Assalamualaikum...
~Bekas yang kosong tidak akan mengisi bekas yang lain~
~Hati yang mati tidak akan dapat menghidupkan hati yang lain~
Dush!!
Bagaikan terkena tumbukan padu dari ahli tinju. Tepat dan padu.
Benjol kepala dengan 3 ekor anak burung terbang mengelilingi benjolan
berkenaan.
Pening lalat.
Allahu.
Cuba kita selak pedoman hidup kita pada muka surat 551, surah
Al-Saff ayat 2 dan 3.
"Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu
yang tidak kamu lakukan?"
"(Itu) sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang
tidak kamu kerjakan"
Bagaimanakah agaknya, bekas yang kosong dapat mengisi bekas yang
lain. Akal kita yang sihat yang normal ini mampu melihat perkaitannya. Dalam
bekas yang kosong mungkin ada juga ada udara yang terperangkap di dalamnya,
tapi sekiranya dipindahkan sekalipun ke bekas lain, belum pun dapat dipindahkan
udara dah terbebas ke persekitaran. Al hasil, kosong jua.
Apatah lagi sekiranya bekas yang kosong itu ditutup. Sudahlah
kosong, Menghalang pula diri dari diisi. Jadilah kedap udara. Nampak cantik
dari luar tapi sayang tiada isi yang boleh diambil. Bermaknakah?
Begitulah resmi manusia sekiranya tanpa ilmu dan tarbiyyah.
Kosong, tidak menguntungkan diri apatah lagi orang lain. Berangan dalam cerita fairy tale atau barbie boleh la, tapi jalan dakwah ni bukan wayang kulit, pentas
teater atau opera cina. Ianya realiti yang mesti dijalani dengan perasaan yang
cintakan ilmu dan tarbiyyah. Umum mengetahui menuntut ilmu dan menerima
tarbiyyah dari Allah itu bukan perkara gampang. Tidak ramai yang mampu
tersenyum gembira yang ikhlas bila mana menerima tarbiyyah dari Allah. Pasti berkerut
dahi cuba menenangkan hati dan mencari ilmu tertinggi (hikmah) tentang ‘Mengapa
begini jadinya’. Pasti berkeringat peluh, berkilat petir dalam hati, dan
berhujan air mata di pipi. Memang hiperbola, tapi kalau tak sungguh orang tak
kata. Saya sangat kagum kalau anda tidak pernah mengalami keadaan yang
sedemikian. Kagum yang sungguh-sungguh. @_@ Serius!!
DITARBIYYAH SEBELUM MENTARBIYYAH
Layak ke nak tarbiyyah orang? Memang tak akan layak kalau kita bersedia untuk
ditarbiyyah terlebih dahulu. Tarbiyyah tidak perlu menunggu modul dari
mana-mana program motivasi, team building,
atau jati diri. Tarbiyyah datang dari semua segi kehidupan kita.
Proses perubahan terhadap diri.
Cetusan melalui penyemaian dan penyuburan benih ilmu dan iman, pengasuhan amal dan akhlak serta pengukuhan iltizam.
Untuk apa sebenarnya tarbiyyah ni?
Ke arah penegakan amal islami dalam konteks Jama'ah Islamiyyah.
Surah Al Hujurat ayat 7:
"Dan ketahuilah kamu bahawa di kalangan kamu ada Rasulullah. Jika dia menuruti kamu dalam kebanyakan urusan, nescaya akan menyusahkan kamu, tetapi Allah menjadikan kamu mencintai iman, dan menjadikannya indah dalam hati kamu, serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, dan kefasikan dan kederhakaan. Mereka itulah orang yang mengikuti jalan yang bijaksana."
Tarbiyyah yang paling hebat berlaku pada zaman Rasulullah sallahu alaihi wasallam.. Lihatlah bagaimana, baginda mentarbiyyah para sahabat. Saidina Umar Al-Khattab yang sebelumnya berperwatakan kasar, sehingga mengalirkan air mata mendengar bacaan ayat-ayat suci al-quran. Yang kita ni, ayat yang di baca mengenai balasan api neraka pun, macam tak ada perasaan je. Kalau dengar tok imam menangis sayu, baru nak menangis sekali. Bukan sebab faham tapi sebab sayu je. Sedih. Huhuhu.. Sebab apa? sebab baca al-quran baca saja-saja. Konon sibuk sampai tak sempat nak tadabbur. (untuk diri sendiri. orang lain jangan terasa)
Kerana tarbiyyah dari 'full container' yang dapat sumber terus dari Allah ni la, maka kita pada hari ini berpeluang untuk merasa nikmat Islam dan Iman. Macam tin, kita susun tinggi-tinggi. Tinggi sangat, setinggi gunung everest. (Hiperbola lagi...) Kemudian, kita isi tin yang berada di puncak dengan air tanpa henti. Yang terkemudian pun akan mendapat hasilnya juga. Kita tengok alirannya. Terus mengalir, kalau betul susunannya. Sanadnya pada Nabi Muhammad s.a.w.. Asal sahaja tiada kelompangan pada susunan tin berkenaan.
Wallahua'lam
* bersambung...
p/s: Tapi, kalau bekas berisi tapi isi berkenaan tidak digunakan, tetap 'useless'. Lama-lama peram, busuk akhirnya.
Banyak benda yang kita buat/cakap kat dunia ni, Allah bayar cash. Ditarbiyyah secara langsung, kita terus fikir on the dot, dapat faham dan jelas dengan segera. Pasti menguntum ukhuwah yang indah sebab sama-sama berhadapan dan mencari solusi. Tidak terpilih? Container ini barangkali tak miliki 'ruang' yang besar, untuk menerima 'isi' yang baik atau Allah sedang mentarbiyyah dengan cara yang lain. Sesungguhnya, ianya lebih perit.. T_Tv
No comments:
Post a Comment