Pages

Friday, November 30, 2012

Tokoh ??

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah..

Kerana yang terbaik untuk orang lain belum tentu terbaik untuk kita. ^_^

Rasa macam seronok pula nak berkongsi tentang tokoh ni. Banyak yang dapat dipelajari dari insan-insan yang hebat.

Semasa mengikuti satu kursus pada tahun 2009, kami dalam satu kumpulan ditanya mengenai tokoh yang menjadi 'idola' kami selain Rasulullah sallahu alaihi wasallam ..


Dalam erti kata lainnya, as a Muslim, Rasulullah tu memang idola yang mesti.

Ligat saya memikirkan tokoh yang membolehkan saya bercerita tentang sumbangan dia kepada negara. Waktu tu, saya memang tak tahu nak sebut nama tokoh yang mana. Bila sebut negara, memang skop yang kecil, bermakna tokoh yang ada dalam negara ni la. Adoiii!!

Mula-mula terfikir nak sebut nama Tok Guru Nik Aziz, kerana  memang saya cukup mengagumi kesederhanaan beliau dalam memimpin, tapi tengok kawan sebelah pun sedang melukis gambar Tok Guru, maka saya batalkan niat saya. 


Maka, saya fikir, mengapa tidak saya mencari figura yang tidak jauh bezanya dengan diri saya sendiri. Maksudnya, dia sebagai idola yang mampu saya capai untuk menjadi sepertinya dari aspek ketabahan menjalani kehidupan. Tidak bermakna 100 peratus nak jadi macam dia.

Maka terlintas dalam fikiran satu nama yang mendatangkan fenomena dalam politik tanah air. Saya tidak tahu sejauh mana orang lain melihat kemunculan dia dalam pentas politik, namun sebagai seorang wanita Islam dan orang muda, saya mengagumi keberanian dia berpencak di gelanggang politik. Saya telah mengikuti kisah tokoh yang dimaksudkan sewaktu saya berusia 9 tahun. Bila saya fikirkan balik, sewaktu umur 9 tahun saya dah boleh fikir untuk mengagumi tokoh ini, bagaimanakah agaknya penerimaan anak-anak sekolah rendah sekarang ini dengan pelbagai maklumat mengenai politik yang boleh di dapati dengan mudah. Waktu itu, tahun 1998 saya cuma mendapat maklumat dari majalah sahaja. Sekarang zaman dunia siber tanpa sempadan apalah agaknya persepsi mereka?

Persoalan ni, boleh diajukan sewaktu sembang-sembang santai cikgu dengan anak murid. :)

Berbalik kepada tokoh yang saya kagumi yang dilahirkan pada 19 November 1980. Saya memaksudkan yang tidak jauh bezanya itu dengan makna kata dia sama gender dengan saya dan umur yang tidak jauh beza. Sekiranya dia boleh, bermakna tiada alasan untuk mengatakan tidak. Dia yang saya maksudkan ialah YB Nurul Izzah Anwar. 




Teringat saya kepada bual bicara yang sempat saya tonton sebelum perhimpunan Agung UMNO pagi tadi. Apabila hos bertanya apakah elemen penting sesebuah parti politik, maka jawab En Panel:

1. The party itself
2. Winnable Candidates
3. Issues

Winnabale Candidates ialah calon yang boleh memenangi hati rakyat yang membolehkan dia menang dalam pilihanraya


Jadi, yang akan saya komentarkan cuma pada perkara yang kedua. Saya melihat YB Nurul Izzah sebagai ikon anak muda wanita yang berjiwa kental. Dia bukan individu yang terjun ke dunia politik dengan jiwa kosong sebaliknya she is woman with knowledge. Pernah belajar chemical engineering. Prinsip hidup: Perjuangan ikhlas kerana Allah.

Umum mengetahui, wanita memang kurang mengambil kisah soal politik. Jadi bayangkan pengorbanan yang perlu dia lakukan bila mana dia melibatkan diri dalam masyarakat dalam masa yang sama perlu menyeimbangkan antara kerjaya dan rumahtangga. Bagaimana dia masih boleh tersenyum penuh inspirasi. Sebagai wanita saya mengagumi kecekalannya.

Satu perkara yang saya suka mengenainya ialah kebolehan menguasai audiens. Dia memang seorang pemidato yang baik dan saya benar-benar berharap dia mengotakan setiap perkara yang dikatakan. Seringkali juga saya mengikuti ucapan beliau di laman Youtube. Bersemangat dan berisi. Mungkin sebelum ini ada isu mengenai dirinya berkaitan dengan perkara yang dikatakannya, namun saya tidak  berniat mengulas panjang mengenai hal berkenaan. Terlalu banyak persepsi.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai beliau boleh rujuk Profil Nurul Izzah ..


Walaupun dibasuh selepas slot berkenaan, namun saya tetap mengagumi beliau sehingga kini sebagai seorang daripada terlalu banyak tokoh yang saya kagumi.. :)

Thursday, November 29, 2012

Cik Putih (satu kelahiran)

Cik Putih : Tengah


Malam purnama penuh di bulan Muharam. Cik Putih bersendirian di depan masjid. Keliru.

Kelihatan jemaah masjid mula beransur meninggalkan masjid.

Cik Putih nampak Amin. Cik Putih memanggil tapi Amin seperti tidak menghiraukan. Cik Putih, sedih.

Cik Putih nampak Amin meninggalkan dia.

Cik Putih tunduk.

Kedengaran derap langkah kaki mendekat. Cik Putih mengangkat wajahnya.

"Eh, kenapa perut kau dah kempis Cik Putih? Kau dah beranak? Huhu"

Melilau Amin mencari tempat Cik Putih melahirkan anaknya.


Naluri 'kucing' Amin mengatakan Cik Putih pasti memilih tempat yang selesa untuk melahirkan anak.

"Dalam masjid!!! Oh tidak !! Cik Putih ku sayang."

Amin meluru ke dalam masjid, mula-mula dia mencari tempat sekitar sejadah. 

Tiada.

Puas berpusing dalam masjid, Amin bergerak ke mimbar.

Tiga bayi kucing yang masih merah menjerit halus.


Oh my English!! Ada kesan darah atas sejadah.

Amin bergegas ke rumah mengambil kotak untuk diletakkan anak Cik Putih.

Selesai semua, Cik Putih tersenyum.

Terima Kasih, Amin.

Amin pula berhempas pulas membasuh sejadah yang terkena darah!!


Demi kasih kepada kucing kesayangan, sejadah berdarah sanggup ku basuhkan.

Umi: "Soleh la anak Cik Putih ni, lahir atas mimbar. Tahu pulak dia tunjuk perasaan lepas hari-hari kena bebel"


Nota kaki:-)

Nabi saw menuntut insan melayan haiwan dengan baik dan mengharamkan penganiayaan terhadap haiwan.

Sabda Nabi saw maksudnya:
“Berbuat ihsan pada setiap roh yang masih hidup terdapat ganjarannya” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Imam al-Nawawi mengatakan: Walaupun hadis ini umum, maksudnya khusus kepada haiwan yang perlu dihargai nyawanya. Iaitu haiwan yang tidak diperintahkan agar kita membunuhnya. (‘Aun al-Ma’bud)

Nota kaki: 
Dari Abdullah, dari bapanya, dia berkata (maksudnya):
“Kami pernah bersama Rasulullah saw dalam suatu safar, lalu baginda pergi untuk suatu keperluan. Waktu itu kami melihat burung pipit bersama dengan kedua anaknya, kami ambil kedua anak burung pipit tersebut, lalu datanglah ibunya. Dia mengepak-gepakkan sayapnya. Ketika Rasulullah saw datang, baginda bertanya: “Siapa yang membuat risau burung ini terhadap anaknya? Kembalikan anaknya kepadanya!”. Baginda juga pernah melihat sarang semut yang kami bakar. Baginda bertanya: “Siapa yang membakar ini?” kami menjawab: “Kami” lalu Baginda bersabda: “Tidak seyogianya mengazab dengan api kecuali Rabbnya api.” (Hadis Riwayat Ahmad dan disahihkan sanadnya oleh al-Arnauth)

 “Bahawasanya Rasulullah saw pernah memiringkan bejana untuk seekor kucing sehingga kucing itu minum (darinya) dan kemudian Rasulullah saw  berwudhu dengan air sisanya.”(Hadis Sahih Riwayat Thabarani)

 Rasulullah saw bersabda maksudnya
“Sesugguhnya ALLAH mewajibkan berlaku baik terhadap segala sesuatu. Jika kamu membunuh hendaknya membunuh dengan cara yang baik, dan jika kamu menyembelih maka sembelihlah dengan cara yang baik, hendaknya dia menajamkan pisau dan menyenangkan haiwan sembelihan itu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a, dia berkata:
“Rasulullah saw melewati seorang lelaki yang meletakkan kakinya di muka seekor kambing, sementara dia sedang mengasah pedangnya. Kambing tersebut melihat ke arahnya dengan kedua matanya. Maka Rasulullah saw berkata: “Apakah kamu ingin membunuhnya dua kali? Mengapa tidak kamu asah dahulu pedangmu sebelum kamu baringkan kambing itu?” (Hadis Riwayat al-Hakim, dia berkata:Sahih atas syarat Syaikhain dan disetujui az-Zahabi) 

 Dari Suhail bin al-Handhalah r.a, dia berkata:
“Rasulullah saw pernah melewati seekor unta yang punggungnya telah bertaut dengan perutya. Baginda bersabda: “Bertakwalah kepada ALLAH terhadap binatang ternakan yang tidak dapat berkata-kata ini. Naikilah dia dengan cara yang baik dan makanlah dagingnya dengan cara yang baik (pula).” (Hadis Riwayat Abu Daud, dihasankan sanadnya oleh al-Arnauth)

Jelaslah di sini betapa indahnya Islam yang benar ini sehingga menganjurkan umatnya berbuat baik dalam segala aspek kehidupan walaupun dalam melayan haiwan yang kadang kala dianggap remeh oleh sesetengah daripada kita. Sedangkan Islam tidak menganggap penyeksaan terhadap haiwan itu sesuatu yang remeh sehingga ada yang masuk neraka kerana menyiksa seekor kucing sehingga mati.

Sabda Nabi saw maksudya:
"Seorang wanita diazab kerana seekor kucing yang dikurung sampai mati. Wanita itu masuk neraka kerananya. Dia tidak memberi makan dan (tidak juga) minum kepada kucing itu ketika dia menawannya. Dia juga tidak melepaskannya agar dapat makan serangga-serangga yang ada di bumi." (Hadis Riwayat al-Bukhari)



Ada 'Abu Hurarirah' dalam keluarga kami. Dia yang sangat sabar melayan keperluan dan kehendak kucing-kucing. Dia yang faham apa yang kucing suka dan tak suka. Dia yang menjadi tempat kucing menumpang kasih. 

Wednesday, November 28, 2012

Asy Syahid Syeikh Ahmad Yasin

Assalamualaikum. 

Sekadar update ringkas berkaitan seorang permata di bumi Syuhada. Memandangkan ini merupakan taklifan masa cuti yang diberikan oleh sahabat, yang meminta agar mengkaji kisah seorang tokoh dan menyediakan bahan bacaan ringkas mengenainya, maka terhasillah powerpoint ini. Sesungguhnya, amat sukar untuk meringkaskan kisah hidup seorang insan hebat. 

Selamat Membaca













Tuesday, November 27, 2012

BAKAL PELAJAR TAHUN AKHIR


Bismillahirahmani rahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Surah Al Waqiah ayat 25 dan 26.

Di sana mereka tidak mendengar percakapan yang sia-sia mahupun yang menimbulkan dosa (25)

Tetapi mereka mendengar ucapan salam (26)

InsyaAllah, kita mulakan bicara kita dengan sesiapa sahaja dengan ucapan salam, mendoakan kesejahteraan kepada sesiapa sahaja, mudah-mudahan kesejahteraan juga akan berbalik kepada kita. Kerana Islam itu adalah agama yang sejahtera.

^_^v

Alhamdulillah. Hampir 2 minggu berada di rumah sempena cuti akhir tahun. Tempat di mana kita mempunyai banyak masa untuk berfikir dan memuhasabah kembali semua yang telah kita lalui sepanjang tahun 2012. Masa untuk kita sedar rupa-rupanya kita sudah banyak kali tersalah langkah. Masa untuk kita tahu yang banyak hati telah kita lukakan. Saat untuk kita imbas kembali harta, tenaga, masa, yang terlalu banyak kita bazirkan. Hal ini berlaku, apabila kita bergelar seorang pelajar.

Ya, pelajar. Secara sepesifiknya, mahasiswa IPTA/IPTS/IPG ataupun adik-adik di sekolah menengah. Sebab rasa-rasanya, adik-adik sekolah rendah mereka ada banyak perkara untuk dilakukan bagi memenuhi keperluan imaginasi mereka. Bagi yang berpeluang merasai pengalaman bekerja, melancong, pergi daurah kitab dan memenuhi masa cuti dengan pelbagai aktiviti, ianya pasti mengisi masa-masa yang ada secara optimum. Bagi yang tidak berpeluang atas faktor-faktor tertentu, pastinya akan menjadi seperti ‘cacing kepanasan’. Masakan tidak, di kampus dengan pelbagai rutin yang mengujakan, bila pulang bercuti masa bagai tiada apa-apa untuk dilakukan. Ia pasti menyeksakan.

Ohho!! Stop!

Ye ke ‘tiada apa-apa untuk dilakukan’ atau memilih ‘untuk tidak melakukan apa-apa?’

Erk.. n_n’

Back to our title today. Mengenai nak memenuhi masa cuti ni, pandai-pandailah saya dan anda fikir sendiri. Bukan umur setahun dua. Hidup dah lama.


FINAL YEAR STUDENT

“uhuk..uhuk.. batuk kecil”

Siapa yang bakal bergelar pelajar tahun akhir? Sila angkat tangan tinggi-tinggi.

“Hek eleh. Bajet super duper senior la tu.. :p .. Ingat boleh role peraturan IPG macam Rahul dan Pooja dalam cerita Kuch Kuch Hota Hai ke?”

Aik?? Ke situ pula kefahamannya.
Bukan macam tu sebenarnya. Sebelum tu, nak diceritakan dahulu bagaimana situasinya bergelar pelajar tahun akhir bagi siswa/i guru IPG. Kalau di IPT, tidak tahu bagaimana mana pula keadaanya sebab tiada pengalaman kan.

Final practicum      = 3 bulan (sem 1- jan
àapril)
Internship             = 1 bulan (sem 2)
Thesis

Bila ditambah tolak darab dan bahagi, tinggal kurang lebih 5 bulan di kampus.

Hah?? 5 bulan..


CABARAN TAHUN AKHIR

Sekejap masa berlalu. Banyak sebenarnya cabaran tahun akhir. Dengan kekangan masa yang ada, baru sedar rupa-rupanya dah banyak yang ketinggalan. Setahun terakhir yang tinggal untuk meningkatkan kefahaman agama. Bukan maknanya bila dah habis belajar nanti, semua tu akan ditinggalkan, tapi keadaanya dan kemudahannya tak akan sama dengan situasi sewaktu kita belajar. Sekarang baru tahu apa makna kata-kata tu.

Belum masuk lagi bagi mereka yang memang dah bersedia dengan komiten berumah tangga. Alhamdulillah, maknanya mereka memang dah merancang dengan baik. Kagum melihat sahabat yang boleh mengimbangkan rumahtangga dan pelajaran. Ada masa untuk rumah tangga, kawan-kawan, pelajaran. Walaupun, apa yang kita lihat tak semestinya sama dengan apa yang mereka rasa, tapi perkara yang telah mereka lalui itu, pasti banyak mematangkan mereka.

Cabaran yang akan dilalui oleh seorang pelajar tahun akhir adalah menyeimbangkan antara impian, masa, dan komitmen.


SO, WHAT TO DO?

1.     Memperbaharui iltizam supaya sentiasa bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam apa jua pekerjaan.
2.    Fokus dengan apa yang dicita-citakan. Buat yang terbaik dengan tekun.
3.    Masih belum terlambat untuk membuat perancangan, rancanglah kehidupan kita untuk 2, 5, 10, 20 tahun akan datang. Lebih-lebih lagi dengan pengenalan sistem terbuka di IPG sekarang.
4.    Tidak meninggalkan aspek peningkatan pengetahuan dan pengamalan cara hidup Islam. Inilah masa untuk menggali seberapa banyak pengetahuan yang dapat. Manfaatkan majlis-majlis ilmu yang ada. Selamat menjadi pencinta ilmu.
5.    Kurangkan aktiviti yang kurang penting.
6.    Tidak menolak mana-mana peluang yang ada untuk meningkatkan kemahiran diri.

InsyaAllah, masih ada kesempatan. Tak mampu buat banyak, kita buat sikit. Tapi, jangan tinggal semua. Ingatkan saya, sahabat.. 

Nota kaki: (PISMP Pendidikan Khas 4 Januari 2010) ^_^v

Sunday, November 25, 2012

Empty Container

Assalamualaikum...


~Bekas yang kosong tidak akan mengisi bekas yang lain~


~Hati yang mati tidak akan dapat menghidupkan hati yang lain~

Dush!!

Bagaikan terkena tumbukan padu dari ahli tinju. Tepat dan padu. Benjol kepala dengan 3 ekor anak burung terbang mengelilingi benjolan berkenaan.

Pening lalat.

Allahu.

Cuba kita selak pedoman hidup kita pada muka surat 551, surah Al-Saff ayat 2 dan 3.


"Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan?"


"(Itu) sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"



Apa yang ada dalam bekas kosong? 0 ?


Kosong = 0 = tidak berisi apa-apa = empty = zero

Bagaimanakah agaknya, bekas yang kosong dapat mengisi bekas yang lain. Akal kita yang sihat yang normal ini mampu melihat perkaitannya. Dalam bekas yang kosong mungkin ada juga ada udara yang terperangkap di dalamnya, tapi sekiranya dipindahkan sekalipun ke bekas lain, belum pun dapat dipindahkan udara dah terbebas ke persekitaran. Al hasil, kosong jua.

Apatah lagi sekiranya bekas yang kosong itu ditutup. Sudahlah kosong, Menghalang pula diri dari diisi. Jadilah kedap udara. Nampak cantik dari luar tapi sayang tiada isi yang boleh diambil. Bermaknakah?

Begitulah resmi manusia sekiranya tanpa ilmu dan tarbiyyah. Kosong, tidak menguntungkan diri apatah lagi orang lain. Berangan dalam cerita fairy tale atau barbie boleh la, tapi jalan dakwah ni bukan wayang kulit, pentas teater atau opera cina. Ianya realiti yang mesti dijalani dengan perasaan yang cintakan ilmu dan tarbiyyah. Umum mengetahui menuntut ilmu dan menerima tarbiyyah dari Allah itu bukan perkara gampang. Tidak ramai yang mampu tersenyum gembira yang ikhlas bila mana menerima tarbiyyah dari Allah. Pasti berkerut dahi cuba menenangkan hati dan mencari ilmu tertinggi (hikmah) tentang ‘Mengapa begini jadinya’. Pasti berkeringat peluh, berkilat petir dalam hati, dan berhujan air mata di pipi. Memang hiperbola, tapi kalau tak sungguh orang tak kata. Saya sangat kagum kalau anda tidak pernah mengalami keadaan yang sedemikian. Kagum yang sungguh-sungguh. @_@ Serius!!


DITARBIYYAH SEBELUM MENTARBIYYAH

Layak ke nak tarbiyyah orang? Memang tak akan layak kalau kita bersedia untuk ditarbiyyah terlebih dahulu. Tarbiyyah tidak perlu menunggu modul dari mana-mana program motivasi, team building, atau jati diri. Tarbiyyah datang dari semua segi kehidupan kita.

Duk sembang tarbiyyah, tarbiyyah ni apa sebenarnya?


Apa itu tarbiyyah?
Proses perubahan terhadap diri.


Bagaimana cara tarbiyyah diperoleh?
Cetusan melalui penyemaian dan penyuburan benih ilmu dan iman, pengasuhan amal dan akhlak serta pengukuhan iltizam.

Untuk apa sebenarnya tarbiyyah ni?

Ke arah penegakan amal islami dalam konteks Jama'ah Islamiyyah.

Surah Al Hujurat ayat 7:

                  



"Dan ketahuilah kamu bahawa di kalangan kamu ada Rasulullah. Jika dia menuruti kamu dalam kebanyakan urusan, nescaya akan menyusahkan kamu, tetapi Allah menjadikan kamu mencintai iman, dan menjadikannya indah dalam hati kamu, serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, dan kefasikan dan kederhakaan. Mereka itulah orang yang mengikuti jalan yang bijaksana."



Tarbiyyah yang paling hebat berlaku pada zaman Rasulullah sallahu alaihi wasallam.. Lihatlah bagaimana, baginda mentarbiyyah para sahabat. Saidina Umar Al-Khattab yang sebelumnya berperwatakan kasar, sehingga mengalirkan air mata mendengar bacaan ayat-ayat suci al-quran. Yang kita ni, ayat yang di baca mengenai balasan api neraka pun, macam tak ada perasaan je. Kalau dengar tok imam menangis sayu, baru nak menangis sekali. Bukan sebab faham tapi sebab sayu je. Sedih. Huhuhu.. Sebab apa? sebab baca al-quran baca saja-saja. Konon sibuk sampai tak sempat nak tadabbur. (untuk diri sendiri. orang lain jangan terasa)



Kerana tarbiyyah dari 'full container' yang dapat sumber terus dari Allah ni la, maka kita pada hari ini berpeluang untuk merasa nikmat Islam dan Iman. Macam tin, kita susun tinggi-tinggi. Tinggi sangat, setinggi gunung everest. (Hiperbola lagi...) Kemudian, kita isi tin yang berada di puncak dengan air tanpa henti. Yang terkemudian pun akan mendapat hasilnya juga. Kita tengok alirannya. Terus mengalir, kalau betul susunannya. Sanadnya pada Nabi Muhammad s.a.w.. Asal sahaja tiada kelompangan pada susunan tin berkenaan. 



Wallahua'lam



* bersambung...


p/s: Tapi, kalau bekas berisi tapi isi berkenaan tidak digunakan, tetap 'useless'. Lama-lama peram, busuk akhirnya.



Banyak benda yang kita buat/cakap kat dunia ni, Allah bayar cash. Ditarbiyyah secara langsung, kita terus fikir on the dot, dapat faham dan jelas dengan segera. Pasti menguntum ukhuwah yang indah sebab sama-sama berhadapan dan mencari solusi. Tidak terpilih? Container ini barangkali tak miliki 'ruang' yang besar,  untuk menerima 'isi' yang baik atau Allah sedang mentarbiyyah dengan cara yang lain. Sesungguhnya, ianya lebih perit.. T_Tv 



Monday, November 19, 2012

wajah kesayangan hamba.. ^_^


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah wa syukurillah. 

Kebelakangan ini, entri banyak berkisar tentang diri dan kehidupan. Tak tahu la kenapa, sebenarnya tak suka pun nak cerita tapi sebab dah ter'janji', jadi entri kali ini kira macam 'mesti tulis'. Sebenarnya, entri ini diwacanakan khas buat insan yang banyak berjasa selama tempoh 2 tahun, bermula awal 2011-2013. Bukan bermakna insan-insan yang yang tidak dinyatakan dalam entri ini tidak penting ataupun tidak bermakna dalam kehidupan seorang Umairah yang kerdil. Bahkan boleh jadi, kalian terlalu bermakna sehingga Umairah ketiadaan kata-kata untuk diungkapkan. Sementelah, Umairah ingin menzahirkan apresiasi buat mereka. Sesiapa sahaja yang pernha tercatat namanya dalam diari kehidupan seorang Umairah, mereka tetap penting kerana tiada pertemuan tanpa izinNya dan setiap pertemuan pasti ada hikmahnya.

Sekarang musim kenduri, tidak bermakna entri ini untuk insan yang bernama lelaki. (ehhh??)

Tak tahu dari mana nak mula, banyak sangat nak dikisahkan. Like what I always said in our meeting: let us make this, 'short but precise'. Ok, kita tengok jadi tak 'short' nya tu. 

Born in a family of all guys, Allah sends me to an institution of all girls. (Allah jua yang lebih mengetahui hikmahnya) Mula-mula tu rasa macam: 

"Habis la, macam mana ni. Semua perempuan, mesti tak tahu how to deal with them. Perempuan kan agak 'teliti', bersopan santun, lemah lembut, sensetif. Bagaimanakah harus ku lalui hari-hari yang penuh kelembutan dengan jiwa-jiwa yang fragile? Huhu."

dan sebagai pakejnya, Allah uji lagi sekali dengan memberi taklifan sebagai Pemimpin Pelajar di sini. (Orang selalu pelik, tapi dah nama IPG Kampus Perempuan Melayu, semua pelajarnya perempuan, perempuan la YDP nya)

Allah.. Allah.. Allah.. 

Mau gimana ni sih? 

Tetapi, ingatlah pada firman Allah dalam surah AL-SYARH:

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"

Saya temui kemudahannya pada wajah-wajah sahabat yang bersama saya sepanjang tempoh 2 tahun ini. Pada tahun pertama seramai 36 orang, dan pada tahun kedua seramai 27 orang. Mereka merupakan insan baik yang Allah kirimkan kepada saya, untuk bersama-sama menanggung amanah yang berat ini. Mereka yang jarang mengeluh, mereka yang sungguh komited, mereka yang berjiwa besar.

Pada awalnya, saya pun jadi ketandusan idea. Bagaimana mahu menggerakkan JPP ini. Semua sedia maklum JPP di IPG ni bukan seperti MPP di universiti. Dengan satu kelebihan yang sangat osem iaitu dapat duduk aras bawah (itupun dah banyak spekulasi), JPP dikehendaki melaksanakan arahan pihak pentadbiran dan dalam masa yang sama membawa isu kebajikan siswi guru. Saya tahu, kami perlu menyeimbangkan antara kedua-duanya, tapi saya juga tahu akan ada ketikanya kita perlu melebihkan satu daripadanya. Pada saat perlu memilih antara keduanya, mana satu yang perlu kami utamakan?

Susah kan? Pada saya susah. Bila tiba kepada sebuah pilihan, ternyata kita seringkali sukar untuk membuat pilihan. Apapun, kalau dah namanya kena pilih, tetap kena pilih. Jadi, semampu boleh saya akan dahulukan kebajikan siswi guru, atas indikator : nama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar itu sendiri. Dah namanya pun perwakilan pelajar, makanya, saya mesti lebihkan pelajar kan? Siapa yang setuju sila angkat tangan. :)

Jadi, alkisahnya.. Sahabat saya dalam JPP ni pun perlu menanggung hal yang sama. Apapun yang orang lain akan cakap, saya tetap akan pertahankan satu perkara iaitu: saya berbangga dapat bekerja dengan kalian semua. Each and everyone of you give wonderful meaning towards my life. Kalian semua ialah insan-insan yang gagah bukan pada otot-otot tapi pada jiwa. Tak kisah nak angkat sofa, air mineral, tiang bendera, rostrum, kerusi banquet, dan bermacam-macam lagi benda berat. Sejujurnya saya risau dengan ke'degil'an kalian nak angkat barang-barang berat ni. Ye la kan, orang cakap nanti peranakan jatuh dan macam-macam lagi. Mana tak risau, kalau apa-apa jadi, tak sanggup saya nak tanggung. Tapi kalian semua kuat, angkat sama-sama. Lawak je satu barang pun angkat ramai-ramai, tapi itu kudrat kita orang perempuan. Pada saya, ianya akan menjadi antara saat-saat indah yang akan saya kenang dalam hidup. Belum cerita lagi part panjat memanjat sebab  nak gantung banner. huish... ;)

Terima kasih juga sebab sentiasa tersenyum untuk memberi kekuatan sesama kita. Banyak yang saya belajar dari ketabahan kalian. Kena marah, kena tuduh, kena puji pun sama-sama kena. Million of thanks pun tak akan mampu membayar segala pengorbanan kalian. Masa, tenaga, wang ringgit. (Kelakar bila ada orang cakap kita dapat elaun.. Keh3x) Terima kasiih juga sebab sudi jadi teman bergossip. Banyak cerita kita tahu... heheheh (ketawa jahat)

Maaf sebab tak dapat jadi ketua yang baik untuk kalian. Maaf sebab tidak tahu cara yang terbaik untuk appreciate kalian. Maaf sebab tak selalu ada untuk kalian. Maaf sebab saya, kalian kena marah. Maaf sebab selalu bagi kerja tak kira masa. Maaf sebab ada banyak janji yang tak terlaksana. Maaf untuk segala-galanya.

Kak umai/umai nak minta izin, simpan nama kalian dalam hati sebab tak tahu kenapa, hati ni dah terlalu sayang untuk lepaskan kalian pergi... Boleh?? Harap, walaupun kita dah tak kerja sama-sama nanti, semua kenangan kita bersama akan kekal dalam ingatan.

p/s: Mulanya ingat nak cerita karekter seorang demi seorang tapi sebab takut entri ni jadi terlalu panjang, maka kak umai/umai ceritakan secara dasarnya sahaja. Lagipun kita dah satu organisasi, memang ada satu cerita je pun, tak boleh jadi banyak.. Ni cuma cebisan je dari apa yang kita dah lalui. Tak sampai 1/100 pun selebihnya nanti, kita cerita waktu sharing moment last kita. ek?? .. hoho.. ^_^

afiqah, anne, iqa, izati, ^_^, mira, dayah, nik, ekin
syu, ash, sara, nisah, timah, na'imah, firda, anis, azie
adha, tie, aida, andi, kin, zu, aten, ayu, syaz

27 ladyboss~

Sunday, November 18, 2012

Ct-One Islamic Center

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah.. @_@

Rolling eyes means mood teruja!!

Kenapakah??

Bersedia untuk satu dimensi baru dalam dunia pendidikan.. (fuhhh, ayat!!)

Perkara yang bakal saya ceritakan ini bukan satu retorik bahkan realiti. Alhamdulillah, hari ni berkesempatan untuk singgah di sebuah Pusat Tahfiz seperti tajuk di atas. Pertama kali pergi ada peluang ke pusat tahfiz, mana tak teruja kan? Apatah lagi pusat berkenaan baru nak dibuka. Kiranya, pergi untuk menyaksikan temuduga pemilihan 40 orang pelajar pertama di pusat tahfiz berkenaan.

"Jadi??? Apa yang istimewanya??"

Nampaknya tidak begitu mengujakan.. huhu

Its FREE!!

Ditanggung semuanya.

"Ok, menarik juga tu. Tapi biasa la. Kita belajar pun percuma.."

Tak sama.... Mereka akan hafaz al-quran dari f1-f3. Masuk f4 baru ready untuk SPM. Akan diuruskan untuk sambung pengajian di kolej/universiti?insyaAllah kalau ada rezeki dapat sambung ke Mesir. Tamat belajar boleh kerja dengan syarikat ni.

Kat tempat tu ada macam-macam. Common kan, tempat belajar tahfiz ni selalunya agak ke 'dalam', damai dan menyegarkan. Pusat tahfiz ni pun sama. Masuk-masuk je, jumpa jalan mati. Kemudian pandang ke kiri kelihatan bangunan masjid Al Hashimi tersergam indah. Sebelum sampai ke masjid, ada kandang kuda. (Kelihatan 2 ekor kuda sedang meragut rumput). Sebelah kiri jalan ada tiga buah rumah banglo satu tingkat berwarna ungu. Sebelah kandang kuda, ada kandang kambing. Sebelah kandang kambing ada gelanggang futsal dalam pembinaan.

Jadi, ini bukan tempat biasa-biasa kan? Pelajar pun diambil 40 orang untuk intake kali ni dan tiada ambilan untuk 3 tahun akan datang. Mereka nak fokus pada 40 orang ni sahaja. Dengan trademark melahirkan generasi Al Falah, memang begitu banyak pelaburan telah dilakukan. Memiliki kakitangan seramai 17 orang termasuk 7 orang tenaga pengajar (5 daripadanya lulusan al-azhar), ternyata ini bukan usaha yang main-main. Bak kata abah "besar sungguh jiwa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh pengasas pusat tahfiz ini"

Melihat lahirnya sahaja, saya mula dijentik kagum. Binaan bangunan berasaskan mozek 2 kaki (mozek mahal-bak kata abah), kemudahan yang lengkap serta kondusif, serta beberapa lagi kemudahan yang dalam pembinaan, saya jadi tertanya-tanya tentang kandungan kurikulumnya.

Sepertimana yang sudah saya nyatakan, 3 tahun hafaz al-quran dan 2 tahun berikutnya dimasukkan elemen akademik yang lain. Teringat prinsip seorang sahabat "berprinsip jangan jumud, terbuka jangan hanyut". Orang tahfiz sekarang bukan tahu baca al-quran je ye. Mereka akan dilatih dengan kawad, belajar memanah, menunggang kuda, mengikuti acara sukan dan permainan, dan banyak lagi program motivasi.


Memanah dan berkuda itu, sangat OSEM ok..



Alhamdulillah, ini yang saya maksudkan dengan dimensi baru dunia pendidikan. Mungkin dah pernah ada pusat tahfiz seumpama, cuma mungkin saya yang tak tahu. Hebat kan silibus Islam. Tidak melupakan aspek tarbiyyah jasadiyyah. Nak cakapnya, kurikulum Islam tu memang dah syumul, semua aspek dah sentuh.. bukan setakat JERIS (jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial) tapi turut menyentuh soal mempersiapkan generasi pelapis. Saya cukup tertarik dengan kata-kata yang diucapkan oleh pengasas iaitu "Dalam setiap aktiviti yang kita jalankan, kita akan menekankan elemen KEPEMIMPINAN ISLAM" . Jelas. Betapa negara dan dunia menantikan pemimpin Islam yang akan menegakkan syiar Islam di atas muka bumi. 

Bukan juga berniat untuk menyalahkan sistem pendidikan di Malaysia yang bersifat sekular, namun itulah hakikatnya yang harus diakui. Saya pula bakal pendidik dalam sistem yang sekular ini. Belum lagi berada dalam medan yang sebenar, mungkin saya mampu mencadangkan beberapa penyelesaian. Namun, secara realiti dan praktikalnya, keadaan mungkin tidak akan menjadi seperti yang diharapkan. Kerana sekalipun saya dan sahabat saya mampu, ianya cuma sebahagian kecil. Kerana apa? Kerana kami cuma golongan kecil yang berada di bawah sistem, sedangkan ada kuasa besar di atas sistem yang masih mahu sistem ini dikekalkan seperti yang sedia ada.



Sesekali terfikir juga, sepanjang tempoh lawatan ke pusat tahfiz berkenaan. "Nampaknya analogi 'benih yang baik: dilempar ke tanah menjadi gunung dicampak ke laut menjadi pulau' terlalu besar untuk dicapai oleh produk keluaran IPG. Paling tinggi, mengikut penempatan. (Sabah, Sarawak, mahupun  pedalaman) Ianya betul, sebuah pengorbanan yang besar, cukup besar. Namun, pengorbanan untuk agama Allah jualah pengorbanan yang paling besar. 

Bagi mendapatkan sedikit gambaran tentang pusat tahfiz berkenaan, sila rujuk sini .

Sedikit perkongsian mengenai sunnah memanah dan berkuda. :)

Setiap hari Uqbah bin Amir Al Juhani keluar dan berlatih memanah, kemudian ia meminta Abdullah bin Zaid agar mengikutinya namun sepertinya ia nyaris bosan. Maka Uqbah berkata, "Maukah kamu aku kabarkan sebuah hadits yang aku dengar dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam?" Ia menjawab, "Mau." Uqbah berkata, "Saya telah mendengar beliau bersabda:
يُدْخِلُ بِالسَّهْمِ الْوَاحِدِ ثَلَاثَةَ نَفَرٍ الْجَنَّةَ صَاحِبَهُ الَّذِي يَحْتَسِبُ
فِي صَنْعَتِهِ الْخَيْرَ وَالَّذِي يُجَهِّزُ بِهِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
وَالَّذِي يَرْمِي بِهِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَقَالَ ارْمُوا وَارْكَبُوا
وَإِنْ تَرْمُوا خَيْرٌ مِنْ أَنْ تَرْكَبُوا
"Sesungguhnya Allah ‘azza wajalla akan memasukkan tiga orang ke dalam surga lantaran satu anak panah; orang yang saat membuatnya mengharapkan kebaikan, orang yang menyiapkannya di jalan Allah serta orang yang memanahkannya di jalan Allah." Beliau bersabda: "Berlatihlah memanah dan berkuda. Dan jika kalian memilih memanah maka hal itu lebih baik daripada berkuda." (AHMAD – 16699)
Hadits di atas menggambarkan betapa Rasulullah saw sangat menganjurkan agar seorang muslim peduli dengan persiapan untuk berjihad di jalan Allah. Memanah dan berkuda merupakan dua kegiatan yang terkait dengan hal itu. Dan seorang muslim perlu memiliki semangat untuk berjihad di jalan Allah. Mengapa? Karena Nabi saw memperingatkan bahwa raibnya semangat berjihad mengindikasikan hadirnya kemunafikan dalam diri.
مَنْ مَاتَ وَلَمْ يَغْزُ وَلَمْ يُحَدِّثْ نَفْسَهُ
بِالْغَزْوِمَاتَ عَلَى شُعْبَةِ من نِفَاقٍ
“Barangsiapa mati dan belum berperang dan tidak pernah bercita-cita untuk berperang, maka ia mati dalam salah satu cabang kemunafiqan” (Abu Dawud 2141)

Tuesday, November 6, 2012

...Cerita Lolipop...

sudah di post pada laman fb.. :)

Resolusi 'A lolipop moment'

Usai sesi permainan 'music box', banyak titipan yang telah disampaikan oleh kakak-kakak yang sangat bermanfaat untuk diteladani. Beginilah serba ringkas kisah lolipop dan 5 tahun 5 bulan saya abadikan dalam bent

uk aksara bertinta hitam di laman mukabuku ini:

"Sahabat sekalian, apa perkara pertama yang perlu kita lakukan sebelum kita boleh makan lolipop ni?"

"Kita kena buka dulu plastiknya"

"Ya betul, pandai. Jadi, biar saya buka dulu plastik lolipop saya"

* Begitulah sahabat, permulaan kisah kita di IPG ini ibarat membuka satu lembaran baru. Kalau dulu kita datang dari pelbagai latar belakang. Sekolah agama, sekolah harian biasa, sekolah elit, SBP, MRSM. Kita ke IPG, kita bermula sebagai pelajar IPG. Kita tidak tahu apa yang akan kita tempuhi di dalam tetapi kita yakin pada ketentuan yang telah ditetapkanNya. Ibarat kanak-kanak kecil yang dipujuk makan lolipop sedangkan mereka mahukan aiskrim (nak masuk u awalnya), kebanyakan kita membuka plastik lolipop lambat-lambat, separuh redha, selebihnya memberontak bercampur pasrah. Tambah memeritkan jika keadaan lolipop yang kita lihat, langsung tidak sama dengan iklan di luarnya. Diluar katanya 'rainbow lolipop' tetapi kenapa dalamnya satu warna sahaja? (ilusi optik nampaknya di situ) Tambah membebankan kita yang sedia kecewa. Namun, sekali melangkah, bukan namanya insan kalau hendak menyerah kalah. Sekalipun pasrah, disuakan jua ke mulut dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.



"Em, manis juga lolipop ni. Ingatkan masam. Not bad"

* Sama juga dengan kehidupan di kampus IPG ini, awalnya berlaku kejutan budaya. Lama-kelamaan kita berjaya menyesuaikan diri. Sekalipun mulut mengatakan tidak suka, tetapi lolipop tidak dibuang begitu sahaja. Diteruskan menikmati rasanya yang pelbagai. Sementelah pula, bila mula belajar turun ke sekolah PBS, Praktikum dan Internship yang begitu mengujakan. Tambah membahgiakan bila menatap wajah-wajah kecil yang mohon diberi perhatian dan titis ilmu. Bagaikan terlupa pada kehidupan kampus kerana fokus pada pertempuran RPH dan BBM (juga RPI). Keluar dan masuk dari kampus menghadapi praktikum demi praktikum dan kehidupan kampus sudah jadi, alah bisa tegal biasa. Hadapi dengan akur. Sesekali ada riak-riak kecil, tapi tidak sampai jadi gelombang.

"Sedap juga lolipop ni, eh tengok. Lama-kelamaan warna pelangi mula muncul" (rupa-rupanya lolipop bigfoot ni, bila makan baru jadi warna-warni. Erm, lolipop pun tahu pilih orang ye.. ;)

* Ada bezanya antara makan lolipop dengan makan gula-gula. Gula-gula sebiji kita terus masuk dalam mulut. Tapi lolipop ni kita makan perlahan-lahan. Sekejap kita masukkan dalam mulut, lepas tu kita keluarkan. Menikmati manisnya lolipop. Dalam sedar tak sedar, lolipop dah habis. Tinggal batangnya sahaja.

* Macam tu jugalah kehidupan di IPG. Pelbagai rasa dah dilalui sepanjang tempoh 5 tahun 5 bulan. Dulu dengarnya lama, tapi kini tinggal lagi 2 hari. Betapa asyiknya menikmati manis lolipop, sampai tak sedar dah tinggal batang je..

* Manis lolipop dah mendarah daging dalam diri. Segala macam latihan dah sebati dengan diri bakal graduan. Yang tinggal cumalah batang iaitu kenangan berada dalam IPG, pernah menjadi sebagahagian warganya, pernah merasai latihannya, kawan-kawan yang baik di sini, pensyarah yang penuh inspirasi, staf yang mesra berbudi menghadiahkan kita dengan sebuah pengalaman yang tidak terbeli.

* Dan bila nanti (walaupun berhadapan dengan posting yang belum pasti) mudah-mudahan graduan inilah guru-guru yang dinanti, mampu berkhidmat setulus hati, kepada anak didik yang dicintai"

* Lolipop jua sebagai simbolik, tinggallah dunia 'kanak-kanak' yang penuh kenakalan, kepada dunia dewasa yang matang. Berbekalkan ilmu dan kemahiran, pentas lapangan sebenar akan diredah.

A lolipop moment manifestasi perjuangan 5 tahun 5 bulan.
Selamat Berjuang kakak-kakakku dan semua bakal graduan IPG ambilan Januari 2009 IPG Se-Malaysia
InsyaAllah, hanya yang terbaik dariNya untuk semua..

Friday, November 2, 2012

Dah bosan jawab soalan exam, jawab soalan saya boleh?


Bismillahirrahmanirahim dan Salam Sejahtera

Saat ada persoalan yang menjengah fikiran, pantas jari jemari berlari di pentas kekunci.

Waduh wadduh.. kok gitu. Ngapain ngak disoal secara lisan?

Seandainya cinta mampu kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar,
Namun jika cinta kudatangi, aku jadi malu pada keterangan ku sendiri.

Eh.. eh.. bukan-bukan...  silap sajak.

Erm, mungkin kerana bila menulis itu ada daya penumpuan yang lebih. Jadi, mungkin senang begitu agaknya.

Rasional lain?

Argh!! Lagi-lagi rasional. Tension!!

Well, kita berada pada dunia yang mana semua orang pun mahukan bukti dan rasional. Mana ada perkara yang berlaku sebab ia perlu berlaku secara sendiri. Mesti ada sebabnya.

Dalil mana dalil??

Huh, terasa dangkalnya iman dan ceteknya pengetahuan.

Kosong-kosong bak kata Najwa Latif.

But the good thing is, bila orang selalu bertanya kita tentang rasional mengenai itu dan ini. Otak kita diajak untuk berfikir dalam dimensi yang pelbagai. Mengambil faktor banyak pihak. Belajar berempati (masuk dalam kasut orang lain, walaupun tak muat dengan kaki kita-macam cerita Cinderella tapi tak dapat pula kahwin dengan anak raja)

Ok, mungkin bila kita menulis, kita boleh mengajak orang lain untuk membaca. (SS tahap ntah apa-apa jek)

Atau mungkin juga, bila menulis kita jadi lebih tenang, bahasa mampu dikawal dengan baik. Tatabahasa salah boleh dibetulkan (menipu!! :p). Ada perkara yang bila mana kita nak sampaikan tu memerlukan ‘wajah bulat senyum’ yang akan membolehkan kita menyampaikan maudhu’ bicara secara efektif. Anda setuju. Kalau setuju, angguk kepala sambil kerutkan kening. Kalau tak, terpulanglah. : )

Baik. Sudah cukup sudah. Sudah sampai di sini saja. Titik.
Berbalik kepada persoalan yang ingin saya ajukan, itupun kalau ada yang sudi memberikan komentar bagi meredakan galau di hati. : p

Saya jelmakan dalam fikiran anda, bagi yang pernah menghadapi situasi ini, mungkin ianya agak klise. Dah tahu jawapan apa yang nak diberikan. Bila ada yang bertanya, kita akan memerah otak kita memikirkan jawapan yang terbaik. Ok sebelum tu, kenapa sampai terjadi kadang kala tu bila nak jawab soalan tu kita memerah otak dan butuhkan waktu?

  • Kita kurang belajar dari pengalaman.
  • Kita kurang mengenali orang yang bertanya. Jawapan perlu disesuaikan dengan orang yang bertanya.
  • Kita tiada jawapan itu dalam kotak fikiran. Sebab tu kena fikir di luar kotak.
  • Supaya jawapan yang lahir itu bukan sekadar jawapan yang dikehendaki oleh si penyoal sebalinya jawapan yang diperlukan oleh dia.
  • Kita memerlukan DIA untuk memberikan kita ilham. Ini rasional yang paling tepat, bukan?

Apa persoalannya sekarang? Bosan je.. =.=”

Begini, kita mesti pernah ada pengalaman berhadapan dengan individu yang merasakan mereka tidak layak untuk diuji dengan taklifan yang berat. Mereka akan memberikan beberapa rasional yang kalau difikirkan logik akalnya tu ada benarnya. Berbantukan dialog di bawah, harap dapat menjelaskan maudhu’ bicara.

“ Kenapa saya dipilih kak? Saya tak mampu untuk memikul taklifan ini. Bukan kepakaran saya dalam bidang ni. Apa yang akak nampak pada diri saya sebenarnya? Ianya di luar kemampuan saya. Ya saya tahu ini adalah pilihan dari Allah. Tapi kak....

Biasa kan berlaku persoalan seperti ini. Bahkan saya sendiri pun pernah menuturkan yang sama. Sama dan tiada beza.

Kadang-kadang tu terfikir juga.

Kalau sudah diberitahu kemampuan mereka cuma setakat ini kenapa kita meletakkan mereka pada sesuatu yang tidak mampu mereka lakukan?

Common answer: ‘So that you can learn’

Ermmm...

Kadang kala, kita selalu berlagak tahu apa yang terbaik untuk orang lain.

Mohon perkongsian dari yang lebih faqih atau yang biasa menjawab persoalan/dialog seumpama ini..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails