Wednesday, July 25, 2012

Asam Keping, Manis Gula Melaka Menjadi GURU PRAKTIKUM

Assalamualaikum w.b.r...

Fuh!! Memang bersawang giler-giler la blog nih... ;)

Hehe...

Tengok tajuk di atas, pasti dah tahu kan apa yang nak diceritakan. Almaklumla... Cikgu Praktikum katakan... Teruja, eksaited, over acting, ... apa lagi.. 'terindu' <-- eh, ada kaitan ke ni... (ada juga sebenarnya.. semoga orang2x yang dirindui juga rasa perkara yang sama.. ;') -- (air bergenag di pelupuk mata)...

Oh, sudah2x.. !! Melayan perasaan ni, tak akan pernah selesai.. Masalah kecil pun boleh jadi besar.. ahaks..!!

Asam Keping + Gula Melaka = Masak ikan siakap 3 rasa memang best!!! (boleh buat buka puasa... sedapnyer!!! )

Eh sabo2x.. X senonoh betul la cikgu ni...

Opsss!! ^^v

Ok2x...

Alkisahnya tentang tajuk ni adalah suka duka yang dihadapi oleh seorang guru praktikum. Kalau tanya apa yang best pada seorang guru praktikum, ni mungkin antara jawapan yang akan diberikan..

--> Tachim kot, pagi2... sampai je.. murid2x dah beratur nak salam..
--> Syok sendiri bila murid-murid cakap: "Cikgu, bila nak masuk kelas kami?"
--> Yang paling x best pulak, x reti canne nak bergaul ngan cikgu2 senior...
--> Lagi, macam-macam kena buat... Mural, projek.. Penat kot..
--> Kena buli ngan anak murid waktu time kena observe.. =.='

dan macam-macam lagi kisah yang berkisarkan sekitar sekolah..

Tapi serius, segala macam perasaan yang datang akan hilang bila terdengar kalimah. 'Alhamdulillah, terima kasih cikgu'.. Masa tu baru habis kelas. Ketua kelas berdiri dan cakap macam tu. MasyaAllah... Sejuk hati mendengarnya.. Budaya yang diterapkan memang sangat bagus... Kebetulan memang semua murid Melayu. Sekolah kampung kan... Duduk dalam komuniti kampung.. Sangat muhibbah suasananya.. Tenang dan damai... Inilah hikmahnya yang Allah nak tunjuk selama ni.. Sangat bersyukur, sebenarnya...

Allahhu Rabbi..

Mendidik ni macam memasak.. (analogi orang perempuan... ;p )

Kalau tak de asam keping, x de gula melaka.. bukannya x jadi nak masak siakap 3 rasa tu.. masak je.... sedap juga makannya.. Tapi ada kurang 'umphhnya' sedikit (kalau ikut selera saya la..) Umi saya, kalau masak, memang nak kena ada dua-dua secret ingredient ni.. Tu cara umi.. Cara ibu-ibu yang lain,  lain pula..

Kalau kita memasak, kita mesti mahukan yang terbaik untuk orang yang nak rasa makanan kita kan? Macam-macam kita letak, kita sediakan dengan berhati-hati dan penuh kasih sayang.. Macam dalam cerita Jewel in the Palace bila heroin cerita tu cakap.. "Bila saya memasak, satu kepuasan bagi saya bila orang yang makan tu, tersenyum apabila merasanya" Kalau dah chef pun cakap macam tu, apatah pula bagi new beginner dalam memasak macam saya ni.

Sama la macam mendidik.. Kita akan sentiasa terinspirasi untuk cari banyak cara untuk mendekati dan menawan hati murid, supaya 'masakan' yang disediakan mampu dicerna dengan baik, sebati, mendarah daging seterusnya memberikan manfaat untuk mereka meneruskan kehidupan.

Apapun.. Semoga pengalaman ni akan mendidik saya menjadi guru yang baik untuk anak didik..



"cikgu tak pandai masak, sayang. cikgu baru nak sediakan asam keping dan gula melaka untuk resepi yang cikgu nak masak untuk kamu. Nanti, bila cikgu dah sediakan siakap 3 rasa, harap kamu makan dengan senyuman" 

^^v~





2 comments:

  1. lagi setahun dua merasa la siakap 3 rasa.. hehe

    ReplyDelete
  2. Syukurlah... sorang lagi akan jadi guru. Tapi jadilah guru yang baik dan berhemah tinggi dan bukan saja sekadar nak cari makan semata. Ingat, ngajar tu adalah ibadah. Beruntung insan yg berstatus sebagai guru, gaji dunia dapat... gaji akhirat pun dapat. Cuma perlu ikhlas dan niat yang baik shj

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails