Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum w.b.r..
Salam dari seorang Umairah...
Lafazkanlah rasa syukur pada Ilahi, kerana kita telah dibesarkan oleh ibu bapa kita sehingga menjadi 'insan', kerana ada yang tidak berpeluang merasai semua itu. Kita telah diperlakukan selayaknya sebagai manusia, bukannya DIBIARKAN ditepi tong sampah, DILONTARKAN ke dalam tong sampah, DILEMPARKAN ke dalam sungai. Yang baik sikit, diletakkan ditangga masjid ataupun di depan rumah orang. Lazimnya, kerana anak ini lahir tanpa kerelaan, tanpa diri si ibu sendiri bersedia untuk menjadi ibu. Lantaran salah sendiri, bayi kecil yang baru menghirup bau dunia menjadi mangsa. Tidak dibenarkan hidup oleh ibunya sendiri.
Teringat akan kisah Yukabid yang telah menghayutkan Nabi Musa di Sungai Nil. Sang ibu yang diilhamkan berbuat demikian, moga-moga arus sungai Nil akan membawa utusan Allah ke tempat yang jauh, agar anak itu terselamat dari angkara Firaun yang kejam. Namun, takdir Ilahi menentukan segala-galanya. Peti yang mengisi Nabi Musa hanyut ke dalam kawasan larangan Firaun. Sekali lagi, Allah merencanakan yang lain. Dengan izin Allah, anak itu telah diselamatkan oleh permaisuri Firaun iaitu Asiah.
Yukabid seorang ibu yang penyayang, yang menghanyutkan anak kecilnya ke sungai kerana sayang yang menebal demi menyelamatkan nyawa anaknya yang dikasihi. Perbuatan menghayutkan anaknya itu, dibuat dengan teliti dengan meletakkan anaknya didalam peti. Malahan hati kecilnya begitu sayu untuk melepaskan bayinya itu. Disuruhnya pula Maryam memerhatikan ke mana arah hanyutnya peti itu.
Saya pernah dengar satu fakta. Sama ada betul ataupun tidak kesahihannya, tak dapat dipastikan. wanita yang mengandung tanpa ikatan perkahwinan yang sah, nikmat sakit melahirkan anak tidak akan mereka rasai. Tidak la pula saya tahu bagaimana rasanya mengandung ataupun melahirkan anak sebab tidak pernah ada pengalaman. Tapi macam-macam la kan ceritanya. Yang paling menyentuh hati bila ada yang cakap, "Melahirkan anak ini, merupakan sakit yang membahagiakan". Itu tak masuk lagi bab-bab alahan waktu mengandung. Tak boleh hidu makanan bergoreng, nanti muntah-munta, yang hilang selera makan, yang bertambah selera makan pun ada, yang mengidam macam-macam. Nak makan daging rusa hutan, nak makan durian belanda (waktu tu bukan musimnya), nak makan telur penyu (sekarang ni, penyu pula makin pupus), nak makan masakan suami je, tak nak orang lain masak dan macam-macam lagi.
Hehe.. baiklah setakat itu sahaja mengenai ibu mengandung. Sebenarnya saya bukan nak bercerita mengenai perempuan yang mengandung, tapi betina yang mengandung. Betina??? Ini bukan kata nama yang menunjukkan seorang perempuan yang berperangai tidak elok, tetapi merujuk kepada haiwan berkaki empat, berdarah panas, dan....... sangat comel. Macam gambar kat bawah ni.....
hoho.. Kucing ini sangat besar. Berapa agaknya berat kucing ni?
Kami sekeluarga ada memelihara seekor kucing betina, tidak bernama. Panggil Meow je, biasalah orang kampung. 'Master' kepada kucing ni ialah adik yang nombor 4, seorang pencinta haiwan. Rasanya, dia sangat sesuai bekerja dengan PERHILITAN. Sesuai benar dengan jiwa dia. Dia macam pelatih pada kucing ni, dan dia jugalah yang selalu bagi makan pada kucing tu. Dalam bulan lepas si ibu kucing ni baru kehilangan tiga ekor anak iaitu Si sulung Brazil, dan adik kembarnya. Sedih betul adik saya. Dia la yang tanam ketiga-tiga ekor kucing tu. Tetapi, sekarang ni, ibu kucing tu agaknya dah bunting lagi. Perutnya dah mula membesar dan ada beberapa perangai pelik yang dia tunjukkan.Antaranya;
- Dia selalu tidur atas sofa. Sebelum ni dia tak pernah pun buat macam tu. Dia biasanya tidur kat luar rumah je. Jadi bila waktu siang dia suka tidur kat dalam rumah, waktu malam dia akan mengiau la nak masuk tidur kat dalam. Bila sofa tempat dia selalu tidur tu ada orang yang duduk, dia beralih kat kerusi makan dapur.
- Pernah sekali, dia naik tidur atas kabinet dapur yang paling tinggi. Larat pula dia panjat dengan perut yang besar tu.
- Kerjanya sekarang ni, cuma tidur sepanjang hari. Dia bangun untuk makan sahaja. Tidak ada hasil tangkapan seperti cicak lagi di luar rumah, pada waktu pagi. Dia kelihatan sangat penat. Orang kacau dia tidur pun, dia tak bagi respon.
- Dia sangat kuat makan sekarang ni. Kalau diturutkan kemahuan dia tu, mahu nak kena bagi makan sampai lapan kali sehari. Sekarang ni pula, musim hujan. Lagi la dia nak makan banyak.
- Dia juga cuba melilau di dalam rumah. Dia ada agenda tersembunyi sebenarnya, iaitu mencari tempat tersorok dan terbaik serta selesa untuk melahirkan anaknya. Kena berjaga-jaga ni. Tak kena cara, dia bersalin dalam almari pakaian.(Minta dijauhkan)
Itu la sebahagian tabiat kucing ni yang dapat diperhatikan buat masa sekarang. Tapi bimbang jugak kalau tanda-tanda ini hanyalah menunjukkan dia sedang bunting palsu. Ada ke bunting palsu?? Ha, kalau nak baca fakta mengenai bunting palsu, sila klik sini.
Comel kan??
Dan, kalau nak baca selanjutnya tentang tanda-tanda seekor kucing betina tu dah bunting, klik sini.
Sekarang, jom kita tengok beberapa gambar kucing yang sangat comel. Sumber Google Image. (dua gambar kat atas pun sama)
Eh, tepi la sikit!! Sempitnya.. huhu |
Bangun pagi, gosok gigi... untuk kesihatan mulut, gunalah Colgate... |
Oh, indahnya mimpi ini. Tak nak bangun la.. z.z.z.z.z |
"Janji tau, kita terjun sama-sama". u jump, i jump.. |
Macam pasangan 'suami isteri' yang sangat bahagia... so sweet.. |
Kasihnya ibu... (= |
Renungan: Petikan-->(http://mitra-bisnis.tripod.com/ckucing.htm)
TERSEBUTLAH, sebuah kisah, yang terjadi di zaman Nabi Muhammad SAW, ada seorang wanita Arab yang kesal dan marah kerana tidak suka melihat kucing, ia kemudian memenjarakan kucing hingga berhari-hari dan sama sekali tidak diberi makan, sampai akhirnya kucing itu mati.
Maka tatkala perilaku wanita itu, diberitahukan kepada Rasulullah, bukan main Rasulullah marah, dan mengatakan bahwa wanita itu kelak akan masuk dalam neraka.
Seorang ulama besar, yang dikenal sebagai pengumpul hadits bernama Abu Hurairah, dikenal dalam sejarah Islam sebagai orang yang sangat mencintai dan menyayangi kucing. Kerana kecintaan dan kedekatannya, dia mendapat julukan “Bapa Kucing”.
Sayangilah kucing anda.. (=
No comments:
Post a Comment