Pages

Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Thursday, December 22, 2011

Damai~

Bismillahirrahmanirrahim...

Pagi-pagi yang sentiasa indah kiriman Ilahi. Pemandangan yang hijau menyegarkan. Ciap miap burung, melodi alam yang indah. Gurau senda, gaduh manja anak-anak kucing yang baru mengenal dunia. 

Dalam satu patah perkataan: Damai

Jom dengar lagu Damai dari kumpulan Now-See-Heart : klik sini

Pagi Jumaat terakhir berada di rumah untuk tahun ini, sebelum kembali ke kampus menyambung pengajian bagi semester yang berikutnya.


Semester yang pasti sarat dengan kisahnya tersendiri. Praktikum, terapi, program-program kampus, dan pelbagai lagi cabaran baru yang mengujakan. Wajah-wajah baru yang bakal menjadi warga kampus serta wajah-wajah lama yang sudah tak dapat ditatap lagi. Hidup itu sebuah kitaran. Datang dan pergi. Malam dan siang bersilih ganti. 


(^_________^)


Jadi, peringatan untuk diri sendiri: Manfaatkanlah detik-detik dalam percutian ini.


Selamat Maju Jaya untuk semua dan Semoga dipermudahkan atas segala urusan.. 







"..Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al- Baqarah:155)

"..Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Al-Imran:200)

Wallahua'lam~

Sunday, November 27, 2011

Untuk kakak-kakak~

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam Mesra buat semua.

Uhuks...uhuks.. (batuk-batuk kecil sebelum memulakan entri kali ini)

Percayalah, entri kali ini saya tulis tanpa sebarang perasaan  < -- (this is not true)

Percayalah, tak rasa pape pun.. huhu

Saya cuma nak bercerita tentang kakak-kakak yang pernah hadir memberikan makna dalam hidup saya. 
 
Kakak-kakak sahaja sebab kampus saya tiada ‘abang-abang’

Susunan penceritaan ini adalah mengikut kronologi masa perkenalan antara kami. Tak adalah spesifik tarikh, sebab mana  nak ingat semua tu.. Huu~

Ini kisahnya, di sini bermula....

No 1: Kak Sarah

First Impression: Garang

Wah, kak sarah adalah kakak pertama yang saya kenal. Ececece... Perkenalan yang mesra ke? Uhuk2x.. Sebenarnya tidak. Masih saya  ingat, seawal minggu orientasi kak sarah datang menjenguk ke bilik. “Awak ni siapa nama..?” Hoho.. Terkebil-kebil la saya selaku freshie kat ladies’s campus. (erk, mohon untuk tak rasa menyampah). Dalam hati: Tak kan kat sini ada raging2 kot... Tak nak2x..  “Dah berapa hari kat sini, tak kan tudung srikandi ni tak jahit lagi”... “Sebagai junior, awak kena panggil huda ni kak huda, walaupun awak sebaya je ngan die”... Angguk-angguk kepala sahaja mendengar semua arahan. Baik, kak.

Itu kak sarah yang saya kenal dulu. Tapi kak sarah bukan macam yang saya gambarkan. Nak kata kenal sepenuhnya, rasanya tak lagi. Tapi yang pasti, kak sarah adalah seorang kakak yang caring. Sangat caring...

Itu yang kak Sarah tunjukkan. Apa yang tidak ditunjukkan oleh Kak Sarah ada banyak lagi. Kak Sarah in 5 words, that describes her: Kind>SweetLovely<-- (based on my opinion). Ada satu insiden antara saya dan kak sarah, yang membuatkan saya rasa macam nak lari laju-laju (sambil kesat titis hangat air hujan) dan bersembunyi dalam periuk yang besar. (erk, muat ke?). Maafkan saya, kak sarah kerana banyak menyusahkan akak. Sesungguhnya kejadian itu, besar impaknya terhadap saya. Still in trauma, but I’m trying my best to cope with it. Maaf. Maaf. Maaf. Dan Maaf. Itu sahaja yang mampu saya lakukan.


No.2: Kak Syafa n Kak Zatul (plus Kak Farina n Kak Wa)

Saya sekalikan mereka berempat kerana pertemuan dengan mereka ada perkaitan. Kak syafa dan kak zatul, pertama kali jumpa waktu kerja untuk BISA (Balai Islam Saidatina Aisyah-Biro Penerangan & Informasi-BPI). Waktu tu, saya kanak-kanak riang yang tak tahu sepak terajang dunia kampus. Pengalaman cetek dan sangat tak faham gerak kerja. Satu perkara penting yang saya belajar dengan mereka ialah. ‘KERJA NI, JANGAN NAK BERKIRA’. Gulp!! Itu perkara pertama yang saya belajar, dan saya cuba untuk pegang sampai sekarang. Masih saya ingat bagaimana mereka menggunakan duit mereka sendiri tanpa membuat tuntutan bagi barang-barang keperluan biro kami. 

Dengan tidak disangka-sangka, kami bertiga pada yang sama menerima taklifan yang lebih berat. Diuji dengan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP). Kami berempat dari BPI termasuk Amin perlu meneruskan tanggungjawab dalam JPP. Kak Syafa: Pengerusi SOKEBA, Kak Zatul: Pengerusi BPL, Amin: Pengerusi BPP, dan saya pula: Naib Pengerusi 2 BADA. Tidak dinafikan waktu tu, memang tak terlaksana kedua-dua tanggungjawab. BISA agak terabai. Tapi apapun, kami cuba melakukan yang terbaik agar edaran risalah Tazkirah Jumaat terus terlaksana.

Suka duka dalam JPP bersama kak Zatul dan Kak Syafa, teramatlah banyak. Mereka sangat positif dan memandang setiap perkara ada jalan penyelesaiannya. Melalui kak syafa, saya kenal kak Farina. Kak Farina ni, kawan kak syafa. Baik orangnya. Bilik saya ngan bilik kak syafa, sebelah-sebelah je. Jadi selalu lepak sama-sama, borak-borak, cerita-cerita.. Macam-macam la kan kalau orang perempuan ni. Daripada cerita biasa-biasa sampai ke isu global. Berjam-jam borak pun tak kisah.

Roomate kak Syafa pun JPP juga. Kak Salwa. Saya dah lupa tahun pertama jadi JPP tu kak Wa pegang apa, sebab rasanya kak Wa lebih sinonim dengan jawatan kedua yang dipegangnya iaitu, Bendahari. Kak Wa dan duit JPP tak dapat dipisahkan. Kak Wa matang, mungkin sebab kak Wa jodohnya dengan ‘abang long’. (walimah kak Wa: 9 Disember 2011 < -- tarikh penting dalam hidup saya juga). Maaf kak Wa, tak dapat datang. Umai kirim doa agar kak Wa dan bakal suami berbahagia sampai syurga.
Apa yang sama tentang mereka berempat ialah, kata-kata nasihat yang tak putus-putus dititipkan pada saya. Cerita-cerita praktikum, cerita-cerita tentang karenah manusia, hal ehwal wanita, dan sebagainya, InsyaAllah akan saya ingat. Will miss their warm hug  =.=


No. 3: Kak Zarina

First Impression: Garang

Ehem3x. My YDP and forever will be. Kak Ina memang tegas orangnya. Dia berani, tak macam saya. Kak Ina YDP kat kampus saya bagi tenio kepimpinan 2010/2011. Kenal kak Ina ni jauh-jauh je. Tak berani nak rapat-rapat sangat. Ini dulu, la. (Rapat or jauh  is subjective, ok) Tapi, kak Ina tak garang sebenarnya. Dia baik. Very kind, indeed. Dalam hati ada taman bunga. Tak percaya, cuba baca blog dia. Dia banyak idea-idea segar, tegas, berdisplin, berfikiran mahasiswa. Attitude yang jarang ada pada kebanyakan penuntut di IPG. Seronok bekerja dan belajar bawah kak Ina. (Kenangan bersama kak ara datang menjelma... hehe)

Tak sempat nak bercerita banyak dengan kak Ina. Tapi sebenarnya dah banyak juga yang saya cerita. Mungkin sebab ada banyak benda lagi yang tak diceritakan, membuatkan kita rasa walapun kita dah cerita banyak tapi kita rasa macam banyak lagi yang tak diceritakan. Tapi tak mengapa, masing-masing punyai kekangan masing-masing. Pengalaman, cerita-cerita serta nasihat kak Ina, sedikit sebanyak sudah saya manfaatkan, semampu kudrat saya. Uhuk2x... Sebenarnya, banyak lagi yang tak. Perlahan-lahan, saya sebagai insan kerdil ini cuba bertapak. ^^v


No.3 : Kak Fie

First Impression: Akak ni macam mak-mak (Maksudnya: erm, maksud saya.. keibuan)

Memang keibuan habis la Kak Fie ni. Tak ingat macam mana kali pertama jumpa Kak Fie, tapi lebih kenal dalam JPP juga. Asyik2 JPP. Tapi itulah, memang ramai orang saya kenal bila dah berada dalam JPP. Kalau tak, mesti saya dah berada dalam dunia saya yang tersendiri. Tak nak ambil tahu hal orang. Kak Fie, sekali pandang, awal-awal kenal, nampak macam lembut hatinya. Memang, kak Fie memang lembut, tapi Kak Fie bukan lembut yang rapuh. Bukan senang nak ubah pendirian Kak Fie. Teguh jiwanya. Berani Kak Fie nyatakan kebenaran, tetapi halus berseni. In the end, kita tahu ke mana tuju bicara Kak Fie.

Dek kerana sifat keibuannya itu, no wonder la Kak Fie yang paling awal dapat seru. Aish.. Misconception, here!!! Jodoh, pertemuan, ajal, maut tu kan di tangan Allah. Yang lain-lain tu cuma asbab. Antara, kakak-kakak yang saya kenal, Kak Fie yang paling awal menamatkan zaman bujang. Planning masa depan Kak Fie, baik punya. Siapa nak belajar merancang masa depan, boleh bincang dengan Kak Fie. Dia tak akan jemu melayan anda. Hikhik.. Jangan marah, Kak Fie.. ^^v


No. 4: Kak Azie dan Kak Syaira

Mereka berdua rakan sebilik. Mula-mula Kak Azie. Tanpa alasan yang diketahui manusia, saya mengenali Kak Azie. Allah mempertemukan kami. Tautan hati, mungkin. Kita tak tahu urusan Allah ni. Cantik je DIA susun. Sepanjang kenal Kak Azie, saya kagum dengan sikap tenang dan sabar yang dia tunjukkan pada saya. Dia seorang yang positif dan tak mudah menggelabah. Tak banyak cakap, tetapi sesekali dia bersuara, saya terkesan dengan kata-katanya. “Kak Azie, kalau nak marah.. Kak Azie fikir balik. Semua ni Allah dah susun.. Kenapa kita nak marah-marah? Jadi, sabar~” lembut je Kak Azie cakap, tapi zupp!!!  Itu yang orang cakap, ‘Fasih dalam diam, lebih jelas dari yang bercakap’. Jangan main-main dengan kuasa diam.  Hoho..

Kak Syaira pula adalah orang yang saya tak akan rasa bahagia kalau saya tak tengok dia sibuk. Pendek kata, saya memang tak boleh tengok dia senang. Kih3x. Dalam JPP Kak Syaira pegang Biro Peralatan & Teknik. Biro yang orang lain rasa macam tak ada apa-apa, tapi bagi kami di IPGK PM, merupakan biro yang paling penting. Betul la, siapa yang sanggup angkut berkotak-kotak air mineral dalam jarak hampir 1 km, usung kerusi dari dewan ke padang, angkat bendera kejohanan waktu KOT, angkat rostrum, dan segala benda angkat berat. Kudrat Kak Nu (Pengerusi Biro) menggerakkan kami untuk buat semua tu. Perkara yang hanya dapat difahami bagi sesiapa yang berada dalamnya. Dan mengenai Kak Syaira pula, dia merupakan expert dalam bahagian teknikal dewan. Dia suka godek-godek PA System, tanpa kebenaran.. Last-last boleh guna, dan saya suka menyibuk waktu dia buat kerja. Cuma nak tengok kesibukan, kacau-kacau dia dan tinggalkan dia sorang-sorang. Mikrofon, video, dan sewaktu dengannya tu, bagi kat dia je la. Well kak syaira, no longer can kacau u lagi.... uhuks2x.. n the spaghetti.. will miss it..

.....Secangkir kasih sayang....

No. 5: Kak Rahmah

‘Bos besar’ saya dalam BADA. 4 tahun Kak Rahmah bekerja dalam Biro Agama ni. Segala pahit manis bekerja dalam Biro Agama sudah Kak Rahmah telan. Banyak pengalaman yang dah kak Rahmah kongsi. Style Kak Rahmah, once you dah mula dengan satu kertas kerja bagi sesebuah program, then you have to settle it until the end. Means: segala macam mak nenek berkenaan penganjuran sesuatu program harus diselesaikan sendiri. Dari kertas kerja -- > pelan tindakan -- > surat menyurat -- > tempahan dewan -- > pinjaman peralatan -- > hubungi penceramah -- > tempahan makanan (kalau ada) -- > promosi -- > runner waktu program berlangsung -- > laporan.. dan sewaktu dengannya. Tapi, kak Rahmah tak bagi dengan tangan kosong. Semua contoh yang lepas-lepas, kak Rahmah dah bagi. The good is, kita belajar untuk tahu semua benda walaupun sikit-sikit. Penat yang indah bila mana hasilnya adalah sebuah pengalaman. Sense of satisfaction.

Kak Rahmah, mempunyai tahap motivasi diri yang tinggi. Berpidato itu, bidangnya. Sekali dia dah mula cakap, jangan mimpi nak potong. Well, don’t ever judge a book by its cover.. ;)


No.6: Kak Eni

Last but not least. Tak bermakna yang paling tak penting. Cuma macam yang saya cakap, bergantung kepada masa kami mula mengenali. Kenal kak Eni macam mana? Juga tanpa alasan yang mampu saya berikan kenapa. Kerana Allah menginginkan kami bertemu, mungkin... Serta pelbagai kemungkinan yang hanya DIA sahaja yang tahu. Tapi yang pasti, saya tak akan rasa jemu juga untuk duduk lepak-lepak kat bilik dia dan bercakap mengenai isu-isu semasa tempatan mahupun global. Sekali pandang, mungkin orang akan rasa macam dia seorang yang sarkastik.. (Iye ke, atau tu pandangan saya??) But, one thing is... the more you know, the more you will explore how lovely she can be... Uhuks2x.. (Do I have to say that??)

Sukar dibaca, tapi tak sukar untuk dijangka. Itu sahaja yang boleh saya cakap tentang dia. Tak boleh cakap lebih2x... ^^v


Itulah dia kakak-kakak yang pernah saya kenal. Masanya dah tiba untuk mereka menyambung perjuangan di medan yang sebenar. Setiap dari mereka, berbeza. Namun mereka menyimpan hasrat yang sama untuk melakukan transformasi terhadap dunia pendidikan. Kakak-kakak lain yang tidak saya nyatakan di sini, pun sebenarnya banyak mendidik saya secara verbal. Saya perhatikan tindak tanduk dari jauh. Mereka ni memang dah macam cikgu. Mungkin sebab dah pergi praktikum, kot. Saya ni, praktikum pun belum lagi. Semua yang saya cakap, semua teori. Pendek kata belum tahu lagi langit tu tinggi ke rendah.

Semoga Berjaya, kakak-kakak.. ^^v

“Dah masuk sekolah nanti baru kau tahu ye dik...”
Kepada kakak-kakak IPGK PM, serta guru pelatih yang dah tamat pengajian kat kampus lain juga (tinggal temuduga je lagi). SELAMAT MAJU JAYA saya ucapkan. Selamat jadi cikgu yang dirindui oleh anak-anak didik... Doakan saya berjaya ikut jejak langkah kalian.

Selamat jalan dari kami di IPGK PM


p/s: kepada kakak-kakak yang namanya tersenarai di atas, kalau description saya tak berapa kena.. Minta maaf ye. But, it is you based on my perception. Lama dah niat nak post entri ni, tapi biarlah semua selesai dulu. Kurang-kurang tak kena marah depan2... Hehehe

p/s: sekarang, Terengganu memang musim ‘banjir’.. ^^v

Wednesday, November 16, 2011

Wordless Wednesday 4


*Masanya akan sampai dan detiknya akan tiba. Sekalipun hati meminta untuk melewatkan waktu, namun tak akan tergugah bila mana telah tiba ketentuan dariNya. Tiada apa yang mampu untuk saya berikan buat sahabat-sahabat yang saya sayangi kerana Allah ini. Semoga kalian terus kuat mendepani cabaran, dan doakan saya dan sahabat-sahabat lain di sini. T_T*

Sunday, November 13, 2011

Salam Imtihan~


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah wa Syukurillah...

Masih bernyawa dan dipinjamkan sebuah kehidupan...

Sekarang adalah musim peperiksaan bagi guru pelatih IPG SeMalaysia..


Minggu depan, marathon 4 paper bagi guru pelatih PISMP Sem 4...


When studying becomes a burden,
When revision is stressful,
When we feel like giving up and not study for our exam,
Remember this two verses..

1. Allah  doesn't burden up with things we can't bear (2:286)
2. Verily with every difficulty, there is relief (94:6)

InsyaAllah, you will feel better...


Hendaknya kita mengukur ilmu bukan dari tumpukan buku yang kita habiskan.
Bukan dari tumpukan naskhah yang kita hasilkan.
Bukan dari penatnya diskusi tak putus yang kita jalani.
Tapi dari amal yang keluar dari setiap helaan nafas kita

~ibnu qayyim al jauziyyah~

-ma'a taufiq wannajah-

 


~Salam imtihan buat semua guru pelatih IPG seluruh Malaysia~

Wednesday, August 31, 2011

Salam Syawal 1432 H

Bismillahirrahmanirrahim..


Ramadhan telah berlalu pergi meninggalkan makna yang tersendiri kepada setiap yang bergelar Muslim. Mudah-mudahan ada hikmah berlalunya Ramadhan kali ni.. Perasaan bercampur gaul. Antara sayu dan gembira kerana dapat bersama keluarga. Apapun, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.. kepada semua yang mengenali..



Thursday, August 25, 2011

24 Ramadhan 1432 H

Bismillahirrahmanirrahimm..

Kongsi rasa... (:

Ya Allah 
Malunya denganMu...
Dangkalnya ilmu...
Ceteknya iman...
Sikitnya amal...
di usia muda menerima risikan..

Tak menyangka sama sekali,
Usaha mensolehahkan diri,
Mendapat perhatian,
Sebegitu rupa...

Jawapan apa yang harus diberikan..
Andai yang datang adalah yang terbaik dari Mu
Mohon sahabat-sahabat doakan..
Agar bijak menimbang lamaran emas sekali cuma,

Walau berat mulut ingin mengatakan..

" Ya, aku terima risikannya"

Alhamdulillah, selepas istikharah 
Temui jua jawapannya..
Moga berkah mendahului..
Dalam dalam malu, saya berkata:

"Ya, saya TERIMA....

(^_^)v

Saya terima RISIKAN PERJUANGAN, ini "

Masih belum waktunya.. (:



Hehe.. bermakna kan kata-kata di atas.. sms dari seorang sahabat. Syukran ya ukhti.. Moga kita semua terus thabat dalam perjuangan ini... InsyaAllah..

"Bila mana diri diwakaf untuk perjuangan Islam, jangan sesekali berniat meloloskan diri. Sekali melangkah ke hadapan maka teruskan langkah itu. Jangan pernah terlintas untuk melepaskan ikatan rabithah perjuangan. Walau ribuan tribulasi melanda, yakinlah dengan apa yang kita lakukan nescaya kemenangan akan tiba. Derita kita adalah derita ummat terdahulu. Penat kita hari ini untuk generasi akan datang. Perjuangan harus diteruskan. Fi amanillah.."

-saya cuma insan biasa-

Thursday, August 11, 2011

11 Ramadhan 1432 H

Bismillahirrahmanirrahim...

Berada di fasa ke-2 Bulan Ramadhan...

3 fasa ramadhan. 

Ramadan ini terbahagi kepada 3 fasa: 

10 ramadan yang pertama adalah rahmat, 

10 ramadan yang kedua adalah keampunan 

10 fasa terakhir adalah fasa pembebasan dari api neraka...

...Pesan Ramadhan buat semua yang bergelar muslimah...

Ramadhan bulan mentarbiyyah diri...
Bersama menggapai Redha Ilahi,
Dalam kerendahan hati,
Moga hidup akan diberkati... 

InsyaAllah.. (^_^)v 

Friday, April 15, 2011

.....

Aku Merinduimu [Devotees]

Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu

Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu

Ayah ibu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu

Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju




Selamat bercuti ye kawan2.. Hargailah kesempatan yang ada untuk berjumpa dengan ibu bapa. Bagi yang tidak pulang ke kampung halaman, percayalah... Ini adalah ujian.... Rindu itu ujian.. Titiplah doa pada ibu bapa tanda ingatan yang tidak pernah sirna... (^^)

Wednesday, March 16, 2011

BUY 1 FREE 1!!

Assalamualaikum w.b.r
Salam dari seorang Umairah

Sekadar satu entri ringkas,
Pemangkin untuk menyelesaikan timbunan tugasan duniawi,
Yang tak akan selesai selagi tidak dimulakan..
'A long journey begins with one step'
'A bundle of task begins with one simple word'..

Beli satu percuma satu,
Banyak discount macam ni bila perayaan...
Tapi offer yang saya maksudkan ini, bukan yang disukai ramai orang,
Ada yang tak suka kedua-duanya,
Ada yang tak suka yang freenya sahaja....

(**,)
Yang barang kita beli itu, namanya JAWATAN,
Yang beriringan dengan jawatan itu adalah AMANAH,
Bila dah tamat tempoh, JAWATAN akan ditinggalkan,
Yang patah tumbuh, yang hilang berganti,
Tetapi AMANAH akan dipersoalkan...
Macam kisah saidina Umar bila mana khadamnya ingin membantu untuk mengangkat gandum,
Tidak dibenarkan olehnya, kerana di akhirat kelak tidak ada yang akan sudi untuk memikul dan menjawab AMANAH kita...


P/s: Tahniah wa takziah kepada JPP IPGM atas pelantikan kita semua. Sama-sama kita menjaga amanah yang dititipkan ini sebaik mungkin, sedaya kudrat yang kita miliki. Selamat meneruskan dan memulakan gerak kerja, dalam post masing-masing. Kecil atau besar bukan ukuran, kerana semuanya akan dihitung... (=

Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru 2011


Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum w.b.r...
Salam dari seorang Umairah...

Selamat pagi Jumaat yang indah, dengan renyai hujan yang masih berbaki. Hari terakhir di rumah untuk cuti semester pada tahun ini. Sama ada cuti terisi dengan baik ataupun tidak, tiada ruang untuk menyesal kerana semua itu sudah terlambat. 31 Disember 2010 juga merupakan hari terakhir untuk kalendar masihi bagi tahun 2010. Tirainya akan berlabuh tepat 11.59 malam ini, dan detik 12.00 malam akan membawa kita ke tahun 2011 yang belum diketahui akan ‘warna’nya. 


Sebenarnya, rasa takut dan bimbang turut menjengah. Risaukan corak sambutan pada malam ini yang akan menghanyutkan muda-mudi kita. Natijahnya, 7 hingga 9 bulan yang akan datang, dikhuatiri tubuh-tubuh kecil yang tak berdosa akan terus menghiasi dada-dada akhhbar. Nauzubillahiminzalik. Keterujaan menyambut tahun baru di luar batas syarak, mengundang ‘pembunuhan’ jiwa suci yang belum mengenal dunia. Lalu, salah siapa bila mana semua ini terjadi?

Pembangunan hiburan yang melampau, menjadikan sesetengah daripada kita begitu taksub untuk menjadi sebahagian daripada warganya. Apabila anak-anak tidak berjaya memasuki mana-mana rancangan realiti, ibu bapa menangis dengan hiba. Apabila tersingkir daripada sesuatu akademi, juraian air mata akan mengiringi kepulangan mereka. Apabila anak-anak memenangi sesuatu pertandingan nyanyian, tangis gembira tanda syukur. 

Oh Malaysiaku yang kaya dengan ‘air mata’. Di mana air mata kita saat bayi kecil mati digigit semut ataupun digonggong anjing? Di mana pula air mata kita disaat seusai solat menadah tangan mohon diampunkan dosa yang telah lalu serta bermohon kebahagiaan dunia akhirat? Sudah keringkah air mata kita ataupun apakah kita merasa, diri sudah cukup segalanya.?

Tahun 2010 menyaksikan rentetan suka, duka, pahit, manis, tawa, hiba dan memori yang berbeza buat setiap dari kita. Namun, tidak perlu duduk termenung mengenangkan apa yang telah berlalu. Apa yang ada di hadapan kita adalah hamparan peluang dan waktu yang belum terisi. Yang lalu biarkan ia berlalu, tidak kira walau apa pun melodi yang telah didendangkan. Pandanglah sekilas ke belakang, cuma sekadar buat renungan, dan teruskan derap langkah untuk maju kehadapan. Masih ada banyak persoalan yang perlu kita jawab dengan tanggungjawab yang makin bertambah. 

Semoga tahun 2011 menjanjikan 1001 yang terbaik untuk kita semua. Selamat Tahun Baru.... (=

- saat entri ini di'publishkan', mungkin penulis dalam perjalanan ke IPGKPM -

Friday, November 26, 2010

Entri ke-50

Assalamualaikum w.b.r

Salam dari seorang Umairah....


Alhamdulillah. Saya masih lagi di sini. Melakar tinta berwarna pada kanvas maya. Entri kali ini ialah entri yang ke -50. Sungguh tak sangka sama sekali saya sudah menghasilkan 50 entri. Entri yang pelbagai . Tiada yang spesifik pada satu-satu bidang walaupun berkecenderungan untuk banyak menulis tentang bidang pendidikan khas. Mungkin angka 50 kecil jumlahnya bagi yang sememangnya blogger sejati, tetapi besar maknanya buat saya. Rasanya, saya belum pernah lagi secara langsung menulis mengenai blog ini dan disebabkan memang sudah berniat untuk memperkatakan tentang blog ini dalam entri yang ke-50 maka, saya teruskan hasrat hati saya ini. 

Pertamanya adalah muqaddimah Salam dari seorang Umairah,
Kelihatannya agak kelakar dan jiwang di situ, tapi tak kisahlah sebab saya suka. Baiklah... Saya perlu mengakui satu perkara. Ini ialah pengaruh novel yang saya baca bertajuk Kerana Kau Lelakiku.. Pernah baca tak novel ini.???  Kalau ada yang pernah baca, mesti tahu kan apa nama watak utamanya. Hehe. Baiklah, satu kebetulan sahaja dan Allah gerakkan saya untuk beli novel ini. Terima Kasih banyak-banyak kepada penulis novel ini yang menggunakan nama pena Teja Aufi Nasrul. Mula-mulanya saya menyangkakan penulisnya adalah lelaki sehinggalah baru sebentar tadi saya search kat internet gambar buku ni, rupa-rupanya nama penulis yang sebenar ialah Zaharah Muhammad. Novel ini agak mempengaruhi gaya pemikiran saya. Saya beli novel ni masa saya tingkatan lima dan ini ialah novel pertama yang saya miliki. Saya kongsikan sinopsis cerita ni, itupun saya ambil kat internet. Kalau ada yang nak pinjam, sila ke bilik baru saya di kolej kediaman Lelasari ye.... (Khas untuk guru pelatih IPGKPM sahaja).

Seorang Umairah terlalu mencintai Penciptanya. Amat takut akan azabNya. Dialah hamba yang cuba menyempurnakan tugasnya sebagai hamba. Dia cuba menyuluh kegelapan dan membuka segala ruang yang sempit. Cinta padaNya membuatkan dia takut berada jauh dariNya. Sehingga sanggup membunuh rasa yang tumbuh di dalam dada pada Yasir yang mencintai dalam diam walaupun dia sedar lelaki itu telah diciptakan untuknya. Walau masa berganti, musim berubah dan sedemikian waktu berputar... yang berpisah tetap bertemu di titik hujungnya... di bawah sinar Rabbul Izzati. 

Hehe.. Perasan tak dua perkataan pertama sinopsis di atas. Itulah sebabnya muqaddimah saya menggunakan frasa kata --> Salam dari seorang Umairah. Novel ini ada menyelitkan satu perkara yang menarik iaitu indahnya memendam rasa.

Dan ini pula muka depan novelnya; 


Keduanya ialah latar belakang blog ni ada bunga-bunga dan gambar. Kalau ikutkan memang nak biarkan kosong sahaja tapi saya perlu biasakan diri dengan warna. Seorang senior pernah cakap yang budak pendidikan khas ni kena di tarik perhatiannya dengan warna-warna. Bukan saya maksudkan anda semua sebagai murid pendidikan khas. Tidak sama sekali. Don’t get me wrong, ok?? Hehe. Just kidding. But, I have to do some effort in colour as I am not that good in it. So, most probably I will change the background when I have free time like now (during school holiday....)

Ketiganya ialah alasan kenapa saya mula menulis blog ialah kerana saya suka baca blog. Kenapa pula saya suka baca blog.??? 

Sebabnya blog lebih ringkas berbanding membaca buku. Hal ini tidak membawa makna, kita tak perlu baca buku dan tak payah nak belajar lagi. Tidak, tak boleh macam tu. Cumanya kadang-kadang kita perlu dapatkan maklumat asas dari blog-blog. Kemudian dalami lagi dengan membaca buku dan bertanya pada yang faqih dalam bidang berkenaan. Barulah kita mampu menghasilkan hujah yang mantap. Susah, memang susah. Rasa tak mampu. Tapi, inilah sebenarnya cara yang terbaik.. (=

Selain daripada itu, saya juga suka baca blog sebab saya dapat tahu perkara yang tidak ada dalam buku teks. Lebih kurang macam tahu sejarah yang dipinggirkan atau digelapkan. Contohnya peristiwa Memali. Kejadian ini berlaku di Negara kita tapi terbiar sepi dan kebanyakan orang tidak tahu. Saya pun baru tahu kronologi yang tepat lepas baca dalam blog. Dan sebenarnya banyak lagi peristiwa yang saya tak tahu tidak kira dalam mahupun luar Negara. Jadi, kenalah saya jenguk-jenguk blog orang sentiasa, supaya tahulah juga sedikit sebanyak sejarah, isu semasa, kemusykilan agama, dan juga... emosi manusia.. (=

Tidak cukup dengan itu, saya juga seronok membaca pandangan dan komentar kebanyakan orang. Ramai orang yang lebih terbuka dalam penulisan berbanding secara lisan. Mereka boleh memberikan pandangan dan pendapat yang cukup bernas dan boleh diterima akal, lengkap dengan hujah dan dalil. Kita juga boleh membaca emosi penulis blog dengan lebih terarah walaupun dia tidak menyatakan perasaannya ketika itu, apatah lagi kalau yang sememangnya menjadikan blog sebagai tempat untuk meluahkan perasaan. Blog sememangnya satu ruang untuk menyatakan pendapat tetapi terpulang bagaimana cara penyampaiannya. Walaupun kadangkala kelihatan beremosi, tetapi pasti ada sesuatu yang dapat kita pelajari.

Tapi apapun, blog merupakan satu medan perkongsian yang harus dimanfaatkan fungsinya dengan bijak. Akhir kata, jadilah anda semua pengguna yang bijak tidak kira apa peranan anda, sama ada sebagai penulis ataupun pembaca blog yang setia.... (=


Monday, November 1, 2010


....... Salam Imtihan..... (=

Salam dari seorang Umairah...


Syukur masih diberikan kesempatan dan waktu untuk menyesali dosa-dosa yang kita lakukan. Moga kita tergolong dalam kalangan hamba-hambaNya yang bersyukur... Amin...

Esok (2 Oktober 2010), peperiksaan akhir bagi semester ini akan bermula bagi guru pelatih ambilan Januari 2010 di IPG seluruh Malaysia... Jadi minggu ini adalah study week, (bukan study leave-bak kata YDP)... Semua orang sedang bertungkus lumus menyegarkan balik minda dan ingatan masing-masing dengan teori-teori yang dipelajari sepanjang semester ini...

Ya Allah, Bukakanlah pintu hati kami sebagaimana orang-orang yang arif. Kurniakanlah kepada kami kefahaman Mabi-nabi dan Ilham para malaikat yang hampir denganMu, dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

-mereka berjuang untuk sesuatu yang jauh lebih besar-


Jadi, buat sahabat-sahabat seperjuagan, adik-adik junior (terutamanya adik-adik usrah tersayang), kakak-kakak senior di IPG Kampus Perempuan Melayu... Salam Imtihan... Tak lupa juga buat guru pelatih se-Malaysia...Buat yang terbaik dan semoga berjaya semuanya, mengikut kadaran yang termampu kita gapai...
-saya bukan budak math-




Pesan buat diri: Carilah keredhaan Allah dalam peperiksaan yang sedang kita hadapi... Jangan sampai kita terlupa dengan peperiksaan BESAR yang menanti diakhirat sana... (=

Tuesday, October 19, 2010

... Selamat Hari Jadi ....

Salam dari seorang Umairah...

Alhamdulillah masih lagi bernyawa...

Masih dipinjamkan nyawa untuk kita meneruskan perjalanan kehidupan ini..

Hari ini merupakan hari lahir rakan sekelas saya,
jadi saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan:::





Lagu Selamat Hari Lahir dendangan Saujana ni khas ditujukan buat kamu....

Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi

Sayang x de duit nak beli choc cake, mampu dengan gambar sahaja... (really sorie)






Sebaik-baik hadiah ialah nasihat dari seorang kawan. Walaupun saya bukan orang yang selayaknya untuk memberi nasihat, tapi ambillah sedikit nasihat ini untuk dibuat pedoman....

- Semoga dengan pertambahan usia, akan bertambah matang dan melihat hidup ini dari sudut yang lebih positif....

- Kadang-kadang kita yang takut pada bayang-bayang kita sendiri sehinggakan kita merasakan semua orang tidak suka pada kita... Sebenarnya tak kisah pun orang suka kita atau tak tapi yang penting kita yang kena sayang pada diri kita... Jangan buat diri kita terseksa... Sayanglah diri kita, dengan itu kita akan belajar menyayangi orang lain...

- Jalanilah hidup ini dengan rasa cinta pada Ilahi...

p/s: Semoga hari lahir kali ini membawa erti yang besar dalam hidup akhi....


Saturday, October 16, 2010

it's nice to be home



Salam dari seorang Umairah,

Alhamdulillah..
Selamat sampai ke rumah..
Walaupun untuk sehari..
Tapi sangat bermakna...
Beberapa minggu ini, hati sungguh-sungguh digamit untuk pulang..
Syukur..
Mungkin inilah yang dikatakan rezeki..
Dapat pulang menjenguk keluarga barang sebentar..
Melepaskan rindu di hati..
Rasa sirna beban yang ditanggung..

Tuesday, October 12, 2010

...UHIBBU USRATI....



Salam dari kak umai...


Entry khas untuk adik2 usrah yang tersayang...Ahlan Wa Sahlan ke teratak blog k'umai.. Sedikit sebanyak perkongsiaan maya yang ada diharapakan agar dapat mendatangkan manfaat kepada kita semua... Zahratul Minal Jannah mudah-mudahan mekarnya bermula di sini..

(sham, su, meera, nad, ila, aini, ayu, k'umai, fatiha)

Tuesday, June 29, 2010

SPECIALLY TO ATEN...



Salam dari seorang Umairah...

Dalam hidup kita, kita memainkan peranan yang pelbagai... Kalau kita seorang perempuan, Kita akan memainkan peranan sebagai seorang anak, kakak, adik, isteri, dan ibu... Itu tak masuk lagi tanggungjawab lain, Kalau sedang belajar, jadilah kita seorang pelajar... Kalau dah jadi cikgu (sbb saya bakal guru), jadilah kita seorang pengajar.. Pendek kata, kita memang banyak tanggungjawab kat dunia ni... bukan sekadar singgah dan menumpang sahaja kat dunia....

Erm, sebenarnya bukan nak bercakap mengenai tanggungjawab.... Tapi adalah sikit tempiasnya sikap ni pada entry kali ni... Tanggungjawab pada seorang kawan... antaranya yang paling mudah la kan.... Ingat birthday dia, dan wish... tapi kadang-kadang telepas pandang dan kemudian terlupa nak wish... rasa macam simple problem je, tapi mana la taw kot2 kawan kita tu terase....

Jadi, untuk mengelakkan rasa bersalah yang teramat sangat, jadi saya pun mengambil keputusan untuk wish
:

HAPPY BELATED BIRTHDAY to my beloved frenz ATEN
...

da lme sangat birthday aten lepas.. sori bebanyak ye aten.... Bukan lupa dan mmg dah niat lme nak publish post ni... mse hari aten sambut birthday ag, tapi x smpt... Nasib baik hari ni da hujung minggu, dan keperluan untuk buat kerja tidak begitu mendesak... Nak bagi hadiah, tak sempat jugak nak beli... Jd ni je lar yang mampu umai bagi... Orang kate kalau nak bagi hadiah kat seseorang, biarlah sesuatu yang kita suka... So, umai suka rama-rama... tapi bukan la nak bagi rama-rama kat aten (hehehe) ... Kata-kata ni amek kat internet je, yang umai buat sendiri x siap2 ag.. dah brape bulan tergendala... kalau da siap nanti umai post... sementara tu, baca dan hayatilah kata-kata kat bawah ni khas untuk ATEN dan juga pada yang bergelar perempuan, gadis dan wanita...

ni la aten... dengan anak murid dye... (sori aten, amek kat fb)

boleh la bagi rama-rama.. tapi gambar je ea???


Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.

Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.

Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.

Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang..

(tema tulisan purple pink... warna baju kelas kita)


Panjang la skit tapi hopefully aten bc sampai habis ea??? mendalam maksud nye..

So, once again, sorry lambat wish.. hadiah umai pun x bernilai je... tapi umai bagi atas dasar seorang kasih dan sayang sesama insan...

ATEN COMEY...,

HAPPY BELATED BIRTHDAY..

MAY ALLAH BLESS YOU...

BE A GOOD MUSLIMAH ....

MAY ALLAH SEND YOU THE MOST RIGHT AND SUITABLE MAN AT THE RIGHT TIME AND HE SHALL LOVE YOU IN THIS WORLD AND THE WORLD AFTER... (jgn lupe jmpt umai waktu walimah)

~sayang aten~



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails