Salam dari seorang Umairah,
Alhamdulillah....
Masih lagi dikekalkan nikmat yang ada...
Masih boleh bernafas, menghirup udara yang segar,
Masih mampu melihat, merakam indahnya ciptaan Ilahi,
Masih mampu mendengar, merdunya irama alam,
dan semua anugerah yang dipinjamkan.....
Saya baru sahaja habis membaca sebuah buku tulisan seorang yang bergelar ayah iaitu Hasan Suyut yang berjudul 'Kembara Atiq Wazif-Satu Anugerah'... Buku ni sudah berbulan-bulan dalam koleksi saya, namun baru kali ini saya rasa terpanggil untuk membaca... Saya sudah mengesyorkan kepada ramai orang untuk membeli dan membaca buku ini, tetapi saya sendiri baru sahaja menghabiskannya.. Astaghfirullahalazim...Saya khilaf..
INTIPATI BUKU
Apapun, intipati buku ini sangat bermanfaat kepada semua khususnya buat ibu bapa yang mempunyai anak istimewa dan juga sesiapa sahaja yang berkecimpung dalam bidang pendidikan khas. Ianya memaparkan pengorbanan seorang ayah dan kasih seorang ibu yang memiliki seorang anak istimewa bernama Atiq Wazif. Benar pepatah Melayu, 'Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan'. Pelbagai ikhtiar telah dijalankan dalam usahanya untuk mengesan dan merawat penyakit anakanda tercinta. Gaya penulis berbentuk naratif dan santai. Dalam masa yang sama, penulis berkongsi pelbagai cara yang boleh digunakan oleh para ibu bapa dan juga untuk mengesan perbezaan yang terdapat pada anak-anak mereka berbanding kanak-kanak yang lain, serta intervensi yang boleh dilakukan bagi merawat anak-anak mereka. Serta realiti kisah suka dukla yang mewarnai hubungan kekeluargaan mereka. Cerita cinta suami isteri, hubungan ibu bapa dan anak, turut menjadi perisa tambahan yang menjadikan buku ini menarik untuk dibaca. Pelbagai tips berhadapan dengan anak istimewa turut dikongsi bersama.
PENDAPAT PERIBADI
Sememangnya buku ini sangat menarik dan wajar untuk dimiliki, lebih-lebih lagi buat bakal guru yang berkemungkinan berada dalam dunia pendidikan khas seperti saya, Saat saya membeli buku ini pun, saya berharap buku ini akan dapat memberikan saya pengetahuan yang berguna tentang anak-anak pendidikan khas, serta dapat menaikkan semangat saya untuk terus meminati bidang ini meskipun nanti saya tidak akan mengajar pendidikan khas dek kerana lambakan guru pendidikan khas yang terdapat di pasaran.
Sungguhpun begitu, saya merasakan Wazif merupakan seorang anak yang bertuah dalam kalangan ribuan kanak-kanak pendidikan khas yang lain. Dilahirkan dalam sebuah keluarga yang boleh dianggap berada (meskipun penulis begitu rendah hati untuk menyatakan yang demikian), merupakan satu kelebihan buat Wazif. Ayah dan ibunya merupakan individu yang berpendidikan dan berfikiran lebih optimis dalam menghadapi dugaan memiliki seorang anak istimewa. Ayahnya mampu berhabis ratusan ribu ringgit bagi memastikan Wazif mendapat rawatan yang sewajarnya. Beberapa buah negara telah dikunjungi termasuk US dan Beijing. Sungguh berbaloi usaha yang dilakukan sehinggakan Wazif mampu berjalan dan juga menuturkan beberapa patah perkataan. Perbuatan ini mungkin dianggap kecil bagi orang yang tidak tahu, tetapi bagi yang mendekati dan bersama-sama kanak-kanak istimewa, ianya sesuatu yang sangat besar yang tidak terungkap oleh kata-kata.
Apa yang ingin saya sampaikan sebenarnya adalah, Wazif beruntung. Punyai keluarga yang mampu menyediakan semua itu. Tetapi bagaimana pula dengan rakan-rakannya yang lain yang tidak berkemampuan dan berhadapan dengan masalah keluarga yang tidak memahami masalah yang dihadapi oleh mereka. Saya akui, saya sendiri masih lagi baru dalam bidang ini dan tidak sewajarnya berbicara seumpama ini. Tetapi sekiranya saya meletakkan diri saya dalam keadaan mereka, sekurang-kuranganya, berikan kasih sayang meskipun kita tidak mampu menyediakan wang ringgit bagi membantu mereka. Kasih sayang merupakan elemen terpenting yang dapat membantu kanak-kanak istimewa terutama dari segi emosinya. Kanak-kanak yang tidak mampu menunjukkan prestasi yang baik, lazimnya kerana mereka mempunyai masalah emosi.
Sememangnya, kalau diperhatikan kanak-kanak istimewa ini seolah-olah tidak mempunyai perasaan, tetapi kita perlu membuka hati kita. Mereka juga makhluk Tuhan. Sedangkan haiwan pun diberikan kasih sayang yang lebih, inikan pula manusia seperti mereka. Pengalaman mendengar kisah-kisah keluarga yang mengabaikan kanak-kanak istimewa cukup mengesankan. Rasa tidak sanggup untuk mendengar dan mempercayai. Namun inilah realiti. Sedangkan bayi kecil yang comel pun lagikan dibuang sesuka hati oleh ibunya, apatah lagi menyimpan mereka yang tidak mampu menyumbang apa-apa. Inilah mentaliti yang salah. Nauzubillahiminzalik...
Saya kongsikan beberapa kisah;
Kisah 1
Kanak-kanak ini cuma menghadapi masalah slow learner. Ayahnya merupakan seorang penagih dadah. Saya rasa punca kepada masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini adalah masalah keluarga. Saya kira, dia boleh menjadi seorang pelajar yang cemerlang sekiranya dia diberikan sokongan oleh ibu bapanya. Kadang-kadang timbul juga rasa geram. Sekiranya tidak mahu mencari penyelesaian sekalipun, janganlah ibu bapa pula yang menjadi faktor kepada masalah yang dihadapi oleh anak-anak.
Kisah 2
Diceritakan oleh seorang senior, cukup saya kongsikan dialognya.
Senior : Balik nanti, makan nasi ye. Makan makanan yang berkhasiat....
Anak murid : Erm, kalau ada nasi saya makan la cikgu.. tapi kalau tak ada, makan biskut je la..
Kisah 3
Itu yang melibatkan ibu bapa. Ada juga sesetengah kelas pendidikan khas yang tidak mengambil berat keadaan murid-murid yang dimasukkan ke kelas berkenaan. Sudahlah di rumah tanpa jagaan sewajarnya dari ibu bapa, di sekolah juga nasib mereka tidak terbela. Lalu di mana lagi mereka dapat mengadu nasib. Nak diharapkan kepada masyarakat??? Entahlah, kadang-kadang masyarakat kita ini terlalu mementingkan diri sendiri...
Penutup: PRIHATIN!!!
Ini hanya cebisan realiti kanak-kanak istimewa.. Banyak lagi kisah yang lebih meruntun jiwa. Bagaimana kita nak tahu?? Tidak ada cara lain.. Jadilah masyarakat yang lebih peka dan prihatin.... Banyak juga filem yang berkisarkan kanak-kanak istimewa.. Antaranya, Teera Zameen Par, Black, Home of Acorn, dan juga Pensel.. Kalau cerita dulu-dulu, kalau tidak silap saya satu cerita yang mana watak utamanya bernama Siti Musliha... Itulah, kita kekurangan aktivis yang memperjuangkan nasib mereka. Saya berharap benar, satu hari nanti saya akan mampu mengusahakan sesuatu untuk mereka. Amin...
Percayalah, ini adalah suara hati mereka yang mengharapkan pengertian dari kita;
"Senyumku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mataku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu
Namun ku punya hati
Juga gayaku perasaan
Hidupku yang begini
Kadar waktu diizin Tuhan
Tidak ku minta
Lahir ke dunia
Tidak kuduga
Cacat begini
Bukan kuminta
Kasih dan sayang
Bukan ku rayu bantu simpati
Maafkan wahai teman
Kumenumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua..."
Mataku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu
Namun ku punya hati
Juga gayaku perasaan
Hidupku yang begini
Kadar waktu diizin Tuhan
Tidak ku minta
Lahir ke dunia
Tidak kuduga
Cacat begini
Bukan kuminta
Kasih dan sayang
Bukan ku rayu bantu simpati
Maafkan wahai teman
Kumenumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua..."
Ingat tak lagu ni.. Macam pernah dengar kan???
No comments:
Post a Comment