Pages

Monday, March 14, 2011

Cuti Sekolah & Kenduri Kahwin.

Assalamualaikum w.b.t,
Salam dari seorang Umairah..

Cuti Sekolah dan Kenduri Kahwin adalah dua perkara yang tidak dielakkan.Asal cuti sekolah sahaja, hampir sedozen jemputan yang diterima. Satu hari sampai dua tiga jemputan yang perlu dipenuhi. (Macam lah orang jemput kita. Yang dijemput abah dan umi.. Mengikut aje la.. huhu)

Jadi apa sebenarnya cerita di sebalik Kenduri Kahwin ni.. Kalau kat Ganung ni kita panggil makang gula (makan gulai) je.. Abah pernah cakap susur galur kenapa di panggil makan gulai ni,..
-ni kari: sebab ada daun kari-
-ni pula gulai-


Abah: Tau dop bakpe kat ganung ni ye panggil makan gulai.. Sebabnye ad gulai je lauk ye.. Kalau kat negeri  lain macam2 lauk ada.. kalau kat ganung, habis2 dok pun ada gulai daging, ikan kering, sambal, acar timun.. tu je ah..


Dalam hati " Kadang-kadang ad gop ah lauk lain, umbut nyiur, kerabu perut, ayam masak merah, labu sira, dan macam2 lagi ah.....huhu "

Tapi betul la macam yang abah saya cakap.. Lauk tambahan lain tu untuk sape2 yang datang awal jerk. Kalau datang lewat, alamatnya tak merasa la. Macam mana istilah lewat tu. Pada saya kalau yang datang lepas pukul tiga tu tak berapa nak merasa la lauk2 tambahan. Tinggal gulai je ah.. Hehe.. (Jadilah makan gulai...).. Beberapa budaya Kenduri Kahwin di negeri saya:

  1. Kenduri bermula seawal pukul 11 pagi. sebelum tu pun ada. Asala nampak kawah dah berasap, dah ramai yang datang, Best.... Waktu ni gulai tengah panas2. Nak rasa lauk tambahan pun masa ni la. Hehe..
  2. Waktu tamat, pun tak limit sangat. Ada tetamu yang datang sampai waktu malam. Jenuh la tuan rumah nak melayan tetamu malam2.. Lauk pun dah tak berapa nak ada... Silap haribulan, kena masak yang lain untuk raikan tetamu. Ye la kan, kalau tetamu yang datang dari jauh, tak kan la tak nak bagi makan.. (=
  3. Kebanyakannya akan buat kenduri arwah. Jadi tetamu yang datang tak yah bagi duit pada mak dan ayah pengantin. Kalau bagi pun, dieorang tak terima. Kalau nak bagi gak, bagi pada pengantin, sebagai tanda hadiah. Masa ni, kita akan tengok ramai orang datang yang perempuan akan datang bawa gula. Yang ni saya pun tak tahu apa rasioanalnya. Mungkin sebab gula adalah antara kegunaan yang tahan lama dan sifat manisnya lebih positif untuk pasangan pengantin. Simbolik untuk perkahwinan yang 'manis' dan indah agaknya. Entah la.. huhu..
  4. Untuk satu kad jemputan, kita leh gi satu keluarga.. Tak yah la reply pun bape orang yang akan datang. Semua dijemput hadir.. 
  5. Sekarang ni, dah susah nak jumpa rumah yang makan hidang kan? Semua bufet. Senang dan tak memenatkan. Bayangkan la dulu, berapa banyak hidang nak kena buat, pastu nak kena tambah lauk ag kalau tak cukup. Ye la, datang satu keluarga.. Mana nak cukup gulai satu pinggan tu.. Belum masuk bab yang nak kena basuh pinggan tu... Lagipun sekarang ni, mana nak cari rumah yang luas. Kalau dulu, orang buat rumah, ruang tamu luas, supaya senang nak kenduri...
  6. Klasifikasi kadar kemeriahan: sederhana .... n i like the way it is..
Saya kalau bercerita tentang kenduri kahwin kat Terengganu ni, memang cukup suka la. Sebab ianya simple..




..Tapi..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Itu dulu la, sekarang keadaannya dah mula berubah. Bukan tak suka, tapi tak selesa dengan perubahan yang berlaku yang kelihatan seolah-olah macam 'trend' ni.. (Tak selesa tu sama je la dengan tak suka.. huhu).. Antara yang paling ketara dan yang paling tak berapa nak suka ni ialah adanya dj dan lagu2 yang diputarkan.. Huhu.. Bukan nak tutup periuk nasi dj2 ni, tapi seolah-olah hilang ke'izzahan' sebuah walimah bila lagu-lagu yang dikumandangkan tu, tak berapa nak sesuai dengan tujuan kita nak meraikan sebuah mahligai yang sedang di bina. Kalau lagu nasyid tu, boleh la terima lagi, kalau lagu2 rock yang tak tahu hujung pangkal maksudnya, lagu2 jiwang yang tangkap lentok tu... ish... x berapa berkenan la... 

Nak pula kalau buat karaoke.. Kalau yang nyanyi tu lelaki, can be accepted.. Kalau yang perempuan.. Huhu..Sori, access denied.... Rasa nak makan tu antara dua. Bukan tak sedap, tapi tak berapa selesa telinga ini nak mendengarnya... Huhu.. Perkara ni, nampak cam simple, tapi dalam nak membina sesuatu yang besar, kita tak boleh ketepikan perkara-perkara yang nampak kecil ni... Dah terang dan nyata, suara wanita itu aurat.. Huhu...

Dalam 3 kenduri yang dah dihadiri sepanjang cuti ni, 2 daripadanya ada dj.. Huhu... 1 je yang tak ade... Rumah rakan sejawat umi.. Sejuk hati.. Gulai pun tengah panas agi.. Sedap sangat.. Ada ayam masak merah. Kawasan rumah kawan umi ni sangat cantik.. Kata abah macam dalam poskad. Ala, yang ada satu rumah kat tengah-tengah  sawah padi, pastu ada budak ngah mandi dalam parit tu... Sangat sweet.. tapi satu pengalaman la.. On da way nak ke rumah tu, lalu satu jambatan yang boleh lalu satu kereta je... kat bawah tu, sungai yang agak besar.. huhuhu.. its scary... 

gambar google: lebih kurang cam ni la pemandangannya..
K la, dah habis saya membebel mengenai dj2 n lagu2 time kenduri; Sekarang, meh kita share dalil2 tentang perkahwinan pula.. (Suka la tu... ish..)..
Terdapat banyak nas dan dalil Al-Quran serta hadis tentang galakan dan saranan perkahwinan serta peraturan yang berkaitan dengan pasangan suami isteri, antaranya ialah:

1) Dalil nas Al-Quran, iaitu sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"

(Surah An-Nur 24:32)

2) Dalam nas yang lain Allah swt berfirman yang bermaksud:

"...maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil diantara (isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja..."

(Surah An-Nisa' 4 : 3)

3) Dalam nas Hadis sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:

"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"

(riwayat Al-Bukhari)

4) Antara nas Hadis Baginda yang lain yang sangat memberikan galakan kepada golongan remaja yang mampu supaya berkahwin demi menjaga agama dan kehormatan diri ialah sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"

(riwayat Bukhari dan Muslim)



more.. Klik di sini

Happily in this world and the world after
Renungan: Ramai yang suka letak bunga  segar kat pelamin.. Habis beribu2 untuk bunga tu, tapi ingatlah bunga yang segar pun lama2 akan layu... Hidup suburkanlah bunga2 kemesraan dalam perkahwinan.. Baja dengan keimanan, siram dengan ketaqwaan...  Bersama suami/isteri dan zuriat2 yang soleh...Bunga2 ni akan berkembang mekar hingga ke syurga.. InsyaAllah.. Mekar di dunia, berseri hingga ke akhirat.. Mudah-mudahan begitulah.. Amin..


P/s 1: Antara cara yang sweet untuk kekalkan kemesraan, ambil masa petang2, tanam bunga banyak2 keliling rumah.. Jaga elok2... Rumah pun cantik kan.. Sejuk mata memandang. Ada nur di situ.. Bunga2, pun akan berzikir... Subhanallah...(=...


P/s 2: Selamat mendirikan rumahtangga kepada beberapa orang senior yang menamatkan zaman bujangnya cuti ini... Barakallah..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails