Pages

Sunday, March 20, 2011

PERJALANAN (",)

Assalamualaikum w.b.r,
Salam dari seorang Umairah..

Alhamdulillah,
Saya sudah selamat sampai ke kampus tercinta,
Selepas mengharungi 8 jam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Melaka,
Setiap perjalanan ada ceriteranya yang tersendiri,
Tidak ada apa-apa yang menarik berlaku sepanjang perjalanan,
Cuma cerita biasa sahaja.

Ini adalah kali pertama saya berkesempatan menaiki bus S.P BUMI,
Setelah terpaksa menyusahkan abah dan umi menukar tiket perjalanan, kerana kehabisan tiket di stesen bus berhampiran rumah.
Apapun, setiap perkara yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi, begitu jugalah dengan perjalanan pada kali ini.
Pada kali ini saya berpeluang menaiki bus di stesen utama di negeri Terengganu. Maknanya, ramai yang menaiki bus di stesen ini. Sangat ramai!!!
Saya sungguh tidak biasa dengan situasi ini walaupun di Melaka Central, jumlah penggunanya juga agak ramai. Mungkin disebabkan kemudahan yang ada di stesen bus Kuala Terengganu ini yang agak terhad, ataupun ramainya jumlah anak Terengganu yang merantau di negeri orang bagi menambah ilmu di dada.

- keluarga sakinah -
Jadi, apa yang suka saya perhatikan ialah pada mata-mata  ibu bapa yang menghantar ialah harapan yang menggunung tinggi pada anak-anak mereka...
Mereka tidak kisah untuk menarik beg troli anak-anak yang berat dan sarat dengan barang-barang keperluan,
Dan setiap kali berbual dengan ibu bapa yang lain, terpancar kebahagian pada wajah mereka menceritakan kisah anak-anak mereka yang sedang belajar...
Sangat menyedihkan bila realitinya anak-anak mereka sebenarnya tidak seperti gambaran mereka.
Anak-anak yang diharapkan pergi untuk belajar dengan bersungguh-sungguh tetapi sebaliknya mensia-siakan peluang yang ada..
Fikir-fikirkanlah, tanggungjawab kita pada ibu bapa kita ini sangatlah besar...
Mereka hadiah berharga yang Allah pinjamkan untuk kita mencari berkat hidup, di dunia sementara ini...

- Jangan lupa untuk sentiasa mendoakan ibu bapa -

Baiklah,
Rasanya ramai yang sedar akan realiti ini,
Cuma kita kadang kala terlupa,
Dan perlu untuk diingatkan.... (=

Sebenarnya saya cuma nak menulis tentang TANDAS, tapi dah tertulis tentang ibu bapa pula kat atas tu. Tak pe lah kan. Sekadar peringatan untuk diri sendiri....

Berbalik kepada isu tandas ni, saya sebenarnya nak memuji langkah yang diambil oleh sebuah kedai makan ni.. Sangatlah bersih tandasnya. Selesa sungguh. Berbaloi kalau bayar 30 sen dapat masuk tandas macam ni. Saya terlupa nama kedainya, tapi yang pasti ianya merupakan sebuah kedai ikan bakar yang terletak di Cherating, berhadapan dengan Legenda Resort. Depan kedai tu ada satu kedai kebab. Kalau berhenti waktu siang mungkin rasa macam nak makan je kat kedai ni, sebab bersih. Kedai, kalau dah bersih makanan yang biasa-biasa pun boleh jadi sedap. Tandas yang yang ada bukan 1 je, tetapi 3. Disediakan juga keratan kertas surat khabar yang digantung untuk membalut lampin bayi. (sangat menjaga kebajikan pengguna). Tambah menarik bila dia ada tulis "Sila jaga kebersihan kerana kebersihan itu melambangkan keimanan"... See, tak susah pun nak sampaikan dakwah kan.??

- Gambar sekadar hiasan (",) -
Semua perkara yang berkaitan kebersihan, pokok pangkalnya ialah sikap. Kalau kita beramal dengan akhlak Islamiyah, maka akan tergambarlah keindahan Islam. Dari sekecil-kecil perkara macam kebersihan, sehinggalah kepada sebesar besar perkara yang berkaitan akidah. Marilah kita sama-sama menyebarkan keindahan Islam.. (=

( " , )

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails