Pages

Showing posts with label Dunia Guru. Show all posts
Showing posts with label Dunia Guru. Show all posts

Friday, June 6, 2014

Kini, saya seorang cikgu......

Assalamualaikum w.b.r....

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...

Tiada lagi lafaz yang lebih indah melainkan kalimah hamdalah memujiNya yang Maha Esa, atas segala nikmat dan kurniaan. Dah hampir dua bulan sebenarnya saya menyandang title cikgu ni. Walapun sebenarnya belum sah jawatan lagi, tapi hari-hari yang dilaluinya banyak mengajar saya tentang erti kehidupan yang sebenar. Terkadang saya berfikir, adakah sebenarnya saya terlalu memberatkan fikiran tentang falsafah kehidupan sehingga terabai untuk menghadapinya? Entah.

Memang exactly tak sama apa yang saya alami sewaktu praktikum dengan menjadi guru sebenar. Tetapi ilmu dan pengalaman sewaktu praktikum banyak mempersiapkan saya untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.

Ramai yang bertanya,

"Bagaimana sekolah?"

"Seronokkah di sana?"

Well, I'm having fun here... at SK (LKTP) Chini Timur 2. All the teachers are awesome! The kids are intelligent and energetic. I just love the air, community and the feeling of 'belongs to'.

Alhamdulillah.

Here I stand and here I am. Whatever comes, I'll just face it. Allah is always there for me :)

Chaiyyok umai!!! ^_^







Sedikit warna-warni suasana di sekolah:







Friday, November 26, 2010

Dunia Pendidikan Khas

Assalamualaikum w.b.r...

Salam dari seorang Umairah...

Hari ini rasanya ingin berkongsi serba sedikit tentang dunia Pendidikan Khas yang saya cintai ini. Realitinya saya masih belum menjadi guru dan masih dalam proses cuba menjiwai watak seorang guru pendidikan khas. Seringkali apabila ada yang bertanyakan tentang bidang pengkhususan saya di IPG dan saya menjawab Pendidikan Khas, lazimnya ada beberapa reaksi yang dapat saya jangka. Antaranya...

" Oh, pendidikan khas. Ajar budak-budak cacat ye?" tak pun "Ajar budak OKU, ye?"

"Oh, yang nanti belajar bahasa isyarat dan braille tu ye"

"Oh ye ke? Seronoknya. Tapikan kalau saya mesti tak boleh. Saya tak sampai hati tengok keadaan budak-budak tu. Tengok kejap je. Pastu mesti nangis."

Ada juga yang memberikan reaksi seperti ini.

"Mmm. Bagus tu. Satu bidang yang menyeronokkan, tapi mencabar. Baguslah"

Tak kurang juga yang akan menasihati seperti ini.

"Jadi cikgu pendidikan khas ni kena banyak sabar. Murid pendidikan khas ini ada yang kurang mental dan kurang fizikal. Kalau fizikal, kena buat macam ni (.............) dan kalau yang mental kena buat macam ni (............).

"Ni nak cerita berdasarkan pengalaman ni. Kalau budak syndrome tu, kita nak tarik perhatian dia, kena bagi ganjaran. Tak boleh ajar macam budak biasa. (dalam hati saya.. "Dasyat ni, aku baru belajar token ekonomi, dia dah praktikkan.Mantapnya.........")

"Jadi cikgu pendidikan khas ni kena kreatif..."

Tapi, tak kurang juga ada yang bertanya...

"Pendidikan Khas tu apa?"

Sedih juga bila ada yang cakap macam tu, tapi saya tidak boleh salahkan mereka. Kurang pendedahan. Itu mungkin jawapan yang terbaik. Mungkin kerana saya berada dalam bidang ini, maka saya tahu sedikit sebanyak mengenainya. Kalau saya tidak berada dalam bidang ini mungkin saya tidak akan ambil tahu tentang kanak-kanak ini. Keadannya sama juga apabila saya sudah tidak lagi bermain dengan kalkulator, saya juga sudah tidak ambil peduli sangat mengenai kira-kira yang sukar dalam matematik. Tapi atas dasar kemanusiaan dan persamaan hak dalam bidang pendidikan, sedikit sebanyak kita kena menjadi orang yang mengambil tahu tentang nasib mereka.

HOME OF ACORN

Cerita 'Home of Acorn' banyak mengesankan saya. Sebuah cerita Jepun yang mengisahkan pengalaman ibu bapa dalam menghadapi kanak-kanak pendidikan khas yang mempunyai pelbagai karenah serta usaha mereka untuk membangunkan sebuah 'rumah' yang menyediakan peluang pekerjaan kepada anak-anak yang senasib dengan anak mereka. Realitinya, kanak-kanak pendidikan khas boleh melibatkan diri dengan masyarakat apabila masyarakat dapat menerima mereka.

Sepanjang saya mendalami bidang ini, saya dapat rasakan beberapa keistimewaan yang ada pada anak-anak istimewa ini. Biasalah kan, Allah itu Maha Adil. Apabila DIA tarik beberapa kelebihan, DIA ganti dengan kelebihan yang lain. Terpulang pada kita untuk menilai. Salah satu kelebihan mereka ialah mereka seolah-olah mampu untuk faham perasaan kita yang normal. Saya masih ingat kata seorang guru pendidikan khas yang berpengalaman luas dalam bidang ini. Katanya, kanak-kanak pendidikan khas ini boleh 'baca orang' Dia tahu siapa yang dia boleh 'makan' dan siapa yang tidak. Dia pun ada berkongsi tips dengan saya yang mana bila kita nak tahu kanak-kanak berkenaan masih boleh diubati ataupun tidak, Katanya kalau kanak-kanak berkenaan masih mempunyai eye contact dengan kita, tidak kira la walau seagresif mana pun dia, dia masih boleh dipulihkan. Bergantung kepada usaha kita pula.

Saya petik kata-kata dalam cerita Home of Acorn ini yang menggambarkan betapa kanak-kanak istimewa ini jua punyai hati dan perasaan seperti kita dan boleh merasakan getar emosi kita. Situasinya ialah seorang ibu kepada Keiko yang sudah putus asa mempunyai anak yang mempunyai masalah pendengaran dan terencat.Pada malam berkenaan Keiko seolah-olah dapat memahami ibunya yang tidak menginginkannya lagi. Apa rasa seorang anak, apabila ibu yang selama ini disandarkan harapan dan kasih sayang sudah berputus asa untuk menerima dirinya lagi. Kita yang normal ini pun banyak bergantung pada ibu bapa. Inikan pula mereka yang kekurangan. Tapi, kita juga harus faham kondisi ibu Keiko. Bayangkan juga ibu muda mana yang sanggup menjaga anak yang membuat sesuka hati seperti menceroboh masuk rumah jiran, memecahkan peralatan-peralatan rumah tanpa sebab, memukul ibunya sesuka hati. Pada malan Keiko menderita kerana asma, si ibu menyedari sesuatu. Kita hayati monolog si ibu ini dan renungkan maknanya yang sangat mendalam...

I am sorry
I am sorry
A fit of asthma,
She breathes painfully,
It sounds like a silent protest,
She's able to see through me,
She knows I want to quit being her mother,
She can read my mind....

Sewaktu Keiko sedang berjuang melawan asma, ibunya akhirnya sedar yang anaknya memiliki daya juang yang tinggi. Barulah dia tahu kekuatan sebenar yang dimilki oleh anaknya dan barulah dia tahu selama ini anaknya menanggung derita kerana kekurangan yang dimilikinya;

She wants to be alive,
She's trying to live,
She's appealing to us who are weak and foolish,
She's carrying a big burden on her small shoulders,
She's showing us that she's trying to live,

Dan pada malam berkenaan untuk pertama kalinya dalam hidup dia dan suaminya, mereka menerima anak mereka dengan kekurangan yang dimilikinya, hanya setelah mereka hampir kehilangannya...

Kisah kedua pula mengenai seorang budak menghidap autisme yang bernama Kiyoshi. Dunia kanak-kanak autisme memang menarik. Tetapi sayang mereka tidak mampu menceritakan apa yang ada dalam dunia mereka menyebabkab mereka sukar difahami. Sehinggakan ibu Kiyoshi pernah berkata;

" Although he's my son. I don't know what he thinks''

''Everthing he does is meaningless, All he does is to trouble others"

Memang tindakan yang dilakukan olehnya begitu menyusahkan. Bayangkan dia akan mencederakan dirinya dengan menarik-narik rambutnya sendiri sehingga bertaburan helaian lambut di atas lantai, mencakar-cakar muka sendiri sehingga berdarah. Di kedai ayahnya pula, dia menggantikan roti-roti yang dijual dengan batu-batu.

Dia juga mempunyai satu tabiat yang pelik yang mana dia suka menyusun batu-batu. Contohnya dalam cerita berkenaan, dia menyusun batu di hadapan kumbang yang hampir mati. Kalau pada pendapat kalian, apa tafsiran daripada tindakan yang dilakukannya?? Mungkin ada yang beranggapan budak ni obses terhadap batu. Mungkin ada juga yang akan menganggap, ''Budak ni tak betul agaknya"... Tetapi sebenarnya falsafah yang diajar oleh seorang budak autisme ini cukup halus. Apa yang difahami oleh seorang guru pendidikan khas dalam cerita berkenaan cukup menyentuh jiwa dan membuatkan kita berfikir. Katanya;

 Don't say that. It's unfair to him.
He can't hear or speak.
He can't express himself.
Even if he acts strangely but his actions are messages.
He is trying to communicate that way.
Si ibu yang kecewa lantas memintas bicara si guru;

What is he trying to say by gathering the stones??
How can I understand him,
You only speaks nice things,
But people look at Kiyoshi with disgust...

Cuba hayati dialog si ibu apabila dia menyedari apa yang cuba disampaikan oleh si anak melalui batu berkenaan. Sebelum itu, sedikit suasana sewaktu ibunya proses ibunya menyedari mesej yang ingin disampaikan oleh anaknya yang mana pada ketika itu sebenarnya ibunya sudah ingin mengambil satu tindakan kurang waras. Dia ingin terjun dari jambatan yang dibawahnya merupakan laluan kereta api.Pada waktu berkenaan Kiyoshi menyusun batu menghadap matahari yang hampit terbenam. Satu permandangan yang indah. 


The sunset is beutiful and Oh!!
Kiyoshi wanted the stones to see it too...

Dan ibunya juga teringat ketika Kiyoshi mengangkat batu pada kumbang yang hampir mati dan katanya mungin pada ketika itu Kiyoshi dan 'batu-batunya' sedang memberikan semangat kepada kumbang berkenaan untuk terus hidup

Kerana manusia tidak mampu memahami sehinggakan Kiyoshi bercerita pada batu....

They have many things in their heart,
And they talk to many things,
Only that we cannot hear them,
We give up from them and don't try to listen.

We only saw the handicap and consider our burden,
Mother's don't smile anymore,
Father's begin to look away,
The children feel that 
They're among anger and sorrow,
And so they close their hearts,
The children aren't the ones carrying heavy burdens, but US,
We had sorrows and despair,
That was our worst burden.....

Pesanan buat diri: Sayangilah dan terimalah mereka kerana kita dan mereka berkongsi dunia yang sama.. (=

Wednesday, November 3, 2010

~~~MOTIVASI~~~



Salam dari seorang Umairah....

Adakah anda seorang yang bermotivasi?? ..

Maksud saya, sentiasa bermotivasi...???



Kalau ya, maka anda adalah orang yang beruntung.....
...

Tidak semua orang sentiasa bermotivasi...

Kadangkala bila diuji sedikit kesusahan ataupun kesenangan akan membuatkan motivasi kita luntur...
Semangat untuk melakukan sesuatu tugasan pun akan hilang...


Sudahnya, terjadilah kerja-kerja di minit-minit terakhir ( tapi ada sesetengah orang memang suka kerja last minute, barulah mencabar - helah bela diri... huhu)


Entahlah, kerja
last minute ni seronok sebab ia dapat ajar kita bertindak dengan tenang pada saat-saat genting... (tenang la sangat)... Tapi percayalah ianya tidak bagus untuk kesihatan anda, dan sila jangan mencuba jika anda tidak biasa melakukannya..


Kali ini saya rasa terpanggil untuk berkongsi tentang motivasi....




Kenapa motivasi penting sehinggakan ianya merupakan satu sub topik dalam mata pelajaran EDU 3103: MURID DAN ALAM BELAJAR, bagi guru pelatih semester 2 program ijazah sarjana muda perguruan???




Mestilah penting kan?? Kalau tak, buat apa kita belajar....





Mesti la penting, cikgu-cikgu kena la tahu, keadaan anak-anak murid sebelum nak ajar mereka semua...

- saya dah sedia.. saya dah sedia-




Ini tak, anak-anak murid belum bersedia tapi dah disumbatkan dengan pelbagai maklumat.. Itu yang menyebabkab maklumat berkenaan tidak di tukarkan kepada ilmu pengetahuan... Tidak melekat dalam fikiran... Sudahnya, murid ke sekolah untuk sekadar menerima maklumat bukan menimba pengetahuan...




Jangan cepat menuduh dulu... cikgu-cikgu pun tiada pilihan... Hambatan silibus membuatkan cikgu terpaksa mengajar juga walaupun murid-murid sudah tidak dapat menerima... Entahlah, dalam situasi ini, kita tidak boleh mengagak siapakah gajah yang bergaduh dan siapakah pula pelanduk yang mati tersepit di tengah-tengah... (apakah????)




Kembali kepada tajuk, motivasi sebenarnya merupakan satu penggerak dari dalam hati seseorang untuk melakukan sesuatu tindakan demi mencapai matlamat. Sebagai seorang pelajar, dan sekiranya kita melihat dari konteks pendidikan, matlamat yang ingin dicapai ialah memperoleh kejayaan dalam pelajaran dan juga untuk membentuk tingkah laku yang bersesuaian dengan norma hidup insan yang berguna kepada agama, bangsa, dan negara.




Kalau nak tahu juga, motivasi ini terbahagi kepada dua iaitu, motivasi intrinsik(dalaman) dan juga motivasi ekstrinsik (luaran) .. Jadi mesti dah dapat teka kan??? Mestilah motivasi intrinsik ini merupakan satu dorongan yang berpunca daripada dalaman individu, misalnya minat dan keinginan seseorang terhadap sesuatu.. Manakala bagi motivasi ekstrinsik pula hasil daripada faktor luaran seperti ganjaran berbentuk material yang akan diperoleh apabila sesuatu matlamat dicapai....




Sebenarnya saya ingin berkongsi tentang satu teori yang terdapat dalam pengajaran motivasi ini iaitu teori EKSPEKTANSI X NILAI... Maksud kepada teori ini ialah, ekspektansi (harapan seseorang untuk mencapai matlamat yang dituju) dan nilai pula merupakan sejauh mana matlamat yang ingin dicapai memberi makna kepada kepada individu berkenaan...
Menurut teori ini, seseorang individu akan dikatakan bermotivasi dalam menyempurnakan apa-apa pekerjaan yang dilakukannya sekiranya dia menyedari kenapa dia melakukan tugasan berkenaan dan dia percaya tugasan berkenaan dapat mendatangkan manfaat kepada dirinya....




Maknanya. kita memerlukan kedua-duanya untuk menjadi seorang yang bermotivasi. Rumusnya begini;

Ekspektansi x Nilai = Motivasi


Jikalau salah satunya adalah sifar, maka hasilnya motivasi kita juga akan menjadi sifar..



Kadang-kadang akan berlakunya situasi dimana, kita mengharapkan sesuatu kejayaan, tetapi kita tahu kejayaan berkenaan tidak ada nilainya pada diri kita... Kadang-kadang kita juga tahu yang apa yang ingin kita capai itu sangat berharga, tapi kita tidak punya cukup kekuatan untuk berharap.... teringat pulak satu lirik lagu..dah lupa siapa yang nyanyi lagu ni...




Aku berhenti berharap,
Dan menunggu datang gelap,

Sampai nanti satu saat,
Tak ada cintaku dapat.......

(kalau tahu, nyanyilah.. huhu)





Salah satu situasi yang pernah dialami ialah sewaktu sekolah menengah dulu... Rasa macam dah tak boleh nak carry subjek sains... Almost give-up... Memang tahu kalau kita dapat kuasai subjek-subjek ini kita akan dapat masa depan yang lebih cerah.... Tapi pendek kata, memang dah berhenti berharap... macam lagu kat atas.... Saya memang tak meletakkan harapan yang tinggi... Saya cuma berpegang pada satu kata-kata ini sahaja...



" Berusahalah tanpa mengenal putus asa... Sekalipun kita sudah berputus asa, berjuanglah!!!! walau dalam keadaan berputus asa..."



Berbekalkan kata-kata ini, dalam keadaan putus asa, saya berusaha sekadarnya... Al-hasil, keputusan SPM bagi ketiga-tiga subjek, hanya cukup makan.... Well, let by gone.. be by gone... Al-hikmah, Allah s.w.t memberikan sesuatu yang lebih baik buat saya... InsyaAllah... sebagaimana firmanNya;



يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ

... Allah mengetahui apa-apa yang ada di hadapan mereka dan mengetahui apa-apa yang di belakang mereka dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmuNya melainkan apa yang dikehendakiNya segala sesuatu urusan...




Kalau kita tengok dalam al-Quran pun ada dinyatakan tentang pentingnya kita usaha untuk mencapai matlamat, malahan semua itu dah diterangkan sebelum keluar teori di atas lagi.... macam dalam surah Al-Rad ayat 11.. kita biasa dengar ayat ni... (=




إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka...

Tapi, teori ni kita kena belajar takut2 keluar exam.. kalau tak baca tak ingat.. kalau tak ingat, tak leh jawab... kalau tak boleh jawab?????

sendiri mau ingat larrrr....


- paper untuk subjek ni pun dah tamat sebenarnya, yang penting aplikasikan apa yang kita belajar... barulah ilmu itu bermanfaat .... bagaikan buah yang masak ranum pada sebatang pokok yang tumbuh merendang-

Saturday, September 11, 2010

.... SEMPURNA .....




Salam dari seorang Umairah...

Hari ni hari ke-2 di bulan Syawal... Tapi seperti lazimnya, dipantai timur raya ni disambut sehari je... Tapi tengahari sikit mungkin akan berziarah ke rumah saudara mara... entry kali ni x de kena mengena dengan raya pun sebenarnya.. Memang banyak nak tulis tapi kemalasan membaluti diri ini.. huhu.. idea pun belum tercanai sepenuhnya... Tapi, entry seterusnya akan ada kena mengena dengan lagu Sempurna kat bawah ni...


Siapakah yang saya maksudkan sempurna dalam lagu ni???

.

.

.

.


Sedangkan manusia tiada yang sempurna???

Ermmmm.....

Lirik Lagu Gita Gutawa - Sempurna (OST LOVE)

Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah
kau membuat diriku
akan slalu memujamu


Disetiap langkahku
Kukan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintamu

*
Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa


Reff:

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna.. Sempurna..


Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku



-moga terus diberikan kekuatan untuk menyiapkan entry seterusnya-


::: ciptaan Ilahi yang mendamaikan jiwa :::


Monday, September 6, 2010

::: SEMPURNA :::

PBS ke-2 bersama afni, hajeera dan aten (sukanya dapat kad)

PBS Pertama bersama nad, wawa dan afni (hehe... cg na, cg ni, cg wa, cg ma)


Salam dari seorang Umairah... Subhanallah.. Maha suci Allah yang menghidupkan kita semua hingga ke detik ini... Seperti yang dijanjikan dalam 'entry' sebelum ini, sekarang saya akan berbicara tentang sempurna... Kesempurnaan adalah milik Allah yang Maha Esa semata-mata.. Tetapi manusia bisa sahaja menjadi sempurna di mata manusia yang lain dengan menjalani kehidupan, penuh kesyukuran...

Untuk berkongsi tentang sempurna dari sudut agama, pasti saya bukanlah orang yang selayaknya... Masih banyak kelompangan di sana sini.. Saya cuma ingin berkongsi rasa dan pandangan dari kacamata seorang bakal guru pendidikan khas... InsyaAllah...
Pengalaman yang ada tidak banyak.. Sekadar pernah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) sebanyak dua kali sahaja dan tinggal dua kali lagi pada tahun hadapan...

Sekarang pendidikan khas adalah dunia yang saya dan saya berharap Allah terus mengizinkan saya untuk menghayati citra seorang guru pendidikan khas yang sebenar... Moga terus dipelihara rasa ini, untuk saya menggali seberapa banyak pengalaman dunia anak-anak syurga ini...

(Teringat kata seorang guru yang mengajar pendidikan khas sewaktu dia sedang melayan seorang murid pendidikan khas yang mempunyai masalah tingkah laku)

"Macam ni la dia. Bukan senang nak kawal dia.... Tapi x pe ye sayang, nanti masuk syurga jangan lupa cikgu."

Ini pertama kali saya mendengar ayat ini diucapkan betul-betul dihadapan saya... Subhanallah... tak tergambar perasaan saya ketika itu... Allah sahaja yang mengetahuinya... Satu lagi ayat yang saya dengar dari kawan saya apabila seorang guru yang lain pula melayan murid yang sama...

" Ok pandai... Dah2 ye... Cikgu minta maaf ye..."

Saya mengenali cikgu ini sebagai seorang guru yang tegas. Tapi selepas P&P berakhir dia meminta maaf daripada murid ini kerana terpaksa bertegas semasa P&P bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai.... Dan dia adalah seorang guru lelaki... Begitu guru ini tidak berkira mengucapkan kata maaf meski dengan seorang murid pendidikan khas... Kerana apa??? Kerana mereka sempurna...

Itulah rasa saya yang baru setahun jagung dalam bidang ini... Apabila saya memandang kedalam mata mereka, saya temui kejujuran... Apabila saya melihat senyuman mereka, saya temui keikhlasan... Tanpa sepatah kata... Saya tahu hati mereka berkata-kata... Dan saya tidak sendiri merasakan semua ini.... Teman-teman sekelas juga berkongsi rasa yang sama... Apatah lagi pensyarah dan guru-guru yang sekian lama berada dalam bidang ini... Tentu banyak sekali pengalaman mereka.... Sewaktu menjalani PBS, pelbagai karenah mereka akan dapat kita perhatikan..

Sewaktu PBS yang pertama, rasa seronok sekali bila kita tidak sampai lagi ke kelas mereka, sudah digamit kita dari kejauhan... Gelak ketawa mereka kedengaran menjadi satu suara yang sangat indah pada pendengaran... Apabila mereka berjaya menyebut nama kita waaupun hanya satu suku kata sahaja yang kedengaran, namun sudah cukup untuk membuatkan kita senyum sepanjang hari... Entahlah.. Ianya rasa kebahagiaan yang tak terungkap dek kata-kata...


PBS kedua pula, rasa terharu sekali mendengar dendangan nasyid dari mereka dan juga persembahan loceng... Rasa kagum pada kekreatifan guru mereka mendidik mereka untuk menghasilkan persembahan yang cukup menarik... Paling seronok bila mendapat cenderahati hasil kerja tangan anak-anak ini... Terima kasih ye sayang....

Saya ceritakan sedikit sebanyak masalah yang dihadapi oleh murid2 ini... Masalah yang biasa seperti slow learner dan sindrom down, mungkin ramai yang mengetahui.. tapi kali ni saya mengenali satu lagi sindrom yang baru iaitu sindrom hunter... Ciri-ciri yang dapat saya lihat pada mereka ialah mereka mengalami masalah saraf yang mana murid ini tidak dapat berjalan tanpa dipimpin atau didukung, makannya bersuap, dia hanya ke sekolah untuk dilakukan 'massage' dan dibiasakan dengan bersosialisasi... Dia tidak bertutur bahkan tidak pernah saya lihat dia menangis... Tapi dia ada keinginan untuk bermain-main berdasarkan tindakbalas yang diberikan... Dia memegang tangan salah seorang teman saya...

Murid yang seorang ini pula turut mempunyai masalah saraf... Dia masih boleh berjalan tetapi masih juga perlu dipimpin... Dia boleh bercakap tetapi lambat2... Saya cukup menyenangi senyumannya yang sangat manis...


Ada yang mempunyai masalah tingkah laku yang perlu diajar secara individu... 2 orang.. Seorang ni sangat suka menyuruh orang lain melakukan kerjanya... Seorang pula mempunyai kecenderungan agresif dengan orang yang tidak dikenali bahkan guru-guru yang biasa dengannya juga... Dia akan memukul dan mencakar...


Dunia autisme juga sangat menarik.. Saya sedang mengajar tiga orang murid dan tiba-tiba kedengaran seperti suara robot... Saya tergelak dalam hati... Alahai comelnyer..,
Lantas memanggil namanya berkali-kali.. Supaya dia tersedar... ada juga yang sangat pandai berpantun dan menyanyi... Satu perkara yang sangat dikagumi juga, murid2 autisme mempunyai kelebihan berbahasa Inggeris dan kebanyakannya mempunyai raut wajah yang menarik...

Anak-anak ini sebenarnya turut mempunyai naluri untuk menyayangi dan disayangi... So sweet... Penat saya dan kawan mengusik seorang budak lelaki yang meminati salah seorang perempuan dalam kelas yang sama... Dia menolak untuk bergambar dengan kawan saya... Katanya takut kawan perempuannya itu marah.... aduhai sayangku...

Itulah warna-warni dunia pendidikan khas yang sempat saya ceritakan...
Untuk masa yang akan datang, saya akan cuba memperincikan ciri-ciri bagi setiap kategori... Penting bagi kita semua untuk tahu ciri-ciri ini supaya terapi dapat dijalankan pada peringkat awal...

Percayalah, semakin kita mendekati mereka, akan kita rasakan ketidaksempurnaan kita berbanding mereka....

Untuk semua yang berkecimpung dalam bidang pendidikan khas, lagu ini untuk kita semua... Hayatilah bait-bait patah perkataannya...

Lirik/Tajuk Lagu: Hampir Ke Situ
Penyanyi/Artis: Mendua (Indonesia)

Aku sadar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkan ku miliki

Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmat
Yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya mencuba

(Korus)
Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Karena ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakan daya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu

(ulang korus)

Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku dan aku punya kamu
Amanlah akhirnya tetap bersama
Oh…

(ulang korus)

p/s: Semoga berjaya dengan harapan masing2...

Monday, August 23, 2010

Cikgu, kami juga ingin ke Menara Gading...




Salam dari seorang Cikgu Umairah,

Kenapa ada cikgu..?

Kerana saya seorang bakal pendidik anak bangsa...


Subhanallah, satu pengalaman baru berjaya saya temui hari ni. Perasaan bercampur gaul kerana hari, hari pertama 'micro teaching' yang melibatkan anak-anak murid yang sebenar (bukan lakonan dengan budak-budak kelas)...

Kenapa sebenarnya saya nak jadi cikgu..??? Cikgu Pendidikan Khas pula tu...??? Erm... selalu kalau hari pertama pensyarah masuk kelas, mereka akan tanya soalan ni... Masa tu ligat lah mencari jawapan sejujur mungkin... Tapi tak tahu la sebenarnya menjawab dengan jujur ataupun tidak... Biarlah Allah sahaja yang menilai...

Menjawab kepada soalan kenapa saya ingin menjadi guru... Dahulunya kerana tidak mendapat tempat di menara gading, lalu saya memilih untuk jadi guru (masuk ipg larr..)... Betul ke??Entahlah saya pun sebenarnya tak pasti adakah itu jawapan yang sebenarnya?? Mungkin masa tu tidak nampak lagi hala tuju ini mahu dilangkahkan ke mana.. Tapi sebenarnya, dalam hati memang ada keinginan untuk jadi guru cuma apabila didoktrinkan dengan ayat " Alahai, abah dan umi dah jadi cikgu, tak kan nak jadi cg jugak???", makanya mula mencari cita-cita lain. Tapi bak kata pepatah Melayu, 'Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?'... Jadilah saya seorang guru pelatih sekarang ni...

Soalan ke dua pula, Kenapa memilih pendidikan khas...??? Erm.. Dulu masa isi borang pun tak tahu sangat mengenai course ni... Tapi, masa nak isi tu teringat seorang saudara yang ada masalah penglihatan... Tiba-tiba saya terfikir, apalah agaknya yang ada dalam dunia mereka?? Lain ke dunia mereka dengan dunia kita???

Sekarang apabila saya berada dalam bidang ini, barulah saya sedar,
mereka dan kita berkongsi dunia yang sama
... dan atas dasar perkongsian inilah nasib mereka perlu kita bela.....Agak-agaknya kalau saya tidak belajar pendidikan khas ini, prihatinkah saya dengan nasib mereka??... Mungkin saya hanya akan memandang dengan empati, tanpa cuba untuk mengerti... nauzubillah...

Surah al-Baqarah ayat 286;
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya....

Allah menguji mereka dengan keadaan mereka dan Allah menguji saya dengan mereka....... Cikgu, kami juga ingin ke Menara Gading mungkin merupakan hasrat yang tersembunyi dalam hati kecil mereka...? Mampukah saya dan rakan-rakan seperjuangan di bindang yang sama untuk merealisasikannya..??
Duhai anak-anakku, cikgu juga masih membina keyakinan...

Wallahua'lam..

Terima kasih atas layanan baik warga SK Batu Berendam 2 menerima kunjungan kami terutama guru-guru pendidikan khas dan anak-anak pendidikan khas yang comel2 belaka... Pengalaman manis yang InsyaAllah tak akan dilupakan sampai bila2...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails