Monday, December 3, 2012

Hormat dan Terbuka

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Hormat dan Terbuka berkaitan dua golongan utama. Manusia ni terbahagi kepada banyak golongan bergantung pada aspek mana yang dinilai. Cuma kalau kita perasan satu perkara, kita sebagai orang awam akan berada dalam golongan pertengahan dalam banyak perkara. Baik sangat tak. Jahat sangat pun insyaAllah tak. Kalau boleh, kita tidak mahu ke bahagian yang paling teruk, tapi malas berusaha untuk jadi yang paling baik. :)

Tapi kali ini saya cuma ingin fokus kepada 2 golongan iaitu golongan tua dan golongan muda. Kalau nak katakan golongan yang banyak makan garam dan sikit makan garam pun boleh juga. Golongan berpengalaman dan golongan baru nak kenal dunia pun boleh. Mana-mana pun boleh asalkan bahagia. Istilah di atas adalah fleksibel.

Apabila yang muda tahu menghormati, maka yang tua akan berfikiran terbuka.

atau 


Apabila yang tua mula berfikiran terbuka, yang muda akan belajar menghormati.

Dua-dua tidak mahu mengalah, maka jadilah.

Yang muda tak menghormati, yang tua pun tak nak berfikiran terbuka.



"Kau tak boleh pergi solat dengan pakaian macam ni. Ni apa pakai baju tengkorak"

"Eh, tak apa la. Asalkan menutup aurat"

Yang menegur tak salah, yang ditegur pun tak salah. Tapi jadi masalah bila dua-dua tidak mahu mengalah. Maka jadilah dialog yang berikutnya.

"Ni la budak-budak. Tegur sikit, merajuk"

"Orang tua ni, semua tak betul. Ini tak betul, itu tak betul. Mana satu yang betul agaknya?"

Hidup yang sepatutnya harmoni jadi tidak tenteram kerana banyak masalah kecil sehinggakan kita terabai perkara besar dan lebih utama. Orang heboh memperkatakan tentang isu itu dan ini. Kita duk layan masalah hati yang tidak selesai. Oh dunia!!

Sekarang, iaitu pada zaman anak muda boleh mendapatkan maklumat secara meluas, mereka tahu banyak perkara. Tetapi tak semua perkara tu mereka pernah rasa dan alami. Oleh itu, orang muda kena banyak belajar dari orang tua. "Pak cik/Mak cik, saya baru dapat tahu yang kalau kita buat begini, jadi begitu.  Betul ke?"

Orang tua pula, walaupun tidak tahu banyak teori, tetapi pengalaman sendiri yang mengajar mereka. Jadi mereka berpegang kepada pengalaman. Maka kerana itu, orang tua mesti berkongsi pengalaman mereka dengan orang muda dan menjelaskan kepada meraka. "Tak semua maklumat yang kamu dapat itu betul. Belajarlah menjalani hidup, anakku"

Kata kunci: Bil hikmah

atau kesimpulannya: belajar akhlak Rasulullah dan kembali kepada Islam adalah jawapan yang terbaik.

Nota kaki:

1. Anak muda memang jiwanya berkobar, semangatnya tinggi tapi dia juga kena ingat hal itu semata-mata tidak akan cukup. Mencari dan teruskan mencari. :)

2. Dalam kehidupan berorganisasi pun sama. :)




مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيْرَنَا وَيَعْرِفْ حَقَّ كَبِيرَنَا فَلَيْسَ مِنَّا

“Barangsiapa tidak menyayangi anak kecil kami dan tidak mengenal hak orang tua kami maka bukan termasuk golongan kami.” (HR. Al-Bukhari dalam Al-Adab, lihat Shahih Al-Adab Al-Mufrad no. 271)




إِنَّ مِنْ إِجْلَالِ اللهِ إِكْرَامَ ذِي الشَّيْبَةِ الْمُسْلِمِ وَحَامِلِ الْقُرْآنِ غَيْرَ الْغَالِي فِيْهِ وَالْجَافِي عَنْهُ وَإِكْرَامَ ذِي السُّلْطَانِ الْمُقْسِطِ

“Sesungguhnya termasuk mengagungkan Allah adalah menghormati seorang muslim yang beruban (sudah tua), pembawa Al-Qur’an yang tidak berlebih-lebihan padanya (dengan melampaui batas) dan tidak menjauh (dari mengamalkan) Al-Qur’an tersebut, serta memuliakan penguasa yang adil.” (HR. Abu Dawud dan dihasankan oleh Asy-Syaikh Al-Albani t dalam Shahih At-Tarhib no. 92)



Wallahua'lam~

1 comment:

  1. teringat satu untaian kata, yang begitu dekat dengan situasi 'pertembungan' antara orang banyak makan garam & sikit makan garam.

    'hamasah as-syabab & hikmah as-shuyukh'
    semangat orang muda & kebijaksanaan orang tua. orang yang baru nak kenal dunia ni, kebiasaannya teramat bersemangat nak jalankan gerak kerja, tanpa disedari kerja tersebut dilaksanakan dalam keadaan tergopoh-gapah. orang tua pula mempunyai hikmah yang mana orang tua ni sudah mempunyai pelbagai pengalaman & ilmu yang dikutip. di sini, orang tua berperanan untuk 'memandu' gologan muda ni. apa2 pun, kedua2nya saling memerlukan. as-shuyukh memerlukan hamasah as-syabab yang mana hamasah mungkin sudah pudar, as-syabab juga memerlukan as-shuyukh yang mana as-syabab tidak mempunyai hikmah seperti yang dimiliki as-shuyukh :)

    'ala kulli hal, kedua-dua gologan ini perlu berlapang dada. tidak perlu mengungkit siapa yang lagi hebat.

    seperti sebuah tamsilan, jika sebuah botol ditutup dengan penutup botol, mana mungkin botol yang ditutup itu mampu menerima air yang dicurahkan kepadanya.

    juz my two cents ^^V

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails