Pages

Sunday, March 4, 2012

Sampai di sini?

Assalamualaikum...

Entah ada ataupun tidak yang masih sudi menjenguk ke sini setelah sekian lama tiada kemas kini. :)

Alasan tipikal yang bergelar pelajar: Sibukkah? Entah...

Masih sayangkan ruangan maya ini lantas mengambil pendekatan untuk tidak terus memadamkannya. Mungkin apabila sudah sampai masa, akan kembali mencatat sesuatu di sini.

Buat masa sekarang, saya memberikan komitmen dalam penulisan maya di http://www.mencintaidia.com/blog/ 

Satu ruangan maya yang diusahakan oleh seorang sahabat dan dia menjemput saya untuk menjadi seorang penulis dalam ruangan ini. Lantaran merasakan, ruangan tidak memerlukan komitmen masa yang banyak, memandangkan ramai penulis lain yang turut menyumbang idea, lantas saya terima. Untuk mendapatkan sesuatu, sesuatu yang lain haru dikorbankan... Apapun, InsyaAllah tidak akan berhenti menulis kerana ianya merupakan satu kecintaan. Kerana kita tidak pernah tahu, hidayah Allah itu akan sampai dengan cara yang bagaimana, maka haruslah untuk kita mencuba segenap ruang. 

Wallahua'lam~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails