Pages

Monday, November 8, 2010

Pilih Antara 2: Lilin atau Pelita???

Salam dari seorang Umairah,

Salam buat yang bergelar Muslim,

Syukurlah dengan nikmat Islam yang kita warisi,

Tetapkanlah diri dalam mencari keimanan yang sejati....

Sama-samalah kita menjadi hambaNya yang sentiasa menghidup suburkan hati dengan rindu dan cinta padaNya...

InsyaAllah,
Selagimana hati kita ingin, pasti akan dipermudahkan.....



Lilin atau Pelita???

Kedua-duanya sifatnya menerangi,
Tanda banyak manfaatnya buat sarwajagat.

Andai diberi pilihan antara kedua-duanya,
Mana satu akan menjadi pilihan kita???

Dengan pelita,
alam jadi terang...



Dengan lilin, alam jadi bercahaya...


Dulu saya selalu dengar,
Guru umpama lilin,
Maka saya jadi terfikir,

Alangkah hebatnya pengorbanan seorang guru,

Sanggup membakar diri demi menerangi kehidupan anak-anak didiknya.
Sekarang saya bakal guru,
Saya jadi terfikir pula,

Sanggupkah aku membakar diriku???

Sekiranya aku mati 'terbakar',
lalu apakah nasib anak-anak didikku kelak???

Mereka akan meraba-raba dalam kegelapan...

Hilang arah tujuan,

Sedang jangka hayat sebatang lilin cuma buat beberapa ketika sahaja.
Saya jadi terfikir lagi,
Selepas aku, pasti ada lagi lilin lain yang sanggup membakar diri...

Pasti mereka juga sanggup untuk menyambung perjuanganku...

Kerana mereka juga cinta pada dunia yang kucintai ini,

Lantas, aku hampir menarik nafas lega...

Tapi tiba-tiba aku rasa bagai ada yang tidak kena, Sehingga membuatkan aku terfikir lagi..
Kanak-kanak hari ini tidak sama dengan kanak-kanak sezaman denganku...

Apakah masih ada yang sanggup menjadi penyuluh buat mereka...????

Entahlah...


Lalu,Saya terfikir; "Bagaimana pula kalau saya jadi pelita?"
Analoginya pelita pada pandangan peribadi saya adalah seperti ini,

Kita lihat pelita pada sifatnya,

Masih sama seperti lilin,
Iaitu menerangi yang berada disekitarnya.
Tapi dia tidak membakar dirinya,
Minyak tanah menjadi mangkin kepada nyalaan api,

Pada manusia,
Minyak tanah itu umpama ilmu,

Andai manusia itu berilmu,

Maka ianya akan 'bersinar' seperti kilauan cahaya api pelita,
Tanpa ilmu,
manusia tidak akan berguna apa-apa,

Dunianya gelap gelita dan dia juga akan menyusahkan orang lain.
Tapi,
Minyak tanah yang digunakan akan habis jua akhirnya,

Lantaran itu,

Bagi memastikan nyalaan pelita bersinar cemerlang,

Minyak pelita perlu sentiasa ditambah,
Sama juga pada manusia,

Ilmu perlu sentiasa ditambah agar tidak tampak ketinggalan zaman.
Minyak tanah yang tidak digunakan pula akan rosak,
Kelak dibuang kerana tidak berguna lagi,

Begitu juga dengan manusia,

Ilmu yang tidak digunakan lama-lama akan hilang,
Kerana manusia itu resminya mudah lupa,

Apatah lagi kalau yang namanya itu Bangsa Melayu.
Mesti ada yang berpendapat,
Zaman sudah moden,
Kita sudah ada lampu suluh,

Lampu kalimantan juga ada dimana-mana,
Dunia tidak memerlukan lagi pelita,

Apatah lagi lilin,


Saya tergelak...

Betul juga..

Tapi saya masih juga terfikir lagi.


Fikir saya,
Manusia, manusia...

Apakah ada jaminan semua yang kita miliki pada hari ini akan kekal selamanya??
Lalu bila sampai satu saat tiada lagi cahaya lampu,

Waima untuk seketika,

Saat keputusan bekalan elektrik,

Kita sudah teraba-raba dalam kegelapan...

Ini kan pula jika tiba-tiba Allah ingin mengambil kembali semuanya dipinjamkan,

Lalu apa kata kita,
Pasti tidak terkata apa-apa...


Maka, Fikir-fikirkanlah,
Lilin atau Pelita.....

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails