~~~MOTIVASI~~~
Salam dari seorang Umairah....
Adakah anda seorang yang bermotivasi?? ..
Maksud saya, sentiasa bermotivasi...???
Kalau ya, maka anda adalah orang yang beruntung.....
...
Tidak semua orang sentiasa bermotivasi...
Kadangkala bila diuji sedikit kesusahan ataupun kesenangan akan membuatkan motivasi kita luntur... Semangat untuk melakukan sesuatu tugasan pun akan hilang...
Sudahnya, terjadilah kerja-kerja di minit-minit terakhir ( tapi ada sesetengah orang memang suka kerja last minute, barulah mencabar - helah bela diri... huhu)
Entahlah, kerja last minute ni seronok sebab ia dapat ajar kita bertindak dengan tenang pada saat-saat genting... (tenang la sangat)... Tapi percayalah ianya tidak bagus untuk kesihatan anda, dan sila jangan mencuba jika anda tidak biasa melakukannya..
Kali ini saya rasa terpanggil untuk berkongsi tentang motivasi....
Kenapa motivasi penting sehinggakan ianya merupakan satu sub topik dalam mata pelajaran EDU 3103: MURID DAN ALAM BELAJAR, bagi guru pelatih semester 2 program ijazah sarjana muda perguruan???
Mestilah penting kan?? Kalau tak, buat apa kita belajar....
Mesti la penting, cikgu-cikgu kena la tahu, keadaan anak-anak murid sebelum nak ajar mereka semua...
- saya dah sedia.. saya dah sedia-
Ini tak, anak-anak murid belum bersedia tapi dah disumbatkan dengan pelbagai maklumat.. Itu yang menyebabkab maklumat berkenaan tidak di tukarkan kepada ilmu pengetahuan... Tidak melekat dalam fikiran... Sudahnya, murid ke sekolah untuk sekadar menerima maklumat bukan menimba pengetahuan...
Jangan cepat menuduh dulu... cikgu-cikgu pun tiada pilihan... Hambatan silibus membuatkan cikgu terpaksa mengajar juga walaupun murid-murid sudah tidak dapat menerima... Entahlah, dalam situasi ini, kita tidak boleh mengagak siapakah gajah yang bergaduh dan siapakah pula pelanduk yang mati tersepit di tengah-tengah... (apakah????)
Kembali kepada tajuk, motivasi sebenarnya merupakan satu penggerak dari dalam hati seseorang untuk melakukan sesuatu tindakan demi mencapai matlamat. Sebagai seorang pelajar, dan sekiranya kita melihat dari konteks pendidikan, matlamat yang ingin dicapai ialah memperoleh kejayaan dalam pelajaran dan juga untuk membentuk tingkah laku yang bersesuaian dengan norma hidup insan yang berguna kepada agama, bangsa, dan negara.
Kalau nak tahu juga, motivasi ini terbahagi kepada dua iaitu, motivasi intrinsik(dalaman) dan juga motivasi ekstrinsik (luaran) .. Jadi mesti dah dapat teka kan??? Mestilah motivasi intrinsik ini merupakan satu dorongan yang berpunca daripada dalaman individu, misalnya minat dan keinginan seseorang terhadap sesuatu.. Manakala bagi motivasi ekstrinsik pula hasil daripada faktor luaran seperti ganjaran berbentuk material yang akan diperoleh apabila sesuatu matlamat dicapai....
Sebenarnya saya ingin berkongsi tentang satu teori yang terdapat dalam pengajaran motivasi ini iaitu teori EKSPEKTANSI X NILAI... Maksud kepada teori ini ialah, ekspektansi (harapan seseorang untuk mencapai matlamat yang dituju) dan nilai pula merupakan sejauh mana matlamat yang ingin dicapai memberi makna kepada kepada individu berkenaan... Menurut teori ini, seseorang individu akan dikatakan bermotivasi dalam menyempurnakan apa-apa pekerjaan yang dilakukannya sekiranya dia menyedari kenapa dia melakukan tugasan berkenaan dan dia percaya tugasan berkenaan dapat mendatangkan manfaat kepada dirinya....
Maknanya. kita memerlukan kedua-duanya untuk menjadi seorang yang bermotivasi. Rumusnya begini;
Ekspektansi x Nilai = Motivasi
Jikalau salah satunya adalah sifar, maka hasilnya motivasi kita juga akan menjadi sifar..
Kadang-kadang akan berlakunya situasi dimana, kita mengharapkan sesuatu kejayaan, tetapi kita tahu kejayaan berkenaan tidak ada nilainya pada diri kita... Kadang-kadang kita juga tahu yang apa yang ingin kita capai itu sangat berharga, tapi kita tidak punya cukup kekuatan untuk berharap.... teringat pulak satu lirik lagu..dah lupa siapa yang nyanyi lagu ni...
Aku berhenti berharap,
Dan menunggu datang gelap,
Sampai nanti satu saat,
Tak ada cintaku dapat.......
(kalau tahu, nyanyilah.. huhu)
Salah satu situasi yang pernah dialami ialah sewaktu sekolah menengah dulu... Rasa macam dah tak boleh nak carry subjek sains... Almost give-up... Memang tahu kalau kita dapat kuasai subjek-subjek ini kita akan dapat masa depan yang lebih cerah.... Tapi pendek kata, memang dah berhenti berharap... macam lagu kat atas.... Saya memang tak meletakkan harapan yang tinggi... Saya cuma berpegang pada satu kata-kata ini sahaja...
" Berusahalah tanpa mengenal putus asa... Sekalipun kita sudah berputus asa, berjuanglah!!!! walau dalam keadaan berputus asa..."
Berbekalkan kata-kata ini, dalam keadaan putus asa, saya berusaha sekadarnya... Al-hasil, keputusan SPM bagi ketiga-tiga subjek, hanya cukup makan.... Well, let by gone.. be by gone... Al-hikmah, Allah s.w.t memberikan sesuatu yang lebih baik buat saya... InsyaAllah... sebagaimana firmanNya;
يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَۚ
... Allah mengetahui apa-apa yang ada di hadapan mereka dan mengetahui apa-apa yang di belakang mereka dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmuNya melainkan apa yang dikehendakiNya segala sesuatu urusan...
Kalau kita tengok dalam al-Quran pun ada dinyatakan tentang pentingnya kita usaha untuk mencapai matlamat, malahan semua itu dah diterangkan sebelum keluar teori di atas lagi.... macam dalam surah Al-Rad ayat 11.. kita biasa dengar ayat ni... (=
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡۗ
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka...
Tapi, teori ni kita kena belajar takut2 keluar exam.. kalau tak baca tak ingat.. kalau tak ingat, tak leh jawab... kalau tak boleh jawab?????
sendiri mau ingat larrrr....
- paper untuk subjek ni pun dah tamat sebenarnya, yang penting aplikasikan apa yang kita belajar... barulah ilmu itu bermanfaat .... bagaikan buah yang masak ranum pada sebatang pokok yang tumbuh merendang-
No comments:
Post a Comment