Thursday, November 29, 2012

Cik Putih (satu kelahiran)

Cik Putih : Tengah


Malam purnama penuh di bulan Muharam. Cik Putih bersendirian di depan masjid. Keliru.

Kelihatan jemaah masjid mula beransur meninggalkan masjid.

Cik Putih nampak Amin. Cik Putih memanggil tapi Amin seperti tidak menghiraukan. Cik Putih, sedih.

Cik Putih nampak Amin meninggalkan dia.

Cik Putih tunduk.

Kedengaran derap langkah kaki mendekat. Cik Putih mengangkat wajahnya.

"Eh, kenapa perut kau dah kempis Cik Putih? Kau dah beranak? Huhu"

Melilau Amin mencari tempat Cik Putih melahirkan anaknya.


Naluri 'kucing' Amin mengatakan Cik Putih pasti memilih tempat yang selesa untuk melahirkan anak.

"Dalam masjid!!! Oh tidak !! Cik Putih ku sayang."

Amin meluru ke dalam masjid, mula-mula dia mencari tempat sekitar sejadah. 

Tiada.

Puas berpusing dalam masjid, Amin bergerak ke mimbar.

Tiga bayi kucing yang masih merah menjerit halus.


Oh my English!! Ada kesan darah atas sejadah.

Amin bergegas ke rumah mengambil kotak untuk diletakkan anak Cik Putih.

Selesai semua, Cik Putih tersenyum.

Terima Kasih, Amin.

Amin pula berhempas pulas membasuh sejadah yang terkena darah!!


Demi kasih kepada kucing kesayangan, sejadah berdarah sanggup ku basuhkan.

Umi: "Soleh la anak Cik Putih ni, lahir atas mimbar. Tahu pulak dia tunjuk perasaan lepas hari-hari kena bebel"


Nota kaki:-)

Nabi saw menuntut insan melayan haiwan dengan baik dan mengharamkan penganiayaan terhadap haiwan.

Sabda Nabi saw maksudnya:
“Berbuat ihsan pada setiap roh yang masih hidup terdapat ganjarannya” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Imam al-Nawawi mengatakan: Walaupun hadis ini umum, maksudnya khusus kepada haiwan yang perlu dihargai nyawanya. Iaitu haiwan yang tidak diperintahkan agar kita membunuhnya. (‘Aun al-Ma’bud)

Nota kaki: 
Dari Abdullah, dari bapanya, dia berkata (maksudnya):
“Kami pernah bersama Rasulullah saw dalam suatu safar, lalu baginda pergi untuk suatu keperluan. Waktu itu kami melihat burung pipit bersama dengan kedua anaknya, kami ambil kedua anak burung pipit tersebut, lalu datanglah ibunya. Dia mengepak-gepakkan sayapnya. Ketika Rasulullah saw datang, baginda bertanya: “Siapa yang membuat risau burung ini terhadap anaknya? Kembalikan anaknya kepadanya!”. Baginda juga pernah melihat sarang semut yang kami bakar. Baginda bertanya: “Siapa yang membakar ini?” kami menjawab: “Kami” lalu Baginda bersabda: “Tidak seyogianya mengazab dengan api kecuali Rabbnya api.” (Hadis Riwayat Ahmad dan disahihkan sanadnya oleh al-Arnauth)

 “Bahawasanya Rasulullah saw pernah memiringkan bejana untuk seekor kucing sehingga kucing itu minum (darinya) dan kemudian Rasulullah saw  berwudhu dengan air sisanya.”(Hadis Sahih Riwayat Thabarani)

 Rasulullah saw bersabda maksudnya
“Sesugguhnya ALLAH mewajibkan berlaku baik terhadap segala sesuatu. Jika kamu membunuh hendaknya membunuh dengan cara yang baik, dan jika kamu menyembelih maka sembelihlah dengan cara yang baik, hendaknya dia menajamkan pisau dan menyenangkan haiwan sembelihan itu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a, dia berkata:
“Rasulullah saw melewati seorang lelaki yang meletakkan kakinya di muka seekor kambing, sementara dia sedang mengasah pedangnya. Kambing tersebut melihat ke arahnya dengan kedua matanya. Maka Rasulullah saw berkata: “Apakah kamu ingin membunuhnya dua kali? Mengapa tidak kamu asah dahulu pedangmu sebelum kamu baringkan kambing itu?” (Hadis Riwayat al-Hakim, dia berkata:Sahih atas syarat Syaikhain dan disetujui az-Zahabi) 

 Dari Suhail bin al-Handhalah r.a, dia berkata:
“Rasulullah saw pernah melewati seekor unta yang punggungnya telah bertaut dengan perutya. Baginda bersabda: “Bertakwalah kepada ALLAH terhadap binatang ternakan yang tidak dapat berkata-kata ini. Naikilah dia dengan cara yang baik dan makanlah dagingnya dengan cara yang baik (pula).” (Hadis Riwayat Abu Daud, dihasankan sanadnya oleh al-Arnauth)

Jelaslah di sini betapa indahnya Islam yang benar ini sehingga menganjurkan umatnya berbuat baik dalam segala aspek kehidupan walaupun dalam melayan haiwan yang kadang kala dianggap remeh oleh sesetengah daripada kita. Sedangkan Islam tidak menganggap penyeksaan terhadap haiwan itu sesuatu yang remeh sehingga ada yang masuk neraka kerana menyiksa seekor kucing sehingga mati.

Sabda Nabi saw maksudya:
"Seorang wanita diazab kerana seekor kucing yang dikurung sampai mati. Wanita itu masuk neraka kerananya. Dia tidak memberi makan dan (tidak juga) minum kepada kucing itu ketika dia menawannya. Dia juga tidak melepaskannya agar dapat makan serangga-serangga yang ada di bumi." (Hadis Riwayat al-Bukhari)



Ada 'Abu Hurarirah' dalam keluarga kami. Dia yang sangat sabar melayan keperluan dan kehendak kucing-kucing. Dia yang faham apa yang kucing suka dan tak suka. Dia yang menjadi tempat kucing menumpang kasih. 

2 comments:

  1. Salam 'alaik...
    Bagusnya si Amin. siapakah dia?

    ReplyDelete
  2. Wa'laikumussalam..

    adik... dunianya memang bersama kucing..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails