Salam dari seorang Cikgu Umairah,
Kenapa ada cikgu..?
Kerana saya seorang bakal pendidik anak bangsa...
Subhanallah, satu pengalaman baru berjaya saya temui hari ni. Perasaan bercampur gaul kerana hari, hari pertama 'micro teaching' yang melibatkan anak-anak murid yang sebenar (bukan lakonan dengan budak-budak kelas)...
Kenapa sebenarnya saya nak jadi cikgu..??? Cikgu Pendidikan Khas pula tu...??? Erm... selalu kalau hari pertama pensyarah masuk kelas, mereka akan tanya soalan ni... Masa tu ligat lah mencari jawapan sejujur mungkin... Tapi tak tahu la sebenarnya menjawab dengan jujur ataupun tidak... Biarlah Allah sahaja yang menilai...
Menjawab kepada soalan kenapa saya ingin menjadi guru... Dahulunya kerana tidak mendapat tempat di menara gading, lalu saya memilih untuk jadi guru (masuk ipg larr..)... Betul ke??Entahlah saya pun sebenarnya tak pasti adakah itu jawapan yang sebenarnya?? Mungkin masa tu tidak nampak lagi hala tuju ini mahu dilangkahkan ke mana.. Tapi sebenarnya, dalam hati memang ada keinginan untuk jadi guru cuma apabila didoktrinkan dengan ayat " Alahai, abah dan umi dah jadi cikgu, tak kan nak jadi cg jugak???", makanya mula mencari cita-cita lain. Tapi bak kata pepatah Melayu, 'Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?'... Jadilah saya seorang guru pelatih sekarang ni...
Soalan ke dua pula, Kenapa memilih pendidikan khas...??? Erm.. Dulu masa isi borang pun tak tahu sangat mengenai course ni... Tapi, masa nak isi tu teringat seorang saudara yang ada masalah penglihatan... Tiba-tiba saya terfikir, apalah agaknya yang ada dalam dunia mereka?? Lain ke dunia mereka dengan dunia kita???
Sekarang apabila saya berada dalam bidang ini, barulah saya sedar,
mereka dan kita berkongsi dunia yang sama... dan atas dasar perkongsian inilah nasib mereka perlu kita bela.....Agak-agaknya kalau saya tidak belajar pendidikan khas ini, prihatinkah saya dengan nasib mereka??... Mungkin saya hanya akan memandang dengan empati, tanpa cuba untuk mengerti... nauzubillah...
Surah al-Baqarah ayat 286;
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya....
Allah menguji mereka dengan keadaan mereka dan Allah menguji saya dengan mereka....... Cikgu, kami juga ingin ke Menara Gading mungkin merupakan hasrat yang tersembunyi dalam hati kecil mereka...? Mampukah saya dan rakan-rakan seperjuangan di bindang yang sama untuk merealisasikannya..??
Duhai anak-anakku, cikgu juga masih membina keyakinan...
Duhai anak-anakku, cikgu juga masih membina keyakinan...
Wallahua'lam..
Terima kasih atas layanan baik warga SK Batu Berendam 2 menerima kunjungan kami terutama guru-guru pendidikan khas dan anak-anak pendidikan khas yang comel2 belaka... Pengalaman manis yang InsyaAllah tak akan dilupakan sampai bila2...
No comments:
Post a Comment