Pages

Wednesday, May 30, 2012

Travelog Praktikum Fasa 1 (19 Mac - 13 April 2012)

Assalamualaikum w.b.r dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, saat ini sedang menikmati saat percutian yang menenangkan bersama insan-insan yang tersayang. Tiada tempat yang terbaik melainkan rumah sendiri. Kalau untuk orang berjuang, tiada istilah rehat dalam kehidupan mereka. Namun, sebagai insan kerdil yang masih bertatih dalam perjalanan dakwah ini, saya memerlukan waktu untuk bermuhasabah. Waktu untuk bertenang. Waktu untuk menyelak kembali lembar-lembar catatan kehidupan yang mungkin terconteng dek kerana mengah yang menjengah atau gopoh tak dirancang. Alhamdulillah, Allah itu Maha Tahu. Dia pinjamkan saya sedikit waktu untuk merenung kembali banyaknya khilaf yang saya lakukan dalam melaksanakan taklifan yang bakal berakhir sedikit waktu lagi. Moga Dia benarkan saya untuk setidaknya-tidaknya mengoptimumkan kesilapan dan memperbetulkan khilaf yang ada. Mudah-mudahan masih ada kesempatan. InsyaAllah.

Di mana bermulanya saya tidak pasti, namun saya seolah-olah disentakkan dengan pengalaman praktikum. MasyaAllah. Saya tidak mengjangkakan sama sekali praktikum mendatangkan impak yang cukup besar terhadap perspektif saya kepada dunia pendidikan. Dunia yang saya pilih ini. AllahuRabbi. 

Maka, saya mengambil ruangan maya ini untuk saya berkongsi dengan sesiapa sahaja yang membaca blog picisan ini mengenai trevelog praktikum fasa 1 saya. Tiada yang istimewa, sekadar perkongsian dari sudut pandang saya semata-mata. 19 hari bermakna 19 TP akan terlakar di kanvas maya ini. Selamat Membaca pada yang sudi..

Cikgu Umairah

Syukran~

(^____________^)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails