Pages

Wednesday, June 8, 2011

....Duhai Wanita....

Assalamualaikum w.b.r..

Buat yang bergelar wanita.. (^^)

-wanita hiasan dunia-

Wanita ibarat buah epal.. 
Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperoleh kerana ia berguguran di tanah.. 
tetapi epal yg sukar dimiliki berada di puncak.. 
susah dipetik, susah digapai.. 
Jangan rendahkan dirimu ke tanah semata-mata untuk dimiliki.. Engkau telah ditakdirkan Allah untuk berada di atas kerana lelaki yang betul-betul layak dan berani sahaja dpat menggapai epal yg berada di puncak itu.. 
Seandainya engkau tidak dipetik di dunia ini, mungkin jodohmu menanti di syurga nanti.. 
ingat lah.. 
bagi wanita, 
MARUAH ADALAH SEGALA-GALANYA...
 

Wanita itu tak bisa diibaratkan dengan bunga, kerana bunga akan layu.
Wanita itu bukan sebuah besi yang keras, sebab dia boleh luluh dengan kelembutan.
Wanita itu bukan budak, kerana dia memiliki kedudukan istimewa yg diberikan oleh Allah SWT.
Wanita bukan boneka, kerana dia punya hati dan perasaan yang begitu peka.
Wanita bukan pajangan, kerana dia adalah makhluk yang ingin dilindungi dan disayangi.
Wanita itu ibarat berlian, yang senantiasa harus dijaga dan diperhatikan Berlian…
Yang akan membuat hidup di dunia ini semakin indah, Yang akan membuat kehidupan ini seimbang Yang akan membuat hidup ini lebih berwarna Yang akan melahirkan generasi dambaan umat.
Wanita adalah berlian, 
Yang tak boleh dinilai dengan apapun.
Yang harus senantiasa dilindungi dan dirawat.
Yang harus dipelihara dan dijaga nama baiknya.
Wanita itu ibarat berlian
Maka jagalah dirinya sebagai makhluk yang sangat istimewa 
Dengan tetap memberikan pancaran kemurnian hati dan jiwa.


Macam-macam la ibaratnya yang dianalogikan buat yang bernama wanita, namun hakikatnya wanita tetap wanita. Sesuai dengan ketetapan Allah s.w.t. Kembali pada asalnya, seorang wanita haruslah memelihara kehormatan dirinya dan yang paling asas kepada semua itu adalah memelihara AURAT. Kerana dirimu begitu BERHARGA, maka hargailah.


*Peringatan: Tudung pada kartun ni belum melepasi ketetapan syara', ye... (^^)

Tuesday, June 7, 2011

update

-manisnya berjuang-

LAUT

Assalamualaikum.. w.b.r

Rabbana alaikal tawakkalna..
Wa ilaikal anabna,
Wa ilaikal massir,

Allah Ya Rabb...

Memandang ke kejauhan, lapangnya dada laut..
Subhanallah, Indahnya ciptaan Tuhan. Laut yang biru kehijuan, begitu tenang. Menarik nafas dalam-dalam. Dan dihembuskan setenang mungkin. Terasa sirna tanggungan amanah buat seketika. Nikmatnya memandang alam ciptaan Allah ini. Alam terbentang luas adalah guru semulajadi, yang mengajar kita banyak perkara.


" Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah berdirinya langit dan bumi dengan iradatnya. '' 
(Surah Ar Rum ayat 25)

Bagi yang menghargai nikmat kurniaan akal yang dianugerahkan, pasti akan memanfaatkan sebaiknya dengan mengambil ibrah dari setiap kejadian yang berlaku. Tinggal lagi, sejauh mana pengajaran itu menjadi desakan untuk menganjakkan paradigma pemikiran lantas menjana transformasi buat diri. 

LAUT YANG LAPANG

Laut yang lapang seolah-olah menyindir insan lemah ini. Katanya;

" Lihatlah manusia, aku bentangkan dadaku luas ke langit. Aku tidak mengira walau badai datang menggunung, angin mengganas, bahkan tsunami datang menggila sekalipun. Datanglah... Apa jua bentuk kenderaan laut, membelah tenangnya airku... Datanglah, sedalam mana-mana syarikat petroleum, menggali kedasar ku... Buatlah sesuka hatimu pada dadaku.. akan ku lapangkan jua.. Atas perintah Yang Maha Esa. Aku tunduk pada kekuasaanNya. Aku redha menerima dengan hati terbuka. Dengan ini aku sentiasa tenang. Buat tatapan matamu. Luas saujana matamu memandang. Moga kau berbahagia. Moga kau tenang. Sedang kau tidak tahu, apa isi lautku ini..."


Sedang insan biasa, sekali teruji, mudah melatah. Sekali ditegur, mudah melenting. Mungkin kita perlu belajar daripada tenangnya laut. Menerima dengan hati terbuka... Allahuakbar.. (^^)

~Indahnya~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails