Pages

Monday, March 14, 2011

Sepetang Bersama..

Assalamualaikum,
Salam dari seorang Umairah.


Cuti sekolah sudah dua hari bermula. Apabila cuti sekolah, bukan budak2 sekolah je yang gembira.
'Budak2' besar kat IPG seluruh Malaysia pun akan gembira kerana kebanyakannya akan dapat pulang ke kampung halaman masing-masing. Kalau tak dapat pulang sekalipun, sekurang-kurangnya dapat berehat seketika di ketika mana 'assignment' sudah meninggi macam gunung. Tak kena gaya, jatuh gedebuk2 atas kepala sendiri. Kalau ikut tahap warna, dah warna merah ni, tandanya tengah kronik. Nanti bukak sekolah, kuliah dah mula... semua lampu kat bilik akan menyala sampai ke pagi, dan muka akan jadik burn sebab asyik mengadap laptop. Situasi biasa yang akan berlaku sebab tak ambil pengajaran kan (*khas untuk diri sendiri sahaja)



Baiklah cukup setakat tu, cakap mengenai assignment.
Sebenarnya kali ini saya ingin berkongsi pengalaman berpeluang mendengar ceramah Al-Fadhil Ustaz  Azhar Idrus. Alhamdulillah, peluang mendengar ceramah ustaz secara live tidak saya lepaskan. 2 hari lepas saya berkesempatan bersama keluarga, menyertai program Sepetang Bersama Ustaz Azhar Idrus... Bukan senang dapat mendengar ceramah ustaz kerana jadualnya yang padat. Selepas tamat program itu pun, ustaz terus bergegas ke tempat program yang lain... Siapakah ustaz ini.? Apakah keistimewaanya? Tak kenal maka tak cinta, meh kita tengok 2,3 keping gambar ustaz yang sempat di'google'....




-simple-


Ha, macam mana? Rasa-rasa macam kenal kan? Mesti la... Ustaz ni walaupun rasanya cam tak keluar kat kaca tv (rasa2nya la macam tak, tapi tak pasti la pula kalau pernah keluar..huhu), tapi sangat terkenal kat yuotube. Apatah lagi kalau dalam kalangan orang Terengganu. Ustaz Azhar ni sememangnya menjadi buah mulut. Walaupun ramai yang tidak pernah berjumpa secara bertemu muka, tetapi umum mengenali beliau melalui ceramahnya. Teringat dialog seorang mak cik ni...


              "Mak cik ni tak pernah ag jumpa die. Selalu duk dengar ceramah je. Anak2 la ni duk kumpul ceramah ustaz dalam 'pendrive'. Dah banyak sangat dalam tu. Mak cik kalau jalan jauh, duk dengar ceramah ustaz la. Kelakar ustaz ni... "


KELAKAR
Inilah pendekatan dakwah yang di bawa oleh ustaz. Kelakar ustaz bukan buat lawak yang tak berapa cerdik, tetapi kelakar dalam memberikan contoh agar dapat difahami oleh audiens. Jangankan oran-orang dewasa, kanak-kanak pun akan terhibur mendengar telatahnya. Memang tak kering gusi. Bayangkan adik bongsu saya, si Imran tu pun boleh cakap macam ni...


               "Adik nak salam ngan die jap gi.. hihihihi"


Dengan muka terujanya. Apa lah adik ni... tapi betul, kalau bukak Youtube dan cari pasang ceramah ustaz Azhar ni, adik mesti duk dengar je. tak tahulah dia faham ke tak, tapi yang pasti, dia akan gelak2 bila ustaz buat lawak. Faham la tu agaknya.


Semalam ustaz bercakap tentang ilmu.. mukadimahnya:


Al-Ilm Nurun = Ilmu itu cahaya, hanya dengan ilmu sahaja dapat menerangi kehidupan manusia. Kita ni manusia, dalam sulbi ayah pun kita dalam kegelapan, ke dalam sulbi ayah tu ada lampu..Gelap kan??  Pastu, masuk pula ke rahim ibu.. Ad lampu kelip2 ke dalam rahim ibu, x de kan?... Gelap jugak..Pahtu lahir pulak ke dunia, pun gelap juga.. masa kat dunia ni lah, kita nak tentukan untuk cari cahaya.. Kalau tak, masuk kubur nanti, gelaplah jugak....


Mukadimah die pun dah mencetuskan tawa. Pendek kata, sejam masa berlalu macam tak begitu disedari..


Dalam kelakar2 die, ada yang pedihnya.. Halus je cara die masukkan sindiran, tapi dalam maknanya.. huish...Memang kalau tak makan pun cili tu, akan terasa pedasnya, tak pun akan pijar tangannya...


Contohnya kan, kita nak bandingkan orang yang tak berilmu dengan kambing atau beruk..(Pilih kambing je la ea)


"Bing, bing... Rukun Islam ada berapa?"


Jawabnya kambing: mmmmbeeeeekkkk....


Cuba tanya orang yang tak berilmu;


"Rukun Islam ada berapa?"


Kalau tak tahu, mesti akan menggeleng ataupun jawab tak tahu..


Terjawab tak soalan pada kedua-dua responden yang tadi? Tak kan?? Jadi dua-dua sama je lah.. (Itu contoh la.. Untuk menjentik fikiran kita, kurang-kurang akan buat kita rasa macam tak cukup ilmu, rasa macam nak mencari, tidaklah kita biarkan sahaja diri kita ni..)


Ustaz bagi dua contoh nak bagi mudah  faham. Kita ni manusia sama sahaja dengan haiwan kalau kita tak ada ilmu. Yang membezakan kita dengan mereka ialah akal fikiran. Tak ada yang lain dah, kerana haiwan memang lebih pada perkara yang lain, dapat terbang (burung), melihat dengan jelas (burung helang di udara), menghidu jarak jauh (serigala), dan banyak lagi la...
 
Kepada orang Terengganu, ini adalah satu bonus bila ustaz memang menggunakan loghat Terengganu dalam kebanyakan ceramahnya di negeri Darul Iman ini. Kebanyakan video di internet juga menggunakan loghat Terengganu. Mungkin agak sedikit sukar untuk difahami oleh masyarakat luar Terengganu. Mudah-mudahan yang mendengar tidak salah tafsir la.. Apabila ustaz menggunakan contoh seperti beruk dan sebagainya, itu bukan bermakna ustaz bercakap kasar, tetapi sebaliknya itu adalah seloroh yang kami terima dengan dengan budaya kami di sini.. Itu adalah bahasa kampung kami!!!


Kesimpulan:
Pendekatan dakwah adalah berbeza mengikut mad'u dan personaliti dai'e itu sendiri, tetapi perlu ada penyeseuaian dengan keperluan semasa supaya mesej Islam yang ingin di bawa akan tercapai.


P/s: ce try serch kat youtube kalu nok tengok video ustaz hok best2 blake.. (=

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails