Pages

Friday, November 30, 2012

Tokoh ??

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah..

Kerana yang terbaik untuk orang lain belum tentu terbaik untuk kita. ^_^

Rasa macam seronok pula nak berkongsi tentang tokoh ni. Banyak yang dapat dipelajari dari insan-insan yang hebat.

Semasa mengikuti satu kursus pada tahun 2009, kami dalam satu kumpulan ditanya mengenai tokoh yang menjadi 'idola' kami selain Rasulullah sallahu alaihi wasallam ..


Dalam erti kata lainnya, as a Muslim, Rasulullah tu memang idola yang mesti.

Ligat saya memikirkan tokoh yang membolehkan saya bercerita tentang sumbangan dia kepada negara. Waktu tu, saya memang tak tahu nak sebut nama tokoh yang mana. Bila sebut negara, memang skop yang kecil, bermakna tokoh yang ada dalam negara ni la. Adoiii!!

Mula-mula terfikir nak sebut nama Tok Guru Nik Aziz, kerana  memang saya cukup mengagumi kesederhanaan beliau dalam memimpin, tapi tengok kawan sebelah pun sedang melukis gambar Tok Guru, maka saya batalkan niat saya. 


Maka, saya fikir, mengapa tidak saya mencari figura yang tidak jauh bezanya dengan diri saya sendiri. Maksudnya, dia sebagai idola yang mampu saya capai untuk menjadi sepertinya dari aspek ketabahan menjalani kehidupan. Tidak bermakna 100 peratus nak jadi macam dia.

Maka terlintas dalam fikiran satu nama yang mendatangkan fenomena dalam politik tanah air. Saya tidak tahu sejauh mana orang lain melihat kemunculan dia dalam pentas politik, namun sebagai seorang wanita Islam dan orang muda, saya mengagumi keberanian dia berpencak di gelanggang politik. Saya telah mengikuti kisah tokoh yang dimaksudkan sewaktu saya berusia 9 tahun. Bila saya fikirkan balik, sewaktu umur 9 tahun saya dah boleh fikir untuk mengagumi tokoh ini, bagaimanakah agaknya penerimaan anak-anak sekolah rendah sekarang ini dengan pelbagai maklumat mengenai politik yang boleh di dapati dengan mudah. Waktu itu, tahun 1998 saya cuma mendapat maklumat dari majalah sahaja. Sekarang zaman dunia siber tanpa sempadan apalah agaknya persepsi mereka?

Persoalan ni, boleh diajukan sewaktu sembang-sembang santai cikgu dengan anak murid. :)

Berbalik kepada tokoh yang saya kagumi yang dilahirkan pada 19 November 1980. Saya memaksudkan yang tidak jauh bezanya itu dengan makna kata dia sama gender dengan saya dan umur yang tidak jauh beza. Sekiranya dia boleh, bermakna tiada alasan untuk mengatakan tidak. Dia yang saya maksudkan ialah YB Nurul Izzah Anwar. 




Teringat saya kepada bual bicara yang sempat saya tonton sebelum perhimpunan Agung UMNO pagi tadi. Apabila hos bertanya apakah elemen penting sesebuah parti politik, maka jawab En Panel:

1. The party itself
2. Winnable Candidates
3. Issues

Winnabale Candidates ialah calon yang boleh memenangi hati rakyat yang membolehkan dia menang dalam pilihanraya


Jadi, yang akan saya komentarkan cuma pada perkara yang kedua. Saya melihat YB Nurul Izzah sebagai ikon anak muda wanita yang berjiwa kental. Dia bukan individu yang terjun ke dunia politik dengan jiwa kosong sebaliknya she is woman with knowledge. Pernah belajar chemical engineering. Prinsip hidup: Perjuangan ikhlas kerana Allah.

Umum mengetahui, wanita memang kurang mengambil kisah soal politik. Jadi bayangkan pengorbanan yang perlu dia lakukan bila mana dia melibatkan diri dalam masyarakat dalam masa yang sama perlu menyeimbangkan antara kerjaya dan rumahtangga. Bagaimana dia masih boleh tersenyum penuh inspirasi. Sebagai wanita saya mengagumi kecekalannya.

Satu perkara yang saya suka mengenainya ialah kebolehan menguasai audiens. Dia memang seorang pemidato yang baik dan saya benar-benar berharap dia mengotakan setiap perkara yang dikatakan. Seringkali juga saya mengikuti ucapan beliau di laman Youtube. Bersemangat dan berisi. Mungkin sebelum ini ada isu mengenai dirinya berkaitan dengan perkara yang dikatakannya, namun saya tidak  berniat mengulas panjang mengenai hal berkenaan. Terlalu banyak persepsi.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai beliau boleh rujuk Profil Nurul Izzah ..


Walaupun dibasuh selepas slot berkenaan, namun saya tetap mengagumi beliau sehingga kini sebagai seorang daripada terlalu banyak tokoh yang saya kagumi.. :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails