menitis jua akhirnya. Aku wanita yang punya perasaan, diuji dengan rasa, aku akan tewas.. Lirik lagu UNIC menjengah pemikiran luar sedarku..

Bukan mudah,
Bernafas dalam jiwa hamba,
Dan ku cuba,
Menghindarkan pesona maya,
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murkaNya menghukum leka,

Di atas nama cinta,
pada yang Selayaknya,
Ku nafikan yang fana,
Moga dalam hitungan,
Setiap pengorbanan,
Agar disuluh cahaya redhaNya,
(Agar disuluh redhaNya).

...... Biar sendiri ....
 Biar sendiri hingga hujung nyawa,
Asal tak sepi dari kasihNya,
Kerna sesungguhnya haikikat cinta,
Dia yang Esa.
Saratkan hati ini,
Dengan cinta hakiki,
Sehingga ku rasai
NikmatNya, SyurgaNya, RedhaNya


Ya Allah, terima kasih kerana memilih jalan sendiri buatku... Saat ini hatiku pedih, saat ini hatiku kecewa.. Tapi aku tahu engkau janjikan hikmah buatku.. Aku akan mendapatkannya selepas ini.. Aku yakin dan pasti, kerana itu janjiMu.. Solat Subuh berkumandang. Tak sabar untuk aku panjatkan doa buatMu Ya Allah.. Meleraikan resah, dan kusut menyesakkan jiwa... Huu~

...Lepaskan rasa itu pergi...
Tuhan, ujian ini amat berat untuk aku tanggung. Tetapi aku redha kalau ianya terbaik buatku untuk semakin dekat denganMu. Selama Engkau temankan dia dihatiku, aku jadi kuat dan bersemangat untuk terus berlari di bumi kehidupan yang engkau berikan kepadaku. Engkau Maha Mengetahui untuk berikan apa sahaja ujian yang terbaik untuk menguji imanku. Berikanlah aku kekuatan untuk mengisi pertemuan yang sekejap nanti agar hatiku terjaga. Aku doakan kebahagiaanya yang tak hadir bersamaku. Kau kirimkan padanya insan yang jauh lebih baik, menyedarkan aku, kurangnya aku. Ampunkanlah dosa-dosaku, kerana menyimpan dia dalam hatiku. Telah Engkau utuskan dia, dan aku terima dengan hati syukur dan saat ini Engkau mahu mengambil dia untuk diletakkan pada hati wanita yang lebih hak, dan aku tidak akan berdaya menahannya. Aku pilu dan aku sedih, tapi aku beryukur, kerana ada ENGKAU dihatiku pada saat ini..


...Kutitip doa: Semoga berbahagia membina baitul muslim...

Salam Auni.. Amirah terus solat tadi.. Erm... Baik2.. Kita jumpa jam 11... Rindu Auni sangat2..


Sekian..
8.32 p.m
LS-G-21
Bertemankan lagu: Di Atas Nama Cinta-UNIC

2 comments:

  1. ALaaa.nape ending sedih? tak maw. tak maw

    ReplyDelete
  2. Sebab Amirah tak jumpa cinta sejati die lagi.. Allah sedang memerhatikan die dan Allah cakap, 'Dia sedang bersendiri saat ini. Tidak mengapa... Aku sedang mempersiapkan seorang yang istimewa buat dia' Lain kali InsyaAllah cuba buat cerpen happy ending..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails