Monday, July 12, 2010

...Sebuah Pengertian...




Berharap pada sebuah pengertian,
Satu pengharapan yang tidak pasti,
Insan lain tidak akan mudah mengerti,
Melempar senyum simpati,
Mesti pengharapan sepenuh hati.....

Manusia tidak akan mudah mengerti,
Meski mereka mudah memahami,
Kerana kehidupan ini,
Ada onak merintangi,
Tidak akan sama antara pengertian ini,
Kerana hidup ini,
Nyatanya sebuah misteri.....

Usah mengharapkan insan lain supaya mengerti,
Kerana mereka jua punya perjalanan hati sendiri,
Selagi mana mereka tidak merasai....

Cuma tidak perlu memohon pengertian Ilahi,
Kerana dia Maha Mengetahui,
Samaada yang nyata atau tersembunyi,
Rahsia sekeping hati,
DIALAH PEMILIK ABADI.....


~ lalu siapakah sebenarnya yang lebih mengerti????~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails