Bismillahirrahmanirahim dan Salam
Sejahtera
Saat ada persoalan yang menjengah
fikiran, pantas jari jemari berlari di pentas kekunci.
Waduh wadduh.. kok gitu. Ngapain
ngak disoal secara lisan?
Seandainya cinta mampu kuuraikan
dan kujelaskan panjang lebar,
Namun jika cinta kudatangi, aku
jadi malu pada keterangan ku sendiri.
Eh.. eh.. bukan-bukan... silap sajak.
Erm, mungkin kerana bila menulis
itu ada daya penumpuan yang lebih. Jadi, mungkin senang begitu agaknya.
Rasional lain?
Argh!! Lagi-lagi rasional.
Tension!!
Well, kita berada pada dunia yang mana semua orang pun
mahukan bukti dan rasional. Mana ada perkara yang berlaku sebab ia perlu
berlaku secara sendiri. Mesti ada sebabnya.
Dalil mana dalil??
Huh, terasa dangkalnya iman dan
ceteknya pengetahuan.
Kosong-kosong bak kata Najwa
Latif.
But the good thing is, bila orang
selalu bertanya kita tentang rasional mengenai itu dan ini. Otak kita diajak
untuk berfikir dalam dimensi yang pelbagai. Mengambil faktor banyak pihak.
Belajar berempati (masuk dalam kasut orang lain, walaupun tak muat dengan kaki
kita-macam cerita Cinderella tapi tak dapat pula kahwin dengan anak raja)
Ok, mungkin bila kita menulis,
kita boleh mengajak orang lain untuk membaca. (SS tahap ntah apa-apa jek)
Atau mungkin juga, bila menulis
kita jadi lebih tenang, bahasa mampu dikawal dengan baik. Tatabahasa salah
boleh dibetulkan (menipu!! :p). Ada perkara yang bila mana kita nak sampaikan
tu memerlukan ‘wajah bulat senyum’ yang akan membolehkan kita menyampaikan
maudhu’ bicara secara efektif. Anda setuju. Kalau setuju, angguk kepala sambil
kerutkan kening. Kalau tak, terpulanglah. : )
Baik. Sudah cukup sudah. Sudah
sampai di sini saja. Titik.
Berbalik kepada persoalan yang ingin
saya ajukan, itupun kalau ada yang sudi memberikan komentar bagi meredakan
galau di hati. : p
Saya jelmakan dalam fikiran anda,
bagi yang pernah menghadapi situasi ini, mungkin ianya agak klise. Dah tahu jawapan
apa yang nak diberikan. Bila ada yang bertanya, kita akan memerah otak kita memikirkan jawapan yang terbaik.
Ok sebelum tu, kenapa sampai terjadi kadang kala tu bila nak jawab soalan tu
kita memerah otak dan butuhkan waktu?
- Kita kurang belajar dari pengalaman.
- Kita kurang mengenali orang yang bertanya. Jawapan perlu disesuaikan dengan orang yang bertanya.
- Kita tiada jawapan itu dalam kotak fikiran. Sebab tu kena fikir di luar kotak.
- Supaya jawapan yang lahir itu bukan sekadar jawapan yang dikehendaki oleh si penyoal sebalinya jawapan yang diperlukan oleh dia.
- Kita memerlukan DIA untuk memberikan kita ilham. Ini rasional yang paling tepat, bukan?
Apa persoalannya sekarang? Bosan
je.. =.=”
Begini, kita mesti pernah ada
pengalaman berhadapan dengan individu yang merasakan mereka tidak layak untuk
diuji dengan taklifan yang berat. Mereka akan memberikan beberapa rasional yang
kalau difikirkan logik akalnya tu ada benarnya. Berbantukan dialog di bawah,
harap dapat menjelaskan maudhu’ bicara.
“ Kenapa saya dipilih kak? Saya
tak mampu untuk memikul taklifan ini. Bukan kepakaran saya dalam bidang ni. Apa
yang akak nampak pada diri saya sebenarnya? Ianya di luar kemampuan saya. Ya
saya tahu ini adalah pilihan dari Allah. Tapi kak....
Biasa kan berlaku persoalan
seperti ini. Bahkan saya sendiri pun pernah menuturkan yang sama. Sama dan
tiada beza.
Kadang-kadang tu terfikir juga.
Kalau sudah diberitahu kemampuan
mereka cuma setakat ini kenapa kita meletakkan mereka pada sesuatu yang tidak
mampu mereka lakukan?
Common answer: ‘So that you can learn’
Ermmm...
Kadang kala, kita selalu berlagak
tahu apa yang terbaik untuk orang lain.
Mohon perkongsian dari yang lebih
faqih atau yang biasa menjawab persoalan/dialog seumpama ini..
yezza... so that we can learn..
ReplyDeletenak jawab! tapi panjang.. hee.. ce bukak sini.. japawan khas buat kak lakaran ilham...
ReplyDeletehttp://wadahmurabbi.blogspot.com/2012/11/why-me-not-you-ha.html