Pages

Tuesday, November 6, 2012

...Cerita Lolipop...

sudah di post pada laman fb.. :)

Resolusi 'A lolipop moment'

Usai sesi permainan 'music box', banyak titipan yang telah disampaikan oleh kakak-kakak yang sangat bermanfaat untuk diteladani. Beginilah serba ringkas kisah lolipop dan 5 tahun 5 bulan saya abadikan dalam bent

uk aksara bertinta hitam di laman mukabuku ini:

"Sahabat sekalian, apa perkara pertama yang perlu kita lakukan sebelum kita boleh makan lolipop ni?"

"Kita kena buka dulu plastiknya"

"Ya betul, pandai. Jadi, biar saya buka dulu plastik lolipop saya"

* Begitulah sahabat, permulaan kisah kita di IPG ini ibarat membuka satu lembaran baru. Kalau dulu kita datang dari pelbagai latar belakang. Sekolah agama, sekolah harian biasa, sekolah elit, SBP, MRSM. Kita ke IPG, kita bermula sebagai pelajar IPG. Kita tidak tahu apa yang akan kita tempuhi di dalam tetapi kita yakin pada ketentuan yang telah ditetapkanNya. Ibarat kanak-kanak kecil yang dipujuk makan lolipop sedangkan mereka mahukan aiskrim (nak masuk u awalnya), kebanyakan kita membuka plastik lolipop lambat-lambat, separuh redha, selebihnya memberontak bercampur pasrah. Tambah memeritkan jika keadaan lolipop yang kita lihat, langsung tidak sama dengan iklan di luarnya. Diluar katanya 'rainbow lolipop' tetapi kenapa dalamnya satu warna sahaja? (ilusi optik nampaknya di situ) Tambah membebankan kita yang sedia kecewa. Namun, sekali melangkah, bukan namanya insan kalau hendak menyerah kalah. Sekalipun pasrah, disuakan jua ke mulut dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.



"Em, manis juga lolipop ni. Ingatkan masam. Not bad"

* Sama juga dengan kehidupan di kampus IPG ini, awalnya berlaku kejutan budaya. Lama-kelamaan kita berjaya menyesuaikan diri. Sekalipun mulut mengatakan tidak suka, tetapi lolipop tidak dibuang begitu sahaja. Diteruskan menikmati rasanya yang pelbagai. Sementelah pula, bila mula belajar turun ke sekolah PBS, Praktikum dan Internship yang begitu mengujakan. Tambah membahgiakan bila menatap wajah-wajah kecil yang mohon diberi perhatian dan titis ilmu. Bagaikan terlupa pada kehidupan kampus kerana fokus pada pertempuran RPH dan BBM (juga RPI). Keluar dan masuk dari kampus menghadapi praktikum demi praktikum dan kehidupan kampus sudah jadi, alah bisa tegal biasa. Hadapi dengan akur. Sesekali ada riak-riak kecil, tapi tidak sampai jadi gelombang.

"Sedap juga lolipop ni, eh tengok. Lama-kelamaan warna pelangi mula muncul" (rupa-rupanya lolipop bigfoot ni, bila makan baru jadi warna-warni. Erm, lolipop pun tahu pilih orang ye.. ;)

* Ada bezanya antara makan lolipop dengan makan gula-gula. Gula-gula sebiji kita terus masuk dalam mulut. Tapi lolipop ni kita makan perlahan-lahan. Sekejap kita masukkan dalam mulut, lepas tu kita keluarkan. Menikmati manisnya lolipop. Dalam sedar tak sedar, lolipop dah habis. Tinggal batangnya sahaja.

* Macam tu jugalah kehidupan di IPG. Pelbagai rasa dah dilalui sepanjang tempoh 5 tahun 5 bulan. Dulu dengarnya lama, tapi kini tinggal lagi 2 hari. Betapa asyiknya menikmati manis lolipop, sampai tak sedar dah tinggal batang je..

* Manis lolipop dah mendarah daging dalam diri. Segala macam latihan dah sebati dengan diri bakal graduan. Yang tinggal cumalah batang iaitu kenangan berada dalam IPG, pernah menjadi sebagahagian warganya, pernah merasai latihannya, kawan-kawan yang baik di sini, pensyarah yang penuh inspirasi, staf yang mesra berbudi menghadiahkan kita dengan sebuah pengalaman yang tidak terbeli.

* Dan bila nanti (walaupun berhadapan dengan posting yang belum pasti) mudah-mudahan graduan inilah guru-guru yang dinanti, mampu berkhidmat setulus hati, kepada anak didik yang dicintai"

* Lolipop jua sebagai simbolik, tinggallah dunia 'kanak-kanak' yang penuh kenakalan, kepada dunia dewasa yang matang. Berbekalkan ilmu dan kemahiran, pentas lapangan sebenar akan diredah.

A lolipop moment manifestasi perjuangan 5 tahun 5 bulan.
Selamat Berjuang kakak-kakakku dan semua bakal graduan IPG ambilan Januari 2009 IPG Se-Malaysia
InsyaAllah, hanya yang terbaik dariNya untuk semua..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails