Pages

Thursday, March 17, 2011

Hujan, Basuhlah Luka Dunia..

Assalamualaikum w.b.r,
Salam dari seorang Umairah..

Cuaca sekarang begitu redup dan mendamaikan,
Kesejukan menyelimuti tubuh,
Matahari tersipu-sipu malu,
Bersembunyi di balik lindungan awan,
Memahami keluh kesah sang awan,
Yang kadang kala menitiskan air mata sayu,
Pada keadaan warga bumi yang lupa...


Seantero dunia sedia maklum,
Tsunami yang melanda telah melanda Jepun,
Sebuah negara termaju, lengkap dengan kecanggihan terkini,
Tetap tidak akan mampu melawan kuasa Tuhan,
Namun bercakap atas dasar kemanusiaan,
Nasib yang menimpa mereka sememangnya tidak wajar dipersendakan.. (Baca sini)
Mereka juga makhluk Allah,
Kali ini, musibah menimpa mereka,
Esok, lusa, atau bila-bila masa sahaja bermula sekarang,
Tiada siapa yang tahu nasib kita,
Jika sudah sampai ketetapan Ilahi,
Kun Fayakun
Jadi, maka jadilah...

Di Malaysia sekarang ini, cuaca tidak menentu,
Hujan turun membasahi bumi,
Air sifatnya menyucikan,
Banyaknya titis air rahmat yang turun membasuh luka,
Luka bumi Malaysia yang makin lama makin dalam,
Semakin lama semakin parah,
Tak sanggup lagi rasanya melihat derita luka bumi sendiri,
Bunuh, rogol, rompak, buang bayi, seks bebas,
Manjadi santapan harian,
Inilah wajah Malaysia kita.

Sedang saya pula bakal guru,
Bakal berganding bahu membina generasi,
Bakal juga dipersalahkan sekiranya meruntuhkan generasi... Nauzubiilahiminzalik

"Ya Allah,
Berikanlah kekuatan kepada kami para bakal guru,
Supaya kami tetap teguh di jalan yang Engkau tentukan ini,
Bantulah kami mencorak warna Malaysia yang baru,
Bantulah kami mencorak generasi unggul,
Bantulah kami Ya Allah,
Kami ingin bumi ini sentiasa di rahmati,
Kirimkanlah hujan rahmat,
Yang akan membasuh luka di bumi kami ini,
Memberikan nafas baru kepada tanah,
Menyuburkan taman-taman ilmu Islami,
InsyaAllah"

P/s: Semoga Allah menitipkan kekuatan buat rakan-rakan sepengajian di bumi Farisian (Nabila, Syafiqah dan yang lain) serta semua pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Jepun.. Moga mereka sentiasa tabah dengan ujian yang menimpa..
... kerana hujan itu adalah rahmat ...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails