Pages

Wednesday, March 16, 2011

Dialog : DIRI dan HATI

Assalamualaikum w.b.r..
Salam dari seorang Umairah...

Alhamdulillah..
Masih dipinjamkan detik-detik berharga dalam kehidupan...
Jua dihadiahkan bermacam-macam 'perasa' tambahan...
Ada pahit, ada manis, ada tawar, ada masin, dan macam-macam lagi la..
Untuk diuji sejauh mana kita bersyukur dengan setiap anugerah itu...

"Tanda syukur itulah taat 
Setiap tempat setiap waktu 
Syukur itu dapat dilihat 
Pada  sikap dan tingkah laku 
Marilah bersama kita bersyukur 
Kepada Allah kita bersyukur...." 

*jom kita nyanyi sama-sama lagu Raihan ni..(=

Baiklah, untuk kali ni rasanya saya ingin menulis tentang dialog antara diri dan hati. Diri dan hati akan selalu berdialog ke? Bukankah keduanya berada dalam kelongsong jasad yang sama?
...Sentuhlah hatimu...
"Ish, kalau ikutkan hati ni... Dah lama aku 'sembur' budak ni... Tak sopan langsung"

"Maaflah. Sebenarnya aku tak sampai hati nak cakap. Tapi aku tak nak kau terus macam ni..."
Ha.....

Perasan tak kenapa kadang-kadang apa yang kita lakukan oleh jirim badan kita adalah tidak sejajar dengan hati kita. 

Pastinya kerana terdapat perbezaan 'pendapat' antara kedua-dua mereka. Macam dalam mesyuarat, kita tak kan selalu jumpa orang yang setiap masa akan bersetuju dengan pendapat yang kita bagi. Walaupun mereka mendiamkan diri, tetapi kita tak akan tahu apa yang tersirat di hati.... (Tiba-tiba pulak cakap pasal mesyuarat.. whatever lah)

Sekarang, mari kita andaikan diri kita dan hati kita sedang berbincang tentang satu perkara.

(Boleh baca dalam intonasi yang mendatar atau nak baca dalam intonasi yang betul - cadangan penulis yang part diri buat tu boleh buat bacaan secara mekanis manakala yang part hati tu, boleh guna kaedah bacaan mentalis. Jangan baca depan orang, sudah!!!)

DIALOG DIRI DAN HATI


Diri sedang termenung.. (Mestilah seorang diri, kan..).. Hati tertanya-tanya apakah yang menyebabkan diri sedemikian rupa. Lantas dia menegur...

Hati: Hailah diri. Kenapa kau duduk sorang-sorang kat sini. Kau ada masalah ea?

Diri: Weh, apa kau ni.. Salam tak, apa tak... Terkejut aku taw.. Nasib baik aku tak sakit jantung.. Lain kali bagi la salam dulu.


Hati: Opss... Sori2.. Sengaja je tu... Assalamualaikum...

Diri: Wa'alaikumussalam...Ha, pandai pun.. Yang kau nak menyibuk ngan masalah aku ni kenapa? Dah tak de kerja lain ke?


Hati: Tak de la... kau jangan la emo lebih2. Aku memang la ada kerja, tapi aku tengok kau macam ada masalah je.. Hilang mood aku nak buat kerja... Ce citer kat aku, mana la taw kot-kot aku boleh tolong..

Diri: Baiknya hati kau kan... Hmm.. Entahla..Aku rasa macam dah tak berapa betul dah ni. Buat ni tak kena, buat tu tak kena..


Hati: Ish, tak baik kau cakap macam tu.. Story la kat ak, weh. Apa masalah kau yang besar sangat tu.?

Diri: Kau boleh ke tolong aku? Tarbiyyah kau pun tak cukup, macam mana nak tolong aku?


Hati terkesima.. Tersentap kot kalau ada orang cakap macam tu.. Walau pun itu adalah realiti yang sebenar....
Tapi Hati cuba menjawab, setenang mungkin...


Hati: Kalau kau nak tunggu tarbiyyah aku cukup, memang tak akan cukup la.. Aku memang sentiasa berusaha mencari tarbiyyah... Cukup ke tak cukup, aku tak boleh nak sukat.. Kalau boleh timbang tak pe la. Allah kan menilai usaha, bukan hasil... Bukan ke usaha untuk mentarbiyyah aku, bermula dari kau jugak. Memang aku tak kan pernah jadi sempurna. Macam tu jugak dengan kau.. Kita tak akan jadi sempurna, tapi kita boleh menjadi yang lebih baik. Memang semua masalah yang kau hadapi, akan berpunca dari aku.. Tapi kalau kau tak bermuhasabah, mula menghisab diri kau, kau tak akan kemananya.... Percayalah cakap aku. Kau akan terleka menyalahkan orang lain. Selagi kau tak bermuhasabah, macam mana aku nak tahu aku ni salahnya kat mana.

Diri: Baiklah, betul apa yang kau cakap tu. Sebab tu aku duduk sorang2 tadi. Aku bermonolong, melihat kembali mana yang kurang dalam diri aku ni..Bila umur semakin bertambah ni, aku rasakan amanah yang aku perlu laksanakan semakin bertambah. Kadang-kala, aku macam tak larat nak pikul semuanya. Berat owh.... Ibarat orang ambil gunung Everest tu, dan letak atas kepala aku. Siang malam aku duk fikir... Aku sentiasa berdoa agar Allah bebaskan daripada amanah ni. Makin aku minta, makin banyak pula amanah yang mendatang. Entah la wei.. Aku tak layak rasanya untuk pikul semua ni... Aku percaya pada firman Allah yang ini, Tapi entah la...

''Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: ''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.'' Mereka berkata: ''Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?''. Tuhan berfirman: ''Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui''(Al-Baqarah:30)


Hati: Apa la kau ni.. Kau jangan la poyo sangat Diri... Sila sedar diri kau tu sikit. Amanah tu, bukan Allah bagi untuk kau pikul sorang2.. Kau ingat kau insan terpilih la tu... Jangan macam tu, memang kau dipilih, tapi bukan sebab kau hebat, tapi sebab Allah nak uji kau.Untuk kau sedar tahap mana iman kau. Ini baru sikit, kau dah nak monyok2.. Come on la.. Kau jangan lupa firman Allah yang ini..

“Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” (Al-Ankabut: 2 - 3)

Dan, ingatlah jugak.. Bahawasanya Allah menguji manusia sesuai dengan kesanggupannya.. Macam yang diterangkan dalam surah Al-Baqarah...

“Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya”. (Al-Baqarah: 286)

Diri: Betul cakap kau tu Hati. Mungkin aku dah terlebih mengutamakan amanah ini berbanding ibadah aku.. Aku rasa jauh dariNya.. Mungkin sebab itu, aku rasa sunyi.. Aku kena mula memperbaiki amalan aku.. Amanah adalah satu wasilah untuk aku memperbaiki amalan.. Amanah yang ada, akan jadi ibadah sekiranya aku melakukannya lillahiTaala... Subhanallah.. Maha Suci Allah.. Aku ini cuma insan yang hina... Astaghfirullahla'zim... 

Hati: Betul tu Diri. Kau jangan turutkan sangat perasaan tu.. Yakinlah pada janji Allah kerana hanya janji Allah sahaja merupakan janji yang pasti. Sebagai motivasi, pegang la firman Allah yang ini: 

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka.” (At-Taubah: 111)
Redhakanlah semuanya.... Aku akan sentiasa berada bersamamu, wahai Diri... Aku akan kekal bersama kau, selagi nyawa kau dikandung badan....

(Bisik Hati, sebelum berlalu pergi.. Meninggalkan Diri dengan sebuah senyuman, pernuh erti)

Sekian, terima kasih..Renung-renungkanlah

* Alhamdulillah, post ni berjaya di'publish'kan juga.. Setelah sekian lama.. (=

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails