Pages

Tuesday, November 16, 2010

PEMIMPIN 2



Salam dari seorang Umairah,

Alhamdulillah sudah selamat sampai ke rumah,
Seronok tidak terkira,
Disambut si Comel anak beranak,
Entah mana lagi seekor,
Mungkin masih tidur,
Kata Amin dua-dua baby kucing tu demam,
Kesian pula,
Mungkin sejuk kot,
Sekarang musim hujan....

Setiap kali naik bus,
Macam-macam ragam dapat kita jumpa,
Pengalaman kali ni agak menyeronokkan juga,
Jumpa seorang pak cik dari Singapura,
Saya duduk single seat,
Dia bersebelahan dengan saya,
Saya dan beberapa orang senior sem 6 berborak dalam loghat Kelantan,
Pak cik tu kemudian menimbulkan persolan

Pak Cik: Dua seat kat belakang ni kosong ke??

Saya : Mungkin bus akan berhenti lagi lepas ni pak cik...

(dalam hati agak kehairanan, pak cik ni tak de lohgat Kelantan pun)

Lantas saya bertanya;

Saya : Pak Cik pergi Kelantan ni nak pergi mana??

Pak Cik : Pak cik nak pergi sambut raya dekat Nik Aziz... Pak cik tiap-tiap tahun raya
sana..
Pak cik ni dari Singapura....

-Sambil menunjukkan kad pengenalan Singapura-

Dalam hati saya terdetik lagi, hebat sungguh Menteri Besar Kelantan ni.. Sampaikan seorang pak cik yang dah tua pun sanggup datang dari jauh semata-mata untuk merayakan Aidiladha bersama dengannya.. Mulanya saya ingatkan kerana pak cik ni ingin merasakan ataupun kerana rindukan suasana Aidiladha yang meriah di sebelah Pantai Timur, tapi bukan kerana itu rupanya...

Perbualan kami terhenti apabila ada seorang lelaki dewasa duduk antara kami. Ibu bapa lelaki berkenaan memenuhi dua tempat kosong dibelakang sekaligus menjawab persoalan pak cik tadi. Dua tempat kosong itu telah diduduki...

Lebih kurang pukul 2.00 pagi, bus berhenti untuk persegaran (merehatkan diri bagi pemandu bus, dan penumpang mengambil kesempatan untuk ke tandas dan mengalas perut)... Saya cuma ke tandas dan membeli roti serta air... Saya melihat pak cik tadi sudah berada di atas bus...


Saya : Pak cik tak turun ke??

Pak cik : Dah tadi, tapi pak cik tak makan. Tak reti la pak cik nak makan pagi-pagi macam ni...

Dia menyambung lagi.. Ingin bercerita...

Pak cik : Pak cik memang tiap-tiap tahun sambut raya kat Kelantan. Dah banyak tahun dah.. Nik Aziz ni bagus.. Rumah dia dekat dengan surau.. nak bandingkan rumah dia dengan rumah kita, lagi besar rumah kita... Waktu yang isteri Menteri Singapura meninggal hari tu dia datang ziarah......

Saya sekadar mengangguk dan mengiyakan...

Itu antara ringkasan dialog antara saya dengan pak cik tu.. Seronok naik bus ni apabila dapat berjumpa dengan ramai orang dengan bermacam ragam dan pelbagai cerita...

Kesimpulan yang saya dapat buat ialah, apabila menjadi pemimpin, sentuh hati orang dengan akhlak yang mulia seperti rendah hati dan menghormati orang lain, maka orang akan menghormati kita...

Kesimpulan ni bukan saja-saja tau.. Dalam Quran pun ada cakap;

Allah berfirman dalam surah al-Syu'arak, ayat 215;

Mafhumnya: "Dan hendaklah kamu merendahkan diri kepada pengikut-pengikut kamu yang terdiri daripada kalangan orang yang beriman"

Hadis ini pula direkodkan oleh Muslim, yang bermaksud;

Aisyah binti Abu Bakar melaporkan;
Saya mendengar Rasulullah berdoa di dalam rumah saya, "Ya Allah, sesiapa yang mempunyai kuasa pemerintahan ke atas umatku, kemudian dia membuatkan umatku susah, berikanlah kesusahan kepada orang itu sendiri. Manakala bagi sesiapa yang mempunyai kuasa pemerintahan ke atas umatku dan dia mengasihi mereka, sama ada dengan kata-kata mahupun perbuatannya, maka kasihilah orang itu...."

Subhanallah, begitu dalam cinta Rasulullah terhadap kita umatnya yang tidak sempat menatap wajahnya.. Sehinggakan baginda mendoakan kebaikan terhadap pemimpin kita yang mengasihi kita.. Tinggal sahaja kita ingin memilih pemimpin yang dapat mengasihi kita.. Itupun kita masih gagal menilai... Yang mana kaca dan yang mana permata... Memang bukan senang untuk mencari cebisan permata dalam timbunan kilauan kaca yang menipu... Tetapi percayalah, kita seringkali juga menidakkan pandangan mata kita... Kilauan permata itu sangat terang, bercahaya, dan indah sekali, tetapi kita menafikan... Kita tetap memilih kaca.. Sudahnya, kita sendiri yang merasa tertipu.. Kemudian merungut dan mengata.. Natijahnya, kita sendiri yang menanggung dan kita sendiri rugi...

Kerana pilihan itu terletak di tangan kita, maka teman-temanku sekalian, buatlah pilihan yang bijak.. Jangan dikaburi dengan janji manis yang tidak pasti mampu ditunaikan...

melentur buluh biarlah dari rebungnya..

Wallahu'alam...

p/s: entry ni di'edit'.. masa ni kucing yang saya cakap tu dah meninggalkan kami sekeluarga...Amin dah tanam.. tak sempat nak tengok... kucing Tompok pula nampak cam sangat tak larat... mudah2an dia selamat..

5 comments:

  1. it's nice to be home...
    (try comment, sblm ni ad prob.. huhu)

    ReplyDelete
  2. jadilah pemimpin yg disukai Allah bukan disukai manusia..jadi pemimpin disukai manusia tidak smestinya membawa keharmonian sejagat tp mnjadi pemimpn yg disukai Allah sudah semestinya membawa kebahagian di dunia n akhirat..takziah buat kak umai yg kehilngn si dia..moga si tompok dipnjangkn usia..

    ReplyDelete
  3. salam! kak! hebat la pakcik tu~
    sgt seronok bc dialog ni~
    JUST cant imagine if i were there~ :)
    innallilah~ semoga rohnya dicucuri rahmat~

    ReplyDelete
  4. huhu...
    umur tompok pun x panjang...
    dia pergi hari pertama aidiladha..
    skrg abang die dah tak lalu makan...
    dah puas pujuk tapi tak nak jugak...
    kata umi, kne penyakit kot...

    ReplyDelete
  5. farisha_ipin: that pak cik is already 78 years old.. in the bus that night is quiet 'sejuk'.. he got cough sometimes.. but i believe that he is strong enough.. act, he share about many things.. but it is sumthing to do with politics, so...,hehe.. i guess u get my point (=
    (practise muet.. huhu., myb nxt year)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails