Pages

Thursday, December 13, 2012

Bicara 'Kosong'

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah... (^__________^)v

Bahagia itu boleh menjadi milik sesiapa sahaja yang menginginkannya.

Saya begitu bersyukur kepada Allah Taala atas kurniaanNya yang melangit luas. Kadangkala hati ini seakan merasakan tidak pantas untuk menerima kebaikan sebanyak itu, lantaran kealpaan mengulang-ulang kesilapan dalam melayari bahtera kehidupan.

Alhamdulillah. Banyak cara Allah akan bantu kita untuk kita sentiasa dekat denganNya.

Baiklah, tinta kali ini sekadar perkongsian pendapat yang ringkas khas buat sahabat..


Adakah anda percaya pada kuasa cinta...??

"Ececece... cinta bagai ni... dah ada apa-apa ke??"

Ish.. ish.. ish... geleng kepala sambil kening dikerutkan (tanda tak puas hati)

Kenapakah? Apakah cinta itu cocoknya dengan nikah kahwin sahaja? Emangnya begitu ya?

Sebenarnya, apabila kita ni selalu fikir bila sebut cinta maknanya kahwin, kita sudah menyempitkan pendefinisian cinta, yang mengundang kepada permasalahan bahagia pula. Bila cinta ni orang kaitkan dengan kahwin sahaja, maka orang akan fikir dengan berkahwin sahaja aku akan jadi bahagia. Sila buat perkaitan sendiri ye.. :)

Cinta tu boleh jadi dengan ibu bapa, dengan sahabat dan terutama sekali dengan Allah dan RasulNya.
dan juga cinta pada 'beban' yang kita galas.



Wallahua'lam.. :)

Entri ni ditujukan khas buat adik yang bertanya, tidak la kak umai ketahui samada ianya mencapai standard piawaian yang dikehendaki ataupun tidak, namun hanya setakat ini sahajalah yang mampu kak umai coretkan dari tinta faqir ilallah.

Persoalan aura tu, kak umai tak belajar psikologi jadi kak umai tak boleh nak nampak apa yang orang katakan sebagai kehebatan aura. Ikut teorinya, kita nak tengok karakteristik seseorang, kita kena tengok melalui jaluran cahaya yang keluar dari rubuh manusia. Ada sesetengah kedai gambar yang ada teknologi  mengesan warna aura individu dan aura manusia juga boleh berubah mengikut masa dan perkembangan semasa diri mereka. Sekiranya nak berbicara tentang manusia yang mempunyai aura terhebat, sudah pasti dia yang kita sayangi iaitu baginda Rasulullah sallahu alaihi wasallam.

Jadi, apa yang kak umai nak katakan di sini ialah, (walaupun tidak mengambil sepenuhnya teori aura di atas) relationship is all about 'what you have that you wish to share with others'. Suka untuk kak umai sebut berkali-kali, apa yang ingin kita sampaikan kepada orang akan sampai dalam bentuk bagaimana ia disampaikan. Ringkasnya, kalau yang berbicara itu adalah emosi, maka ia menyentuh emosi. Sekiranya yang ingin disampaikan itu adalah fakta, maka yang sampai adalah fakta. Sekiranya yang ingin disampaikan itu dari hati, maka ia akan sampai ke hati. Apa yang membezakan mungkin cuma peratusan, persepsi awal yang sedia ada, mahupun gangguan teknikal.

Sebagai manusia biasa kita itu kok ada emosinya, apatah lagi yang namanya itu perempuan/wanita. Tips yang pertama untuk tulisan ini ialah, " Bila kita sedang beremosi (marah/sedih/terlalu gembira) tenangkan diri kita terlebih dahulu dengan diam ataupun senyum (serta amalan lain seperti zikrullah, wudhu' dan solat), then speak it out when you notice that "this is the right time". InsyaAllah, jangan bimbang bila masanya tiba kita akan tahu bilakah masa yang sesuai itu. Have to remember one thing, kita tak akan dapat waktu yang betul dalam sekali dua. Kita mungkin akan bertemu dengan banyak waktu yang salah sebelum dipertemukan dengan waktu yang betul. Another thing is, jangan diam terlalu lama, kerana kesenyapan itu mungkin boleh membunuh. ^_^v


Ada seorang sahabat pernah berkata pada kak umai, perempuan memimpin buat cara perempuan. Betul, kak umai setuju dengan pendapat dia. Soft spot seorang wanita adalah pada perasaannya, tidak kita se'brutal' mana dia menunjukkan karakter dirinya. Tips yang kedua ialah: Emosi bukan untuk dibelai, tapi untuk disantuni. Hati wanita tu macam kaca, fragile. Kita berkasar, kaca akan pecah. Kita berlembut, dia tidak akan pandai menjaga dirinya. Bagaimana untuk disantuni? Ianya membawa kepada tips yang ketiga iaitu: Layanlah mereka sebagaimana cara kita ingin dilayan. Jangan buat apa yang kita tak suka orang buat perkara tu dekat kita. Tetapi, berpada-padalah. Jangan sampai menjerut emosi sendiri.

Dalam permulaan entri ni, kak umai ada menyentuh tentang cinta. Ada juga seorang sahabat pernah mengingatkan kak umai tentang erti cinta. Dia kata, cinta itu menyentuh soal pelaksanaan. Katanya juga, kalau cinta maka buktikan. Kak umai kaitkan pula perbualan kak umai dengan seorang ustaz yang mana kata-kata dia menjadi tips yang keempat: Cintailah segala amanah/tugasan yang diberikan kepada kita. Bukan senang nak suka pada sesuatu perkara yang kita takut akan disoal kembali mengenainya, kan? Tapi kalau tak cinta, bagaimana mahu mendalami? Jadi, sangat penting untuk kita mencintai taklifan yang diberikan kepada kita. Bukan kerana kita mencintai kerana takut berpisah dengannya, tetapi kerana besarnya kenikmatan Allah kepada kita seandainya kita beramanah dalam menunaikannya. Allah, tak akan membiarkan kita terkapai-kapai mencari arah. Dia akan menunjukkan jalanNya kepada kita asal sahaja kita mengamalkan tips yang kelima: Carilah DIA dipermulaan menghadapi masalah.

Bercerita, mengadu, dan berserahlah pada DIA. DIA sahaja yang tahu kerana setiap yang berlaku hanya dengan izinNya. Sekiranya DIA menghendaki sesuatu, meskipun seluruh dunia menghalang perkara berkenaan pasti akan berlaku jua. Namun, sekiranya DIA tidak mengizinkan, datanglan seluruh dunia untuk membantu, pasti tidak akan berlaku.

Kak umai ada post di FB mengenai Power of 3Gi.

1. Tips keenam: Rancanglah strategi yang baik. Kerana kebenaran yang tidak terancang akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun. Sekalipun kita berada di pihak yang ingin melakukan kebaikan, namun tanpa strategi yang sistematik, kita tidak akan mampu menawan 'hati' manusia.

2. Tips ketujuh: Janalah energi yang terdapat dalam jasad kita. Teladanilah konsep qawwiyyul amin. Peringatan jua di sini iaitu, jangan sampai kita mengabaikan hak badan kita sendiri. Makan, minum, tidur, rehat itu fitrah kemanusian yang perlu dijaga. Carilah cara kita sendiri, melalui pengalaman orang lain.

3. Tips kelapan: Binalah sinergi. Kita ada kekuatan kita, sahabat kita dalam organisasi yang sama juga punyai kekuatan mereka yang tersendiri. Kekuatan digabungkan, maka akan terjadilah sebuah kehebatan. Kita saling menguatkan.

creadit to: Ashratul

Tips yang kesembilan: Berlapang dada dengan tarbiyyah Allah. Elakkan mempersoalkan bentuk tarbiyyah yang Allah ingin titipkan buat kita. Tetapi berusaha mencari hikmah yang tersembunyi. Sentiasa yakin padaNya.

Tips yang kesepuluh: Banyakkan musyawarah. Hargai kepelbagaian pendapat kerana banyaknya pendapat akan membawa kita kepada satu cadangan yang benar pada tempatnya. Sekalipun pendapat yang lain tidak praktikal buat masa sekarang, ianya mungkin realistik pada masa akan datang.

Lastly, tips yang kesebelas: Talk to your heart and talk to people with your heart.



Wallahua'lam. Sangat molek kalau kak umai dapat susun mengikut turutan keutamaan, tapi bila difikirkan balik, ada baiknya juga sekiranya pembaca menilai sendiri mengikut acuan sendiri. Ada dalil bagi menyokong setiap tips tetapi hal itu juga bergantung kepada kebijaksanaan pembaca yang budiman.

~Belajarlah kamu sebelum kamu diangkat menjadi pemimpin, kalau sudah diangkat? Teruskanlah belajar tanpa henti. Ilmu Allah terlalu luas ~

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails