Pages

Wednesday, March 16, 2011

HOSPITAL.. ):

Assalamualaikum.. w.b.r
Salam dari seorang Umairah..

- hospital -


Apa Khabar anda semua hari ini?


Adakah jantung anda sihat?



Adakah badan anda sihat?



Adakah hati anda sihat?



Adakah kepala anda juga sihat?



Apa khabar pula iman kita?



Kita check dan jawab sendiri je la yep???



Masing-masing dah besar.. Pandai-pandailah nak hidup...Kadang-kadang boleh la tanya, tapi selalunya.... sendiri mau ingat la yep.... Jangan manjakan diri kita ni sangat..... Nanti kita jadi lemah, tak bermaya, tension, stress, dan sebagainyanya la... Senyumlah untuk diri sendiri dan dunia akan tersenyum untuk kita.. InsyaAllah..

Bila sakit je, mesti ingat hospital kan? Ramai yang ke hospital ataupun klinik sebagai satu ikhtiar untuk  mengubati kesakitan yang dialami. Tapi ramai juga yang agak trauma dengan perkataan hospital. Ketakutan yang melampau terhadap tempat yang dipanggil hospital ini. Mungkin kerana ada kisah silam di'inject' oleh nurse yang garang, atau momokan ibu bapa sewaktu mereka kecil.

Sungguhpun begitu, ada yang begitu menyenangi hospital, apatah lagi bila ianya merupakan tempat yang menjadi punca rezeki. Doktor, jururawat, pemandu ambulans, 'cleaner' dan 'guard' yang bertugas di hospital, serta banyak lagi la pekerjaan yang berkaitan dengan hospital. Tak percaya, cuba masing-masing ingat apakah cita-cita pertama anda semua (termasuk saya)? Kalau tak polis atau askar, mesti doktor punyala... Tak ada pun yang nak jadi cikgu.. Huhu..  Tapi dalam ramai-ramai tu, tak semua yang berjaya jadi doktor, kan? Kalau kawan sekolah menengah dulu pun, yang berjaya di kesan amek course medik pun ada la beberapa orang.. Tak sampai pun lima orang.. Boleh usha2 blog mereka ye.. Nana dan Farid...

Ye la .. Bukan senang nak kerja dengan orang sakit.

Kalau budak-budak sekolah malas nak buat kerja sekolah, boleh la dicubit-cubit sayang.. Tak pun nyanyian bebelan berlagu sindiran, sebagai tanda melepaskan geram (tak bagus taw cara macam ni..., tak profesional).. Kalau kanak-kanak istimewa saya pula, boleh la kita bagi peneguhan dan intervensi yang sesuai.. Tapi, cuba bayangkan suasana di hospital yang ada antara pesakitnya yang dah tak berupaya untuk uruskan diri.. dengan bau ubat yang kuat.. Ish, saya rasa memang siapa yang nak jadi doktor memang perlu tahap mental dan fizikal yang tinggi.. 

- Guru mengubati insan, untuk mengubah dunia -


Tak pe la kalau tak dapat jadi doktor pun, kita boleh cuba untuk dapatkan doktor falsafah je la ea.. Lagipun, jadi cikgu pun dah kira macam jadi doktor jugak. 'Mengubati kebejatan sosial, masalah buta huruf, masalah vandalisme, gangsterisme.. dan banyak lagi yang cikgu kena ubati'. Apa yang cikgu nak ubati ni pula adalah benda yang  tak nampak. Cuma boleh cari punca dan lihat kesan. Very subjective... Kena cari punca dengan mendalam, kena fikir, cuba beberapa jalan penyelesaian, buat program tu, program ni.. dengan niat untuk mengubati.. Kalau luka nampak la jugak kat mana lukanya, dalam ke tak, nak guna apa.. boleh la kita belajar... Tapi bila main dengan budak2 ni.. erm.. tau2 je la kan...

Panjang pula saya melencong.. Sebenarnya saya cuma nak bercerita sikit tentang penyakit stroke. Petang semalam, saya ke Hospital Kuala Terengganu untuk melawat bapa saudara saya yang menghidap stroke. Bermula dengan dia mengadu rasa nak demam sahaja, esoknya dia diserang stroke. Sungguh tak dijangka.. Begitula kan.. Benar sekali ketetapan Ilahi ini.. Kalau sudah Allah katakan jadi, maka jadilah. (kun fayakun).. Memang dia sudah berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Cuma matanya sahaja yang berkelip-kelip. Badannya kaku,. Kata abah dan umi saya, keadaanya tidak berubah semenjak kali terakhir mereka melawatnya seminggu lepas. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Mujur Allah mengurniakan pada pak cik saya anak-anak yang ramai, yang dapat menjaganya.... Ringan sedikit beban yang ditanggung...

- Mengenai stroke -


Bagi kita yang dikurniakan sihat anggota badan ini, sama-samalah kita pelihara anugerah Ilahi ini.. Sebagai menambah pengetahuan, mari kita sama-sama lihat apakah sebenarnya stroke ini dan simptom2 yang sering terjadi kepada penghidap stroke.. Bacaan dalam BI.. Klik sini ....


'Ya Allah, selamatkanlah bapa saudaraku dan permudahkanlah urusan mereka sekeluarga..Amin'

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails