Pages

Tuesday, June 7, 2011

LAUT

Assalamualaikum.. w.b.r

Rabbana alaikal tawakkalna..
Wa ilaikal anabna,
Wa ilaikal massir,

Allah Ya Rabb...

Memandang ke kejauhan, lapangnya dada laut..
Subhanallah, Indahnya ciptaan Tuhan. Laut yang biru kehijuan, begitu tenang. Menarik nafas dalam-dalam. Dan dihembuskan setenang mungkin. Terasa sirna tanggungan amanah buat seketika. Nikmatnya memandang alam ciptaan Allah ini. Alam terbentang luas adalah guru semulajadi, yang mengajar kita banyak perkara.


" Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah berdirinya langit dan bumi dengan iradatnya. '' 
(Surah Ar Rum ayat 25)

Bagi yang menghargai nikmat kurniaan akal yang dianugerahkan, pasti akan memanfaatkan sebaiknya dengan mengambil ibrah dari setiap kejadian yang berlaku. Tinggal lagi, sejauh mana pengajaran itu menjadi desakan untuk menganjakkan paradigma pemikiran lantas menjana transformasi buat diri. 

LAUT YANG LAPANG

Laut yang lapang seolah-olah menyindir insan lemah ini. Katanya;

" Lihatlah manusia, aku bentangkan dadaku luas ke langit. Aku tidak mengira walau badai datang menggunung, angin mengganas, bahkan tsunami datang menggila sekalipun. Datanglah... Apa jua bentuk kenderaan laut, membelah tenangnya airku... Datanglah, sedalam mana-mana syarikat petroleum, menggali kedasar ku... Buatlah sesuka hatimu pada dadaku.. akan ku lapangkan jua.. Atas perintah Yang Maha Esa. Aku tunduk pada kekuasaanNya. Aku redha menerima dengan hati terbuka. Dengan ini aku sentiasa tenang. Buat tatapan matamu. Luas saujana matamu memandang. Moga kau berbahagia. Moga kau tenang. Sedang kau tidak tahu, apa isi lautku ini..."


Sedang insan biasa, sekali teruji, mudah melatah. Sekali ditegur, mudah melenting. Mungkin kita perlu belajar daripada tenangnya laut. Menerima dengan hati terbuka... Allahuakbar.. (^^)

~Indahnya~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails