Bismillahirahmani
rahim..
Assalamualaikum
warahmatullahi wa barakatuh.
Surah
Al Waqiah ayat 25 dan 26.
Di sana mereka tidak
mendengar percakapan yang sia-sia mahupun yang menimbulkan dosa (25)
Tetapi mereka mendengar
ucapan salam (26)
InsyaAllah,
kita mulakan bicara kita dengan sesiapa sahaja dengan ucapan salam, mendoakan
kesejahteraan kepada sesiapa sahaja, mudah-mudahan kesejahteraan juga akan
berbalik kepada kita. Kerana Islam itu adalah agama yang sejahtera.
^_^v
^_^v
Alhamdulillah.
Hampir 2 minggu berada di rumah sempena cuti akhir tahun. Tempat di mana kita
mempunyai banyak masa untuk berfikir dan memuhasabah kembali semua yang telah
kita lalui sepanjang tahun 2012. Masa untuk kita sedar rupa-rupanya kita sudah
banyak kali tersalah langkah. Masa untuk kita tahu yang banyak hati telah kita
lukakan. Saat untuk kita imbas kembali harta, tenaga, masa, yang terlalu banyak
kita bazirkan. Hal ini berlaku, apabila kita bergelar seorang pelajar.
Ya, pelajar. Secara sepesifiknya, mahasiswa IPTA/IPTS/IPG ataupun adik-adik di sekolah menengah. Sebab rasa-rasanya, adik-adik sekolah rendah mereka ada banyak perkara untuk dilakukan bagi memenuhi keperluan imaginasi mereka. Bagi yang berpeluang merasai pengalaman bekerja, melancong, pergi daurah kitab dan memenuhi masa cuti dengan pelbagai aktiviti, ianya pasti mengisi masa-masa yang ada secara optimum. Bagi yang tidak berpeluang atas faktor-faktor tertentu, pastinya akan menjadi seperti ‘cacing kepanasan’. Masakan tidak, di kampus dengan pelbagai rutin yang mengujakan, bila pulang bercuti masa bagai tiada apa-apa untuk dilakukan. Ia pasti menyeksakan.
Ya, pelajar. Secara sepesifiknya, mahasiswa IPTA/IPTS/IPG ataupun adik-adik di sekolah menengah. Sebab rasa-rasanya, adik-adik sekolah rendah mereka ada banyak perkara untuk dilakukan bagi memenuhi keperluan imaginasi mereka. Bagi yang berpeluang merasai pengalaman bekerja, melancong, pergi daurah kitab dan memenuhi masa cuti dengan pelbagai aktiviti, ianya pasti mengisi masa-masa yang ada secara optimum. Bagi yang tidak berpeluang atas faktor-faktor tertentu, pastinya akan menjadi seperti ‘cacing kepanasan’. Masakan tidak, di kampus dengan pelbagai rutin yang mengujakan, bila pulang bercuti masa bagai tiada apa-apa untuk dilakukan. Ia pasti menyeksakan.
Ohho!!
Stop!
Ye
ke ‘tiada apa-apa untuk dilakukan’ atau memilih ‘untuk tidak melakukan apa-apa?’
Erk..
n_n’
Back
to our title today. Mengenai nak memenuhi masa cuti ni, pandai-pandailah saya
dan anda fikir sendiri. Bukan umur setahun dua. Hidup dah lama.
FINAL
YEAR STUDENT
“uhuk..uhuk.. batuk kecil”
“uhuk..uhuk.. batuk kecil”
Siapa
yang bakal bergelar pelajar tahun akhir? Sila angkat tangan tinggi-tinggi.
“Hek
eleh. Bajet super duper senior la tu.. :p .. Ingat boleh role peraturan IPG
macam Rahul dan Pooja dalam cerita Kuch Kuch Hota Hai ke?”
Aik??
Ke situ pula kefahamannya.
Bukan
macam tu sebenarnya. Sebelum tu, nak diceritakan dahulu bagaimana situasinya
bergelar pelajar tahun akhir bagi siswa/i guru IPG. Kalau di IPT, tidak tahu
bagaimana mana pula keadaanya sebab tiada pengalaman kan.
Final practicum = 3 bulan (sem 1- janàapril)
Final practicum = 3 bulan (sem 1- janàapril)
Internship
= 1 bulan (sem 2)
Thesis
Bila
ditambah tolak darab dan bahagi, tinggal kurang lebih 5 bulan di kampus.
Hah??
5 bulan..
CABARAN
TAHUN AKHIR
Sekejap
masa berlalu. Banyak sebenarnya cabaran tahun akhir. Dengan kekangan masa yang
ada, baru sedar rupa-rupanya dah banyak yang ketinggalan. Setahun terakhir yang
tinggal untuk meningkatkan kefahaman agama. Bukan maknanya bila dah habis
belajar nanti, semua tu akan ditinggalkan, tapi keadaanya dan kemudahannya tak
akan sama dengan situasi sewaktu kita belajar. Sekarang baru tahu apa makna
kata-kata tu.
Belum
masuk lagi bagi mereka yang memang dah bersedia dengan komiten berumah tangga.
Alhamdulillah, maknanya mereka memang dah merancang dengan baik. Kagum melihat
sahabat yang boleh mengimbangkan rumahtangga dan pelajaran. Ada masa untuk
rumah tangga, kawan-kawan, pelajaran. Walaupun, apa yang kita lihat tak
semestinya sama dengan apa yang mereka rasa, tapi perkara yang telah mereka
lalui itu, pasti banyak mematangkan mereka.
Cabaran
yang akan dilalui oleh seorang pelajar tahun akhir adalah menyeimbangkan antara
impian, masa, dan komitmen.
SO,
WHAT TO DO?
1.
Memperbaharui
iltizam supaya sentiasa bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam apa jua
pekerjaan.
2.
Fokus
dengan apa yang dicita-citakan. Buat yang terbaik dengan tekun.
3.
Masih
belum terlambat untuk membuat perancangan, rancanglah kehidupan kita untuk 2,
5, 10, 20 tahun akan datang. Lebih-lebih lagi dengan pengenalan sistem terbuka
di IPG sekarang.
4.
Tidak
meninggalkan aspek peningkatan pengetahuan dan pengamalan cara hidup Islam.
Inilah masa untuk menggali seberapa banyak pengetahuan yang dapat. Manfaatkan
majlis-majlis ilmu yang ada. Selamat menjadi pencinta ilmu.
5.
Kurangkan
aktiviti yang kurang penting.
6.
Tidak
menolak mana-mana peluang yang ada untuk meningkatkan kemahiran diri.
InsyaAllah,
masih ada kesempatan. Tak mampu buat banyak, kita buat sikit. Tapi, jangan
tinggal semua. Ingatkan saya, sahabat..
Nota
kaki: (PISMP Pendidikan Khas 4 Januari 2010) ^_^v
Bila sebut pasal pelajar tahun akhir, tiba-tiba je rasa sedih. Sedih sebab dah x lama dah nak tinggalkan medan ipg, bakal mendepani dengan satu medan yang tidak tahu lagi sebuah percaturan yang masih kabur.
ReplyDeleteRasanya x sampai pun 5 bulan kat ipg nanti :(
Apapun, inilah sunnatullah. Kita datang ke tempat itu, beberapa ketika kemudian, kita pergi meninggalkan tempat itu. Namun, alangkah lebih manis jika kita dapat tinggalkan sesuatu yang bermakna buat ummah, dalam mengejar mardhatillah.
Jom jadi benih yang bermanfaat. Dicampak ke darat, menjadi pokok yang berbuah. Dilontar ke laut, menjadi pulau nan indah.
insyaAllah... syukur ada sahabat2x lagi sewaktu berada di alam kampus... mudah-mudahan segala pengalaman yang diperoleh menguatkan kaki untuk melangkah di medan sebenar...
ReplyDeletesyukran far... ^_^