Pages

Monday, July 10, 2017

Menjadi Ibu Part 2

Assalamualaikum again.

Hihi

Lama nau kan nak kena online. Jadi kita taipla lagi ye.

Sebenarnya, tadi masa part 1 nak tulis tentang kerisauan menjadi seorang ibu. Sebenarnya menjadi seorang ibu tu, selain mengandung dan bersalin, kerisauan sepanjang membesarkan anak itulah yang sangat berat untuk ditanggung oleh seorang ibu.

Seorang ibu ni, lebih-lebih lagi menjadi ibu yang dalam masa mempunyai kerjaya sangat mencabar. Tidak dapat melihat anak membesar sepenuhnya di depan mata.

Apa yang anak buat di rumah pengasuh.

Apa yang anak makan.

Baik kah dia di sana.

Dan perkara yang sangat dikhuatiri oleh seorang ibu adalah kesihatan anak-anaknya.

Lebih-lebih lagi bagi anak yang lasak dan sering terjatuh.

Sobsss

Yusra selalu jatuh. Setiap kali Yusra jatuh, terasa seperti gagal untuk menjadi seorang ibu. Dalam seminggu mesti ada dia jatuh. Dah macam-macam gaya dah. Terlentang, menyenggeng, jatuh katil, terhantuk. Rasanya macam semua dah. Kesian Yusra.

Umur baru 11 bulan. Dah macam-macam dia rasa. Rasa takut, rasa bersalah. Macam-macam.
Saja nak meluah perasaan je sebenarnya ni. Huhuhu.

Sekejap dia duduk, dah terlentang. Kadang dua-dua abi dan ibu ada je berdekatan. Tapi sebab terleka tengok tv ataupun tengah makan, tiba-tiba dummm.. jatuh dah Yusra. Setiap kali Yusra jatuh, hati ibu ni yang rasa sakit, mata ibu yang berair. Huhuhuhuhu

Penat rasanya fikir yang bukan-bukan. Tapi nak fikir positif selalu pun macam tak boleh jugak. Macam-macam momokan orang sekeliling. Huhu. Sampai setiap kali Yusra jatuh, setiap kali tu la google. Based on reading, tak adala yang merisaukan since dia masih boleh bermain dengan riang gembira. Even dah banyak kali baca pun still tak dapat nak absorb tekanan tu. Mungkin sebab ibunya guru PPKI kan. Hari-hari berhadapan dengan anak-anak istimewa. Jadi kegusaran itu makin besar.

Tambah rasa bersalah setiap kali memandang mata comel dak cheeky ni. Tak banyak menangis siap cak-cak walaupun jatuh. Kuat sangat kamu, nak. Semoga lepas ini, ibu akan lebih berhati-hati menjaga kamu ye, Yusra. Semoga terus membesar dengan dengan kuat dan menjadi solehah pintar. Menjadi kesenangan hati ibu abi dan mengamankan ummat.

Nota kaki: Ini ibu baru risaukan Yusra seorang. Macam mana la kalau Yusra ada adik-adik nanti. Yusra tolong ibu jaga adik-adik ye. Uhuk

Menjadi ibu Part 1

Assalamualaikum w.b.r.

Salam cinta dan kasih sayang.

Sempat pula update blog hari ni kan. Selepas setahun lebih. Ke dah dua tahun?

Sebab kena menghadap erpi dengan line yang tersipu-sipu malu. Makanya kita menerawang la sekejap-sekejap ke blog kita.

Dalam tempoh tak update blog ni sebenarnya macam-macam yang berlaku. Dah selamat menjadi seorang isteri dan juga alhamdulillah dah menjadi seorang ibu. 2 fasa dalam kehidupan yang sumpah tak sama dengan fasa bujangan yang lebih santai (ni dalam definisi dan kondisi saya la. orang bujang lain ada yang lagi busy dari orang berkahwin. banyak komitmen kerja, jemaah dan juga ibu ayah. tak sama ye, lakaran kehidupan kita ye kawan-kawan)

Sebelum kahwin memang kita nampak yang manis-manis kan. (One day nak tulis tentang proses taaruf dengan my mr engineer handsome) Terbayang la alangkah seronoknya berpegangan tangan sambil berlari dibawah lembayung senja. Ataupun bersiar-siar ditaman bunga, sesekali disengat lebah.

Hahahahahahahahaha

Hakikatnya.

Realitinya.

Tidaklah begitu. Well, ada la dalam sebulan dapat rasa semua tu. Lepas tu, kita akan terus dapat alami realiti hidup berumah tangga.

Tentang pengorbanan hati dan perasaan.

Tentang menguruskan rumah tangga.

Tentang bersabar dan terus bersabar.

Tentang merajuk.

Tentang bertolak ansur.

Tentang hidup dengan 'makhluk planet lain'

Dulu kita duk bayang-bayang nak hias rumah cantik-cantik. Nak kemas-kemas.

Sekarang kena belajar bernafas dalam timbunan kain.

Pinggan kadang tak sempat nak berbasuh.

Sapu sampah kadang berselang hari.

Mop apatah lagi.

Penat ke? Entah.

To be true, memang penat sebenarnya.

Sebab apa?

Sebab zaman bujang dulu saya tak memaksa diri sangat untuk jadi rajin. Natijahnya sekarang bila dah kahwin kita rasa susah nak buat semua tu.

Jadi, sangat penting untuk anak dara yang membaca blog ahkak ni untuk sedar tentang kepentingan mempersiapkan diri dengan kemahiran berumah tangga.

Memasak

Mengemas rumah

Mengurus pakaian

Mengendalikan anak kecil.

dan

MENGURUS EMOSI

Thats all for this time. To be continued..... :)

adiosss

Friday, August 8, 2014

Baik Cikgu Mati

Assalamualaikum w.b.r.

Alhamdulillah...

'Writing mood activate' kononnya. Tapi, InsyaAllah dalam mood untuk menghasilkan penulisan yang istimewa buat yang teristimewa. ^_^

Menempuhi hari-hari dengan anak-anak istimewa berjaya menyingkap sisi-sisi kesabaran dalam diri. Teori dulu kedengaran mudah tetapi boleh dikatakan tak sampai 20% pun yang digunakan.

Selebihnya, kita bergantung kepada keadaan murid. Seringkali terjadi, kata-kata yang diucapkan seolah-olah adalah teguran daripada Allah. Paling sentap ialah pernah sekali kata-kata ini diucapkan ketika pada kebetulan yang sama emosi berada pada kemuncak ketidakstabilan.

"Baik cikgu mati!"

T_T

Allah. Kita tahu mereka tidak berdosa kerana kata-kata yang keluar dari bibir mereka adalah di luar kawalan mereka. Lalu dibawah kawalan siapa?

Tentu DIA.

Sedih. Dah tentu saya sedih. Hampir gugur air mata. Serius saya kehabisan kata-kata. Bungkam.

Tiba-tiba terasa seperti diri ini tidak berguna. Tiada berkesan cara-cara yang digunakan untuk memegang hatimu, nak. Cikgu belum cukup usaha, agaknya ya?

Sungguh, pada waktu berkenaan, rasanya kecewa yang amat. Tak keterlaluan mengakui sampai pernah terfikir layangan tangan cikgu menyinggah pipi. Alhamdulillah, masih ada rasional dalam diri.

Kalau tidak pasti cikgu akan menyesal. Menyesal yang teramat sangat. Apalah yang nak diturutkan sangat pada kepongahan hati sendiri, kelak membawa rugi.

Sepatah kata sabar, begitu mudah ditutur. Namun, bukan mudah mahu membiarkan patah itu larut dalam diri lantas membentuk akhlak yang menjadi hiasan peribadi.

Lantas saya bersetuju dengan satu konklusi. Jalan ini tetap harus aku jalani, bukan dengan hanyut menjadi orang lain bahkan setia menjadi diri sendiri. Menggapai redha Ilahi itu lebih manis daripada berbahagia dengan pujian manusia.

Moga Allah mudahkan, moga hati juga terus tenang. Amin ya Rabbi...

Monday, August 4, 2014

Kandang Nafsu

Assalamualaikum...

Test2x..
First time update blog gne HP. kelass uolls... hoho... Alhamdulillah, lepas ni mudah2an makin banyak la updatenya. InsyaAllah.

aku telah membina kandang untuk ayam kamu,

ingat,
jangan ayam kamu saja yang kamu kandang,
kandangkan sekali nafsumu.

**scene dia nasihat adik dia jangan berjudi lagi.

Semalam duk menyembang dalam group wassup dengan dak Hanim. masa tu, saya la mulakan dulu dengan post lagu ungu-bila tiba ... sebenarnya lagu tu dah ada lama juga. tapi baru famous. agaknya lepas tragedi MH370, MH 17, pembantaian ataupun genoside Zionis terhadap Palestinian ni baru manusia mula rasa hidup bertuhan dan kembali berfikir yang kematian tiba tidak diketahui bilakah masanya..

Baiklah, berbalik kepada ayat yang tampalan di atas. Lagu bila tiba tu merupakan ost filem sang murabbi manakala ayat tu pula ialah petikan dialog yang diucapkan oleh sang murabbi.

Sebulan kita mengandangkan nafsu di bulan Ramadhan. Tetapi sedih bila akhiranya tersungkur di hari kemenangan. Allahu.

Thursday, July 31, 2014

RedhaNya

Bismillahirrahmanirrahim..... ^_^

Masa berlalu dan detik-detik terus dilewati.
Musim berubah begitu juga dengan insan yang berada di sekeliling kita.
Silih berganti.
Tidak akan selamanya kita akan tetap berada dalam momentum yang sama.

Mungkin tiba masa untuk kita kembali muhasabah. Melihat kembali matlamat yang kita teguhkan dalam hati kita suatu ketika dahulu. RedhaNya yang kita dambakan pada satu detik, beransur sirna. Terganti dengan kepuasan hati manusia... Allah

Istiqamah bukan mudah.
Payah.
Jerih.
tapi manis diakhirnya.

Bertahanlah.

Wednesday, July 9, 2014

Kembali Menulis, InsyaAllah... ^_^

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, tak sangka dapat menulis lagi dalam masa yang terdekat. Ada sebabnya yang menjadi pemangkin kepada saya untuk menulis lagi.

Jeng.... Jeng... Jeng...

Apakah sebab itu.....?

Haaa, saya mungkin belum ceritakan lagi yang  currently saya tinggal di Rumah Guru. Kejiranan saya, semuanya cikgu-cikgi warga sekolah SK (LKTP) Chini Timur 2. Yang menariknya lagi, saya tinggal serumah dengan dua orang ibu taw. Yang berPJJ dengan suami masing-masing. PJJ pun boleh jadi satu cerita juga, tapi tu kita cerita dalam post lain la pula ye.

"Errr, menarik sangat ke?"

"Sangat menarik kot.... Fefeling ibu-ibu sikit.... teeeeeeet... Apekah kesengalan ini?" hoho

Selaku bujangan, saya seringkali berhadapan dengan situasi 'krik-kri'k apabila para ibu-ibu atau bapa-bapa di sekolah bercakap tentang anak masing-masing di sekolah.

"Anak aku sakit la semalam. Risau betul. Dah dua hari cirit birit"

"Kau tahu, pagi tadi anak aku liat betul nak bangun. Puas aku nak kejutkan"

"Akak, semalam anak kite dah boleh merangkak"

"Umai, akak nak cerita dengan kau ni, waktu akak nak bersalin dulu, akak sampai minta maaf dengan suami tau. Nangis-nangis akak. Eh, kau jangan gelak mai. Takut taw! Buat nye nyawa akak sampai kat situ"

Hukhuk.


Here and there, they are talking about their kids and routine. Mulanya rasa macam, "Eh macam dah tak ada topik lain nak bincang. Kenapa kita tak sembang tentang Gaza ke, Palestine, GST, Hudud, dan sebagainya isu lain."
 

But then, after I go through the situation. Barulah saya sedar yang, semua itu yang membentuk watak penyayang dalam diri mereka sebagai seorang guru. Senyumnya, keceriannya, gurau sendanya, sangat menampakkan watak seorang guru. Dunia mereka adalah menyantuni golongan kanak-kanak. Menjaga dan bercerita tentang anak masing-masing adalah cara yang terbaik untuk mereka memahami dan menjaga anak didik masing-masing. Sampai sekarang, saya masih begitu mengagumi aura keguruan rakan-rakan sekerja saya. Saya suka melihat mereka berada dalam kelas, sinar yang terbit dari mata anak-anak didik mereka. Ceria melihat mereka masuk ke dalam kelas. Ianya perasaan yang sangat indah, seperti terbang di awangan, ditemani pelangi yang keriangan. Jua marah dan rajuk menjadi drama yang mencuit hati untuk ditonton. Pasti kerana sayang, maka sesekali atma anak-anak dibentak.

Dan saya menjadi pemerhati setia. Mencatat tips-tips penting parenting dalam kepala sahaja. Lalu, saya pun berkata kepada diri, kenapa saya tidak mencatat sahaja di blog. Setidak-tidaknya, boleh saya gunakan pada masa-masa akan datang. Kalau catat dalam kepala, selalunya cepat je lupanya. Jadi lepas ni, akan ada rentetan post bertajuk TIPS PARENTING... InsyaAllah, saya pun nak beli buku Prophetic Parenting nanti, sebab nak tengok perkaitan yang kakak-kakak dan abang-abang saya di sekolah tunjukkan ni dengan cara yang Rasulullah buat. InsyaAllah.

Catatan,
Siti Umairah Othman
11 Ramadhan 1435 H
Felda Chini Timur 2

Friday, July 4, 2014

BM oh BM !! ^_~

Assalamualaikum w.b.r....
 
Saya pernah bertekad untuk tidak memberikan komentar bertulis tentang Baitul Muslim sehingga saya sendiri melalui fasa berkenaan. Kenapa? Haha. Of course la sebab orang yang layak untuk menulis tentang Baitul Muslim itu adalah insan yang pernah melalui fasa itu sendiri. kui3x....

Tetapi, makin ditahan rasanya makin membuak-buak  rasa ingin menulis. Makin disimpan makin banyak yang terluah pada tempat dan masa yang tidak sepatutnya. Maka, demi menjaga nama sebuah ikatan yang suci, maka ada baiknya saya menconteng blog sendiri. Kang tulis dalam facebook, banyak nau spekulasinya. Hahaha... Ini semua poyo! Ngeh3x..

Kita yang pernah duk dalam rahim dakwah tarbiyyah pasti tahu maratib amal. Kalu dop tahu, siap sedia la nak kene rendam dalam air sejuk pukul 3 pagi. Giler! Kejam kot tarbiyyah sampai kene rendam. Doh mung dop khabar ekpun, quran dah tinggal berbulan-bulan dop sedor. Time orang buat ke mung, khabar pulok mung kate tarbiyyah tu kejam.  Ambe dop kate ke orang lain, boh. Ambe kate ke diri ambe sendiri, boh. Kalu terasa jugok, pakat kite beruboh. Kiamat dekat doh, syurga bukan boleh main booking free2x...
 
 

dear readers,
Step by step:

1. Individu Muslim
2. Keluarga Muslim.
3. Mujtama' Muslim
4. Kerajaan Islam.
5. Daulah Islamiyyah.
6. Khilafah Islamiyyah.
7. Ustaziatul A'lam.

Yang duk sebut BM oh BM itu, adalah step yang kedua.

Common question:

"nti dah settle BM ke belum?"

"bile nak kawen?"

"Taaruf dengan siapa"

hohohoho.... itulah soalan yang senang ditanya, tapi susah giler weh nak jawab. Sudahnya.

"Diam itu lebih baik. Sabar itu sangat indah. Penantian itu satu jalan mendapatkan pahala dan doa itu sebaik-baik senjata"

Hahahaha... Itu semua jawapan dalam hati. Terngiang-ngiang dalam benak fikiran. Bisu pada lisan. Menghiris tangkai hati. Lazimya, buat senyum kambing, sambil mata berkelip-kelip. Mohon kepada sebuah pengertian.

Dulu-dulu masa zaman kanak-kanak ribena ni, ambe dop care pun ke BM nih... Yang ambe tahu, kita ni kena all out, giving our best to the community. Melangkah ke semester 5 di kampus, semboyan BM mula kedengaran. Masa tu pun, atas keperluan komitmen, maka segala anasir-anasir ke arah itu cuba untuk diurus sebaik mungkin. Masuk ke tahun akhir. Fuh! Memang tak ada topik lain yang dibincangkan. BM, BM dan BM.
 
 
 
"Eh, mat tu BM dengan min ni la. Tak sangka betul"

"Uolsss tahu tak, ukhti ni BM dengan akh tu"

Gossip. Gossip dan Gossip.

Oh, dunia semata-mata.

Dari awal mengenal istilah BM, perkara yang terpasak teguh dalam jiwa ialah, apabila fardhul muslim kita dah sedia dan setel, maka insyaAllah itu maknanya kita sedia untuk  ke melangkah ke alam baitul muslim. Dah tu, yang muslimat dan muslimin yang masih belum berkahwin walaupun usia semakin bertambah tu bagaimana pula? Apakah mereka  belum bersedia? Bagaimanakah pula yang dikatakan telah bersedia? Oh kiranya mereka sampai bila-bila tak boleh kahwin?

Macam tu?

Dengan mata kepala saya sendiri saya telah menyaksikan seorang kakak yang sangat saya kagumi, walaupun usia sudah menginjak ke 30-an dan masih belum berkahwin namun himmahnya dalam perjuangan bahkan lebih hebat daripada para muslimin. Kelantangan, ketelusan serta istiqamah walaupun dalam keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan. Respect! Memegang taklifan penting, memimpin beberapa usrah, mengisi slot tamrin, menguruskan rumah anak yatim dan miskin serta menjaga ahli keluarganya yang lain kerana kedua ibu bapanya telah meninggal dunia. Tidak pernah saya dengar keluhan dari bibirnya. Tekun melayani sms orang kecil seperti saya yang baru mengenal lapangan sebenar. Sungguh saya menghormati dirinya.

People keep asking why you didn't marry yet? When you are going to get married?

Hal berkenaan adalah rahsia Allah yang kita sendiri belum ketahuan bila masanya. Ya, sudah tentu kita tahu KENAPA kita belum berkahwin dan hal ini ternyata berlaku kepada ramai muslimat.
 
Ramai muslimin memilih untuk berkahwin dengan muslimat yang berada di luar rahim dakwah dan tarbiyyah dengan alasan, takut dengan muslimat yang jauh lebih tsiqah berbanding dirinya sendiri. Manakala, seorang muslimat pula lazimnya meletakkan satu matlamat untuk berkahwin dengan muslimin yang sama-sama bergerak kerja, faham kehendak dakwah dan tarbiyyah. Dengan harapan, mudah bagi dirinya untuk terus men'itima'kan diri dengan perjuangan selepas berBM.

Masa berlalu dan musim berganti, kelihatan seperti jodoh sealiran tidak kunjung tiba. Boleh faham tak perasaan muslimat tu? Sejujurnya, saya sangat faham. Bukan seorang dua sahabat muslimat yang datang berkongsi rasa. Ramai. Manakala, ada segelintir dari kita pula sangat tega menghukum sukma sahabat yang lain dengan tujahan lisan seperti berikut:

"Enti memilih sangat ni. Ye lah, kalau tak kenapa sampai sekarang tak kahwin?"

"Kenapa enti pilih lelaki tu. Kan ramai lagi muslimin yang lain. Tak lalu UBM dulu ke, tanya dan sebagainya?"

Saya tak salahkan juga sahabat yang bertanya, tetapi saya jauh lebih memikirkan perasaan muslimat yang ditanya. Terluka kot hati dia. Tahu tak, dia seboleh-boleh dalam keadaan yang belum berkahwin ataupun berkahwin bukan dengan yang bukan sealiran jauh di sudut hati dia ada tersimpan keinginan yang dalam untuk melibatkan diri dalam gerak kerja. Sungguh. Percayalah.


Dia sudah mengenal maratib amal, dan dia tahu langkah selepas berBM ialah dengan usaha pembentukan mujtama' muslim. Lantas apa yang dia lakukan ialah terus menerus membantu masyarakat. Menjadi mata dan telinga masyarakat. Maka bertambah gentarlah muslimin dengan kehebatan dia.

Dari satu sisi yang lain, ada muslimat yang menerima muslimin yang bukan sealiran tetapi baik akhlak dan agamanya untuk berBM. Kerana apa?

Kerana wanita itu Allah kurniakan satu kelebihan yang tidak ada pada para muslimin. Rahimnya yang akan menjadi tempat tumbuhnya benih yang dengan harapan, mampu untuk menjadi anak panah Islam. Menyambung usaha dakwah dan tarbiyyah umminya, yang secara zahirnya tampak sirna. Tangannya sendiri mungkin tidak mampu menggoncang dunia, tetapi dia punyai impian besar agar anak yang diayun dalam buaian mampu mencipta masa depan ummat yang lebih gemilang.
 
Apapun, kita harus berbalik kepada satu perkara
 
"Sekali berada dalam jalan perjuangan, jangan pernah diangkat kaki untuk meninggalkannya"

 
   


Jodoh itu kisah yang belum pasti, kabur barangkali pada mata sesetengah orang. Tetapi jalan juang itu sudah sedia berada dalam genggaman. Maka peganglah erat-erat. Teruskanlah melangkah. Usah mudah goyah. InsyaAllah, laluannya memang bukan mudah, namun buahnya pasti indah.
 
Bagi yang berkira-kira, apakah sekiranya aku tidak berbaitul muslim makanya aku sampai tidak menyumbang kepada pembentukan mujtama' muslim kah?
 
Kita tengok balik kepada muwasafat tarbiyyah. Salah satu ciri peribadi muslim adalah bermanfaat kepada orang lain. Andai ditakdirkan kita ini tidak dapat mengumpul pahala dengan berbaitul muslim, maka jangan sampai kita menjadi fardhil muslim yang sia-sia. Setiap orang ada jodohnya, kalau tiada di dunia insyaALLAH tersedia di akhirat.
 
Berbaik sangka dengan Allah dan teruskan berdoa.
 
Sabar dan bertahanlah.
 
Cari keberkatan.
 
Tenanglah.
 
Wallahua'lam.
 
 
Catatan,
Siti Umairah Othman
6 Ramadhan 1435H
Chini Timur 2.

Friday, June 6, 2014

Kini, saya seorang cikgu......

Assalamualaikum w.b.r....

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...

Tiada lagi lafaz yang lebih indah melainkan kalimah hamdalah memujiNya yang Maha Esa, atas segala nikmat dan kurniaan. Dah hampir dua bulan sebenarnya saya menyandang title cikgu ni. Walapun sebenarnya belum sah jawatan lagi, tapi hari-hari yang dilaluinya banyak mengajar saya tentang erti kehidupan yang sebenar. Terkadang saya berfikir, adakah sebenarnya saya terlalu memberatkan fikiran tentang falsafah kehidupan sehingga terabai untuk menghadapinya? Entah.

Memang exactly tak sama apa yang saya alami sewaktu praktikum dengan menjadi guru sebenar. Tetapi ilmu dan pengalaman sewaktu praktikum banyak mempersiapkan saya untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.

Ramai yang bertanya,

"Bagaimana sekolah?"

"Seronokkah di sana?"

Well, I'm having fun here... at SK (LKTP) Chini Timur 2. All the teachers are awesome! The kids are intelligent and energetic. I just love the air, community and the feeling of 'belongs to'.

Alhamdulillah.

Here I stand and here I am. Whatever comes, I'll just face it. Allah is always there for me :)

Chaiyyok umai!!! ^_^







Sedikit warna-warni suasana di sekolah:







Wednesday, February 5, 2014

Saya yang bercakap tentang PERJUANGAN

[Ini cuma contengan. Bukan penulisan ilmiah mahupun karya sastera indah]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Senyum dulu.
Pandang langit biru.
Pandang pokok hijau.
Tarik nafas.
Alhamdulillah.

Tajuk nak gempak je kan? (Padahal tak gempak langsung). Gaya penulisan pun nak je berubah (depends on mood la kan) Sekarang tengah bersantai-santai tanam serai, jadi nak tulis yang santai-santai sahaja.

Macam-macam kalam perjuangan yang kita dapat baca kan:

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh." (At Taubah : ayat 111)

"Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki." (Ali Imran : 169)

"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah." (Al-Baqarah: ayat 207)


Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat.”
(Q.s.,at-Taubah:41).’


Semua orang pun ada perjuangan mereka masing-masing. Jadi semua orang boleh digelar sebagai pejuang. Bezanya cuma adakah kita menjadi pejuang yang disebut namanya ataupun tidak. Pejuang ideologi, pejuang keamanan, pejuang Islam, dan pelbagai lagi title pejuang yang lain. Makanya, dalam banyak-banyak perjuangan tu, mesti la ada pejuang yang akan melabel perjuangan orang lain salah, die punya sahaja yang betul. Bahkan ada juga yang mungkin menganggap orang lain di sekeliling tak faham perjuangan yang dia ingin bawa.

Haaaaa. Thats my point.

Benda simple je sebenarnya yang saya cuba untuk highlightkan. Bukan kisah orang lain pun. Dulu kan, saya selalu fikir, macam mana ye nak meyakinkan keluarga tentang perkara yang saya nak orang lain tahu, perkara tu betul? Macam mana ye, saya nak keluarga benarkan saya untuk terlibat dalam aktiviti yang saya suka buat? Macam mana dan macam mana. Dilema setiap kali balik bercuti sebab tak dapat nak keluar macam kebanyakan orang lain (plus duit sendiri pun tak de kan? ;)

As time goes by, saya sebenarnya bersyukur kerana saya dibesarkan dengan didikan yang sebegitu. Sedikit kongkongan tetapi ianya membolehkan saya belajar tentang limitasi dalam setiap hal yang ingin saya lakukan. Berbalik kepada adakah benar ibu dan bapa kita tidak faham perjuangan dan minat kita?

Hoho... Saya pun pernah rasa dan pernah cakap macam tu. Terasa kepoyoan berganda2x bila akhirnya saya sedar yang, "aku boleh cakap abah ngan umi tak faham perjuangan. sedangkan mereka yang terlebih dahulu berjuang untuk memastikan aku hidup hingga ke hari ni!!!" Allah. Sanggup cakap macam tu. MasyaAllah. Siapa la kita tanpa mereka. Kita mungkin selalu nampak matlamat. Jalan mana nak lalu tu, redah aje la. Sampaikan kita mungkin merosakkan jalan yang menyebabkan adanya kita menumpang di bumi Allah Taala ini.

Kita selalu nampak usaha yang jauh, sehinggakan kita tak nampak pada usaha yang boleh kita buat depan mata kita. Selalu nak ada perjuangan yang besar sedangkan kita terabaikan perjuangan kecil yang merupakan pintu kepada perjuangan besar. Keredhaan Allah s.wt itu terletak kepada keredhaan kedua ibu bapa. Apa salahnya bersabar seketika, bina kepercayaan, pegang keterikatan. Lain rasanya pergi bergerak kerja dengan restu ibu bapa dengan tanpa pengetahuan ibu bapa. Lain sungguh dan rasa macam ada bunga-bunga sepanjang jalan. Nak cakap, bahagianya rasa. Allah sahaja yang tahu.


Jadi, antara tips yang boleh digunakan untuk mengenggam kepercayaan ibu bapa untuk membenarkan kita bergerak kerja ialah:

1. Masa nak minta izin tu, kita tak buat ayat minta izin. Tapi ayat makluman.
"Abah kak nak pergi Agro Resort ni. Ada program"
Jangan tanya boleh ke tak. Memang la tak boleh jawabnya nanti.

2. Masa kita duk kat rumah tu, jangan la nak berlagak mem besar sangat. Tak nak buat kerja rumah. Masak pun tak. Of course la saya sendiri pun tak pandai masak. But at least kita try. Cuba buat sikit-sikit. Daripada kondisi baling ke dinding tak pecah, kepada boleh di makan pun dah ok. Walaupun rupanya tak berapa nak senonoh sangat pun, dah ada sikit peningkatan pun jadi la. Lain kali kita cuba lagi. Mak ayah ni suka kalau kita mencuba. Walaupun komen dieorang sekadar 'boleh la' tapi hati berbunga beb bila tengok nasi habis dimakan dan kek tinggal habuk je. Kalau yang lelaki tu, tolong baiki barang-barang rumah yang rosak, potong rumput, kemas bilik sendiri pun dah cukup mengembangkan hati mak ayah sebenarnya.

3. Kalau kita tahu yang kita tak boleh lepas dengan program jauh, kita pergi je la program yang dekat. InsyaAllah, sahabat akan faham. Kita tak boleh tergesa-gesa dan rasa macam nak buat semua. Yang mana kita boleh buat tu, kita buat pelan-pelan. Dan kalau perlu korbankan acara liburan, korbankan aja dong. Yang mana prioriti tu, kita dahulukan. InsyaAllah akan ada ruang lain untuk berlibur.

Jadinya, jom kita sama-sama berangkat dalam jalan perjuangan bersama redha ibu dan bapa.. ^_^

Monday, January 27, 2014

Where we belongs to?

Sebenarnya,
Tidak kira walau di mana kita berada,
Negeri (ibu negeri dalam kurungan)
  1.  Johor Darul Takzim (Johor Bahru)
  2.  Kedah Darul Aman (Alor Setar)
  3.  Kelantan Darul Naim (Kota Bharu)
  4.  Melaka Bandaraya Bersejarah (Bandar Melaka)
  5.  Negeri Sembilan Darul Khusus (Seremban)
  6.  Pahang Darul Makmur (Kuantan)
  7.  Perak Darul Ridzuan (Ipoh)
  8.  Perlis Indera Kayangan (Kangar)
  9.  Pulau Pinang Pulau Mutiara (Georgetown)
  10.  Sabah Negeri Di Bawah Bayu (Kota Kinabalu)
  11.  Sarawak Bumi Kenyalang (Kuching)
  12.  Selangor Darul Ehsan (Shah Alam)
  13.  Terengganu Darul Iman (Kuala Terengganu)
Wilayah Persekutuan
  1.  Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  2.  Wilayah Persekutuan Labuan
  3.  Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Nak belajar Geografi ke apa ni? Hihi.

    Begini.
    Dulu saya selalu rasa yang saya macam tak sesuai berada di Terengganu. Walaupun Terengganu merupakan negeri di mana saya membesar. Saya tidak dapat sepenuhnya menghayati jiwa menjadi orang Terengganu. Bukan tidak berbangga dengan diri sendiri tetapi entah, rasanya seperti ada bahagian yang tidak lengkap, walhal negerinya cantik, budayanya menarik, insyaAllah orangnya baik-baik. (Curi tagline MB)

    Dan sungguh, saya sangat seronok dan berbahagia di Bumi Melaka. Disitulah bumi saya menerima tarbiyyah. Susah kan nak lupa, pada satu tempat yang meninggalkan impak besar dalam kehidupan kita. Kelantan pun sama, bumi yang membina karektor awal remaja saya yang memberi kesan kepada kedewasaan saya. Dan sebuah daerah di Johor, iaitu Muar. Tiga bulan je kot kat situ, tapi berat rasa hati nak tinggalkan. 

    Jadi saya lantas membuat perbandingan, kenapa tempat-tempat berkenaan begitu dekat dengan saya. Ahha!! Akhirnya saya come out with one simple conclusion. Mana taknya saya sayang dengan tempat berkenaan, setiap ceruk saya dah lalui, setiap jalan saya jelajahi (hiperbola sikit). Pendek kata, saya independent di sana. Saya bergerak ke mana-mana tanpa sekatan. Sampai kereta tu berapa kali nak kena servis. Jauh berjalan, sampai ke Kelantan. Bukan tak pernah sarapan pagi kat Melaka, makan tengahari di Kuala Lumpur, makan malam di Kedah, makan awal pagi esoknya di Pulau Pinang, dan berakhir di Perlis. Pernah juga makan malam di Melaka, makan lewat malam di Bangi, sarapan pagi di Sabah. Satu kepuasan dan keseronokan dapat travel. 
  4. Di rumah pula, saya travel secara maknawi. Haha. Apa la yang aku nak mengarut lagi ni. Travel saya bukan di jalanan. Hanya minda saya sahaja yang berjalan sejauh-jauhnya sedangkan jasad saya statik. Perjalanan minda ni bahaya. Terlebih berfikir tanpa dipandu boleh tersesat jalan. Mula la membina sangkaan-sangkaan yang tidak sepatutnya. Lebih-lebih lagi banyak masa yang ada. Macam sekarang pun dah mengarut entah ke mana. Sebenarnya, saya cuma nak cakap tentang:

    Tidak kira walau di mana kita berada, r
    ahmat Allah s.w.t tetap ada dan sama sebenarnya. Walaupun kita rasa kita tak seronok dengan tempat di mana kita berada sekarang, tetapi Allah masih menginginkan kita berada di situ, pasti ada hikmah yang Allah ingin sampaikan.. Ianya bukan mengenai tempat. tapi mengenai hati dan kesediaan kita. Kalau saya suka biah di Melaka, kenapa tidak saya berusaha untuk menjadikan tempat saya sekarang sebagaimana saya berada di Melaka. Bukan tiada pondok ataupun kuliah agama di sini. Bukan tiada program. Ada. Jadi, apa masalah saya sebenarnya? ;)
Belajar tawakkal dan belajar menerima. Belajar menelan kembali nasihat yang saya bagi kat orang. Sebab tu saya kena ada blog, supaya saya boleh tengok balik apa yang saya dah tulis sebelum ni, sejajar ke tidak dengan tindakan yang saya buat sekarang.

So, no more post sedih-sedih nak berpisah la bagai. Saya kena appreciate tempat di mana saya berada sekarang. Maknakan taklifan baharu, maknankan suasana sedia ada sebelum menyahut panggilan ke destinasi lain yang mungkin ada cerita lain buat saya. Mudah-mudahan saya dapat menyempurnakan misi sepanjang menunggu posting ini. InsyaAllah.

Till the next post, keep calm and have faith.
Sabar dan bertahanlah. 

My dream.. :)

Friday, January 10, 2014

Understanding women

Bismillahi wal hamdulillah.

Apabila kelapangan mula menjengah, kita akan menjadi rindu kepada sebuah kesibukan. Sedangkan apabila kesibukan meribut, kita cuma mengharapkan segalanya selesai dengan baik. Sesungguhnya saya berterima kasih kepada insan-insan yang sudi untuk mengajukan soalan agar dengannya saya menghabiskan waktu dengan berfikir.

Ada soalan yang sangat menarik diajukan kepada saya yang saya ringkaskan untuk bagaimana memahami muslimat. Ianya soalan yang sukar untuk diperjelaskan dengan teliti, berdasarkan statistik mahupun fakta dalam mana-mana buku. 



Hehe... Epik sungguh rasanya gambar ni. Tapi itulah hakikatnya. Sedangkan saya yang sejenis ini pun sukar memahami sekeping hati milik wanita, apatah lagi yang namanya lelaki. Ternyata, terdapat hikmah yang lebih besar yang Allah ingin berikan. Apabila saya memulakan pencarian atas talian, terdetik di hati ini:

"Mengapa tidak aku mencari dengan menggunakan istilah 'memahami muslimat'. Rasanya itu lebih menepati persoalan."

Lantas saya meneruskan carian. Nyata sekali, memahami muslimat itu dipisahkan oleh satu perkataan yang mempunyai maksud yang cukup signifikan iaitu PERANAN menjadikan ayat yang sepatutnya ialah 'memahami PERANAN muslimat' . Mulianya seorang perempuan dengan menyandang gelaran muslimat, menjadikan Islam sebagai CARA HIDUP sehingga akhirnya dia mampu berperanan.

Maka saya kira, ada ketikanya saya menjawab persoalan dengan tidak mengambil kira Islam sebagai pelengkap perempuan itu. Saya khilaf. :'(

Sedangkan dijadikan mulia seorang perempuan itu apabila hadirnya Islam yang diterjemahkan melalui akhlak Rasulullah. Kisah yang selalu kita dengar sebagaimana berikut.

Suatu hari ketika berjalan, Rasulullah melihat bahwa wanita tua yang suka menyakiti baginda Rasulullah tidak ada di tempat biasanya. Di tempat yang biasa baginda lalui selalu saja wanita itu menaburkan duri dan najis. Baginda Rasulullah kemudian bertanya kepada orang perihal wanita tua itu. Ternyata wanita tua itu telah jatuh sakit. Tiada seorang pun menziarahinya Lalu baginda Rasulullah datang menziarahinya. Dibawanya hadiah.

Ketika berjumpa Rasulullah, wanita tua itu menyangka bahwa Rasulullah akan balas dendam dengannya. Wanita tua itu berkata, " Wahai Muhammad (dia memanggil Rasulullah dengan Muhammad saja), engkau hendak membalas dendam kepadaku ya! Mentang-mentang aku sakit?"

Baginda Rasulullah menjawab, " Tidak, saya dengar Ibu sedang sakit, saya datang untuk ziarah. Ini ada hadiah untuk Ibu".

Maka menangislah wanita tua itu dan berkata, " Baru aku tahu bahawa orang yang paling aku tentang itu adalah orang yang paling baik."

Akhirnya wanita tua itu masuk Islam. Halus benar akhlak baginda Rasulullah, sebab itulah perjuangannya cepat berhasil. Akhlaklah yang berperanan penting. Orang bisa masuk Islam hanya karena terpikat oleh akhlak beliau. Inilah yang sepatutnya dicontoh oleh pejuang-pejuang akhir zaman.

Lihat, sungguh tepat sekali. Hanya dengan Islam, martabat seorang perempuan diletakkan pada tempatnya tanpa dizalimi oleh eksploitasi ataupun idea feminisme yang kononya ingin menyamatarafkan lelaki dan perempuan.

Rasanya sungguh tak layak untuk meneruskan tulisan ini sehingga ke isi berikutnya. Terasa kepoyoan kuasa dua. Tapi kalau tak tulis, makin terasa tulisan tu berlegar-legar dalam kepala. Berpusing bagaikan ada perkara yang tidak selesai. Suka untuk saya menyimpulkan persoalan apakah yang diinginkan oleh seorang muslimat daripada bakal suaminya. Jawapannya cumalah:

Dia cuma mahu diberikan peranan yang selayaknya. Peranan sebagai hamba Allah, sebagai isteri, sebagai anak kepada ibu bapanya, kepada ummi kepada anak-anak kalian, mungkin juga peranan dalam masyarakat dan agama. Itu sahaja yang dia mahukan.

Teringat saya kepada buku tulisan Pahrol Mohd Juoi melalui perbualan penulis dengan Mak Langnya yang membekas di hati saya sehingga kini. Saya salinkan bulat-bulat tanpa edit.

Dalam dialog yang pertama:

"Mak Lang tak pernah bayangkan suami Mak Lang mesti begini dan begitu... Hati Mak Lang terima bulat Pak Lang kamu sejak di akad nikah. Yang Mak Lang fikir, macam mana Mak Lang perlu buat bila dah kahwin nanti... Kena masak, kena jaga rumah, kena layan suami, kena didik anak... Mak Lang sedia itu sahaja. Mak Lang fikir singkat sahaja. Tak pandai pasang angan-angan."

Manakala dalam dialog kedua:

"Apa falsafah hidup Mak Lang?"
"Mak Lang tak pandai. Mak Lang hanya buat apa yang Mak Lang patut buat. rasanya Pak Lang pun begitu. Rasa kami sama, sebab selalu bersama.
"Tapi ada orang selalu bersama, tapi rasa mereka tetap tak sama.... Kenapa Mak Lang?"
"Tak tahulah pula. Tapi mak Lang dulu selalu buat macam ni... Mak Lang selalu fikir apa yang Pak Lang rasa, bukan yang Mak Lang rasa. Kalau keadaan macam ni, macam mana Pak Lang buat. Kalau macam tu, macam mana pula Pak Lang bertindak. Entahlah, akhirnya Mak Lang rasa : Dalam diri Mak Lang, Mak Lang tak ada... yang ada cuma ada Pak Lang."


Hoho, memang susah sangat nak capai ke tahap Mak Lang. Seriously. Teori memang mudah, praktiknya belum tentu. Itu prinsip Steven Covey 'Seek to understand than to be understood'.

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebajikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat ke pada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Maksud Surah al-Taubah(9):71).


Nota kaki: Sekiranya ayat ini ditadabbur dengan mengambil kira pembentukan baitul haraki, pasti berjumpa dengan jawapan kepada semua persoalan. Tiada yang lain diharapkan dalam sebuah baitul haraki melainkan keberkatan dan mardhatillah. Retorik ke semua ni?

Wallahua'lam.

Sunday, January 5, 2014

Jujur aku belum

Bila ditanya tentang bila,
Jujur aku belum fikir.

Bila ditanya tentang siapa,
Jujur aku belum jumpa,

Bila ditanya tentang bagaimana,
Jujur aku belum tahu.

Bila ditanya kenapa,
Jujur aku belum siap.


Saya pernah bertanya kepada seorang teman.

"Macam mana boleh bangkit daripada kelukaan lama. Maksudnya macam mana awak cuba lupakan seseorang yang dulu awak suka?"

Mudah sahaja jawapannya.

"Saya cerita kat Allah je kak. Cinta kan milik Allah. Jadi, kalau dia nak ambil, itu memang dah milik dia. Boleh jadi jugak perasaan yang kononya cinta selama ni, bukan sebenarnya cinta. Saya cuma diuji. Mujur jugak kak. Saya tahu dia orang yang salah sebelum kami berkahwin"

Saya tersenyum. Hebat jawapannya. Tarbiyyah Rabbani memang begitu. Terasa getar rasa yang tersimpan.

Jadi, mintalah cinta dari Allah dan sebarkanlah.

Wednesday, November 27, 2013

Sukakan seseorang?

Assalamualaikum w.b.r...

Tarik Nafas.


Hembus.

Rasakan H2O di sekeliling kita.

Alhamdulillah. Tenang kan. Nikmat yang Allah bagi. Kalau kita stress, keluarkan kesesakan yang mendesak. Rasakan nafas baru di sekeliling kita. Tenangkan hati. InsyaAllah, masalah kita tak akan lebih besar berbanding Allah.

Dulu waktu sekolah, kalau cikgu tanya: "Siapa yang sedang bercinta?"

Semuanya alim-alim kucing malu nak angkat tangan. Lepas tu cikgu tanya: "Awak semua tak pernah bercinta dengan ibu bapa ke? Cinta tu bukan sekadar antara lelaki dan perempuan sahaja. Tetapi, dengan sesiapa sahaja yang kita sayang pun, kita bercinta dengannya."

"Oh, begitu. Baru tahu"

Polos kan kita waktu kita di usia remaja. Macam-macam yang saya jumpa pendapat tentang cinta antara lelaki dan perempuan ni.

"Sunyi la tak ada pak we. Kita nak cerita masalah kita kat sape?"

"Eh, buat apa nak bercintan-cintun. Kita perempuan zaman sekarang dah tak perlukan lelaki"

"Saya tak nak bercinta sebelum kahwin. Saya tak nak teman lelaki. Saya nak suami"



dan macam-macam lagi. 

Saya pula lebih selesa dengan pendapat:


"Cinta akan tiba pada satu saat yang tepat, tidak akan cepat tidak akan lambat. Just on time. Mudah-mudahan hanya sekali, dengan insan tepat dengan asbab yang diredhaiNya."

Pesan Murabbi saya: "Sabar dan bertahanlah dengan perancangan itu"



Cinta juga merupakan satu fitrah. Teringat cinta monyet zaman sekolah rendah.

"Cikgu, saya tak suka la dia macam ni. Tak payah la nak suka saya. Huhu. Kita kan kecil lagi"

"Eh awak ni, cinta tu kan fitrah. Hati dia ada dalam diri dia. Mana awak boleh suruh dia tak suka awak. Awak tak suka dia, biarla. Dia suka awak, mana awak boleh halang"

"Ala cikgu ni... Huhu"


Berkali-kali juga saya diajukan soalan ini oleh muslimat yang ingin menjaga hati, diri dan pergaulannya. Saya sangat bersyukur ditemukan oleh Allah dengan mereka yang  bersungguh-sungguh menguruskan fitrah. Saya tahu, Allah menghantarkan persoalan mereka kepada saya supaya dengan itu, saya juga dapat menjaga diri saya. Sesungguhnya, bukan satu perkara yang mudah bila perlu menjaga hati ini dan sekali lagi kita harus mengingatkan diri, "Dimanakah Allah dalam urusan kita?"

Lazimnya mereka akan datang dalam keadaan malu-malu. Membawa perbualan sehingga bertemu kepada titik bicara.

"Bagaimana agaknya untuk kita melupakan seseorang?"

Suka untuk saya mengingatkan diri saya sendiri, apabila diajukan soalan. Jangan pernah anggap persoalan itu adalah persoalan kecil dan elakkan tertawa. Jangan sama sekali. Ini peringatan keras! Setiap yang bertanya itu, punya hajat dalam hati. Dan bukankah menyempurnakan hajat saudara seakidah itu sangat dituntut? Senyum. Elakkan bertanya siapa gerangan orangnya, sekiranya dia tidak bersedia untuk memberitahu. Ketahuilah, dia sedang berperang dengan hati sendiri dalam satu mujahadah yang besar.

"Sahabatku sayang. Sesungguhnya perasaan yang hadir dalam diri itu tidak salah sama sekali. Pertamanya, kita kena tengok balik. Kenapa kita menyukainya. Kerana agama, paras rupa, kekayaan, atau keturunan. Jika agama, maka berbahagialah. Kamu menyintainya kerana kamu memerlukannya. Keduanya, lihat pula pergaulan kita dengan dia. Adakah melebihi batas syariat? Adakah dia tahu kita menyukainya? Jika usia kita dan persediaan kita memang sudah pantas buat kita untuk melangkah ke maratib amal selanjutnya. Maka, nah. Teruskanlah. Jangan kata soal perigi timba. Sekarang orang ambil air guna paip air je. Konsep perigi timba tak wujud pun dalam Islam. Baitul muslim ada, murabbi ada. InsyaAllah. Tujuan yang baik. Wasilah yang tepat. Pengakhirannya pasti baik. Soal diterima ataupun tidak. Itu rahsia Allah"

"Ehhe, malu la kak"

"Akak pun bukannya orang berpengalaman. Tapi peganglah kata-kata dan doa ini: " Ya Allah, sekiranya dia yang Engkau titipkan rasa sayang di hati ini, adalah jodohku. Maka permudahkan jalan bagi kami. Sekiranya bukan dia yang Engkau kirimkan padaku, maka pisahkanlah kami dengan kasih sayang dan persuadaraan Islam. Hadirkan insan yang tepat, pada waktu yang tepat, dengan asbab yang tepat dan dengan dia aku mampu terus berkhidmat untuk Islam"

"Tiada jawapan lain. Sama-sama kita mujahadah. Pahit, tapi untuk syurga yang indah. Bertahanlah"



Wednesday, November 20, 2013

5 Rencah 5 Rasa Nasi Kerabu

Assalamualaikum w.b.r dan Salam Sejahtera.

Salam 1 Aqidah 1 Perjuangan 1 Ummah..

Alhamdulillah, lama tak makan nasi kerabu.. Petang tadi berpeluang menikmati aroma dan rasanya.

Fuh!! nikmat dunia Allah bagi rasa. Memang daebak!! Sesuai dengan harganya...

Teringat kelincahan pak cik yang menjual nasi kerabu tadi memasukkan kesemua adunan sehingga jadilah nasi biru yang biasa itu, satu hidangan nasi kerabu yang super delicious. Maka skru yang berkarat mula berputar. Bila kita dah lama tidak berfikir secara mendalam, saat Allah bagi balik nikmat berfikir itu, sungguh!! rasa seperti diberikan kembali peluang untuk hidup. Nikmatnya.. Terima Kasih Ya Allah.

Berbalik kepada kisah nasi kerabu: Apakah yang menyebabkan nasi kerabu tu lain rasanya berbanding nasi yang lain? Baik, memandangkan ini blog saya, maka saya la yang jawab kan? Hihi.. Sudah tentu la sebab kepelbagaian adunan dalamnya. Ada taugeh, ada ulam, budu, sambal belacan, sambal tumis, ikan, daging, solok lada dan ramuan utamanya iaitu nasi biru. Bila saya tengok pak cik yang menjual nasi kerabu tadi membungkus nasi kerabu, saya boleh melihat ramai pelbagai karenah manusia.

"Pak cik, saya tak mahu taugeh"

"Pak cik, budu lebih sikit ye"

"Pak cik, bagi saya 5 bungkus. Nak semua bahan ada"

Ok dah. Cukup tu. Sebenarnya saya cuma nak bercerita tentang perbualan seorang kakak dengan saya melalui whatsapp.

"Ok umai, apa perasaan nak tamat belajar ni?"

"Ntah la kak. Macam-macam rasa ada. Bercampur gaul. Tapi sedap. Rasa seronok sebab nak tinggalkan sistem ni. Walhal tak tahu pun sistem yang akan di hadapi nanti bagaimana. Karenah birokrasinya bagaimana. Mungkin lebih teruk. Mungkin juga tidak. Seronok juga, sebab dah boleh bagi umi dan abah happy. Akhirnya habis jugak anak aku belajar... Ehhe. Of course sedih, bhai. Nak berpisah dengan kawan-kawan yang macam adik beradik. Yang tahu kita luar dan dalam bagaimana. Sahabat tu, tok sah cerita la. Biarla tersimpan di sudut yang paling dalam kat hati ni. Tak nak cakap."

"Ok dah, akak faham perasaan tu"

"Hihi, ingat nak buat karangan dah tadi"

"Sebenarnya akak nak tanya perasaan awak kena provoks tadi"


"Oh yang tu, tak apa kak. Dah biasa kena lagi teruk. Alhamdulillah, masih hidup lagi umai ni. Huhu"



Realitinya, tak semudah yang disangka. Kau dah terima tarbiyyah. Dah pernah pikul taklifan. Tapi kau duk diam kat rumah. Oh, Ya Allah. Itu sebenarnya kan maksud kepada semua provoksi tu. Faham. Saya faham sangat. Sebab saya dah kena tarbiyyah. Saya dah pegang taklifan, saya sangat jelas. Sangat kot. Dan saya tak minta pun orang faham saya sebab hal kecil tak perlu difahami. Saya pun mungkin sebenarnya beralasan sahaja. Sebenarnya mungkin sekarang saya sekadar berperang dengan diri sendiri sahaja. Saya nak cuma orang tahu, bukan senang makhluk kinestatik seperti saya apabila 'patah kakinya'. Memang selagi saya tidak berjalan, saya tidak akan sampai ke destinasi. Saya memang tiada alasan. Saya pun sebenarnya, makhluk yang takut pada bayang-bayang sendiri. Saya bercakap tentang melukis pelangi, tapi sebenarnya saya sendiri yang menyimbah cat hitam. Kelam. Allah.

Dan sumpah. Hari ni saya menulis dengan jiwa yang sedar. Saya memang bapak jeles dengan sahabat yang dapat update gerak kerja, Dapat follow up dan menyesuaikan diri dengan baik. Dapat mengikut rentak. Dan saya masih terkial-kial. Sebab? Tak ada sebab konkrit. Saya cuma terperangkap dalam dunia ciptaan saya sendiri. Saya cemburu tengok mereka berpenat lelah untuk Islam dan saya sekadar menghabiskan buku-buku di rak yang tidak terusik. Rasa macam loooser giler. Saya mampu dan saya tak buat apa-apa. Bila buka Al-Quran rasa cam kena debik. Bertambah looser bila tulis semua benda ni dalam blog. Saya cuma nak kongsi, supaya satu hari nanti, bila Allah izinkan saya sibuk dengan Islam, saya akan hargai orang sekeliling yang akan alami situasi yang sama macam yang saya lalui sekarang. Sakit wooo. Pedih. Ia ibarat jatuh dari tempat yang tinggi. Gaung mungkin. Luka yang tak dapat dilihat.

Berperanan ikut kemampuan masing-masing. Kalau tak dapat nak buat semua jangan tinggal semua. Hanya itu yang dapat menyedapkan hati. Boleh digunakan untuk memekakkan telinga, menebalkan hati untuk membaca tulisan yang boleh membunuh. Boleh je pilih untuk tak baca. Delete semua contact number. Delete fb skali lagi. Tukar nama. Pindah negara (ok, ada 2 atau 3 hiperbola). Tapi, SABAR dan BERTAHANLAH. Ini ayat murabbi yang saya nak pegang. Saya kena redah. Saya kena lalui. Saya tahu ada hikmahnya. Allah tak akan jadikan semua ini saja-saja.

Mudah-mudahan masa senggang ni Allah bagi sebab ilmu saya yang cetek giler. Dia nak banyakkan membaca. Dia nak saya muhasabah. Supaya tak jadi bajet baik. Bajet perfect. Bajet segala bagai. Supaya saya dapat cari diri sendiri. Dapat jumpa tujuan. Dapat jadi patience balik. Rahsia Allah terlalu rahsia. Izinkan saya terus hidup sehingga saya dapat mati dengan pengakhiran yang baik. Dalam keadaan saya bergerak kerja untuk Islam. Dalam keadaan sibuk.

Ok done. Itu sahaja bebelan saya. Saya berharap saya akan menulis lagi dengan lebih ilmiah tanpa emosi berlebihan. Seronok dapat kutuk diri sendiri kaw-kaw. Nak kutuk lagi. Nak kutuk lagi. Huhu. (Kutuk diam-diam eh?? ) ;)

Tuesday, October 29, 2013

the unspoken love ^^v

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.r.

Alhamdulillah wa syukurillah..... Tembakan ucapan tahniah atas perletakan sebuah taklifan yang masyaAllah beratnya. Saya memang selalu cakap, bila Allah dah bawa kita kepada satu jalan, Dia akan membawa kita melaluinya. Memang Allah memang bawa saya melaluinya. Tapi saya kira saya yang melaluinya dengan mata yang tertutup, minda yang separa sedar. Menghitung satu demi satu dosa yang dilakukan itu merupakan satu perkara yang cukup memeritkan. Sudikah lagi Allah menerima taubat hambaNya yang banyak berdosa ini?

Allah sentiasa sudi. Hebatkan Allah. Hebat sangat.



Betul sebenarnya, sekalipun banyak kepincangan yang berlaku. Banyak pemberontakan hati yang tercetus. Semua itu banyak mendidik hati. Banyak membantu untuk melihat dunia dalam kacamata yang berbeza. Mungkin tiada manfaat saya untuk orang lain, tetapi terlalu banyak manfaat orang lain untuk saya.


Hikmah yang terbesar ialah Allah mengurniakan saya adik-beradik dalam perjuangan yang sangat hebat. Melihatkan mereka saya jadi termalu sendiri, melihat semangat juang mereka, saya membuat introspeksi.

Konklusinya, Allah hantarkan orang-orang yang baik kepada saya supaya saya menjadi baik. Orang yang baik kena ada hati yang suci. Orang yang baik kena sentiasa berlapang dada. Orang yang baik kena sentiasa berprasangka baik dengan Allah.


Jauh lagi saya untuk mencapai ke tahap itu. Sedangkan saya tak tahu bila ajal akan datang menjemput.

Specially dedicate to my happy and wonderful siblings dalam perjuangan, even I know uolls are not going to read this.

Walaupun along mungkin tak dekat dalam panggilan telefon dan sms. Mahupun taujihat penuh hamasah dan bimbingan yang menggerakkan. Ketahuilah sesungguhnya, kalian dekat dalam rabithah. Kita akan terus melangkah kerana kita tahu matlamat yang kita nak tuju itu adalah sama. Kita pun lalu jalan yang sama walaupun pada masa yang berbeza. Ada duri yang pada jalan kalian yang along tidak bersama, tetapi ketahuilah setiap kali mengaduh tentangnya, duri-duri itu turut menusuk tajam ke dalam hati. 

Namun, resmi kita yang mendambakan syurga Ilahi. Orang mukmin tidak akan berlama-lama dalam kesedihan. Sampai waktu kita akan membuka lembaran baru yang lebih membawa kita dekat pada sang pencipta. 

Along tak pandai nak bersweet-sweetan. Apatah lagi nak mengungkapkan sayang. Biar ia tersimpan dalam lubuk hati yang paling dalam, supaya dapat menjadi saksi di hadapan Allah kelak. Mempunyai sahabat dan adik beradik dalam perjuangan merupakan anugerah yang terindah. Mahal weh harganya. :)

To anjang ridz, ateh, usu, dan adik: Selamat meneruskan perjuangan.

To along wan, angah hafiy & angah del, ateh fizi, anjang cik da, achik, usu paih, uda fariq & uda syair : Semoga kita terus istiqamah.

[menulis post ini untuk dibaca satu hari nanti]

Wednesday, October 16, 2013

an excuse

Assalamualaikum w.b.r

Tujuan post ini wujud mungkin untuk sebuah penjelasan. Walaupun tak semua perlu pada sebuah jawapan, tetapi untuk isu ni macam perlu je. Tak perlu baca, sebab tak ilmiah pun. Sekadar menconteng supaya satu hari nanti, bila baca balik blog bersawang ni, saya akan dapat tahu adakah saya orang yang tetap pendirian ataupun 'lalang' ataupun bahasa baiknya fleksibel terhadap sesuatu keputusan.

PERTANDINGAN.

Ya, pertandingan.


Mesti sahabat-sahabat ada yang pernah masuk pertandingan kan. Hebat-hebat belaka. Pendebat terbaik, penyajak terbaik, anugerah inovasi, putera/puteri mithali, mahupun apa-apa jua gelaran yang hebat-hebat hasil pertandingan yang pernah diikuti. Memang terbaik. 

Sejak dari sekolah rendah, sekolah menengah, hinggalah ke pengajian tinggi, banyak pertandingan yang dianjurkan. Bermula dari peringkat dalam kelas hinggalah ke peringkat antarabangsa. Untuk mencungkil bakat dan potensi. Untuk menilai siapakah yang terhebat dalam kalangan yang hebat. 

Saya sendiri pun tak terkecuali. Pernah mengikuti beberapa pertandingan. Beberapa sahaja. Tak banyak macam orang lain. ="=

Jadi apa masalahnya dengan pertandingan?

Baiklah, to tell the truth......... Saya kurang selesa dengan pertandingan. Sebelum menjelaskan dengan lebih terperinci, suka saya untuk menerangkan tentang kata kunci ialah KURANG SELESA, bukan benci atau tak suka. Dan penggunaan kata ganti nama diri SAYA merujuk kepada saya (Siti Umairah binti Othman- 891209-14-****), bukan untuk orang lain. Bukan juga untuk memaksa orang lain bersetuju. Sekadar menyatakan pandangan sahaja. ^_^v


Baiklah....

Kenapa kurang selesa?




Sebelum itu, cuma nak ceritakan tentang satu-satunya pertandingan yang saya kira saya mampu berjiwa dengannya iaitu pertandingan forum remaja. Itu satu-satunya pertandingan mewakili sekolah yang saya masuk atas kerelaan hati sendiri. Betul saya masuk kerana minat dan suka dengan tajuknya. Saya sangat tabik dengan cikgu yang mendorong untuk memasuki pertandingan ini. Cikgu Muhamad. "Keganasan Global: Menyingkap Punca Permasalahan dan Implikasi" . Saya kenal istilah Islamifobia. Saya tahu serba sedikit tentang keganasan terhadap umat Islam seluruh dunia. Jadi, sangat suka untuk membawakannya. Konon selektif la kan. Haha. But, as long as we can make a choice, then choose. ;)

Bila masuk IPG, entah kenapa keterujaan itu hilang. Seringkali juga mencipta alasan untuk tidak mewakili apa-apa jua pertandingan. Seringkali menggunakan alasan taklifan untuk 'melarikan diri'. Saya tidak menyalahkan orang lain, sebaliknya cuba membuat refleksi. Apakah punca semua ini. Pesan Cikgu Mad untuk 'tidak berhenti di sini' nampaknya saya biarkan begitu sahaja. Terngiang-iang kata-kata Cikgu Jizah, "saya tak faham kenapa awak tak nak masuk".


Inferiority Complex?

Haha. Idokla sampai tahap tu.

Sejujurnya, saya orang yang tidak selesa dengan pertandingan kerana saya tak suka pada keadaan hati saya sepanjang pertandingan. Semua orang ada 'stage nervous', saya pun tidak terkecuali. Walaupun ada pengalaman memberikan ucapan sekalipun, tetap perasaan itu tak akan hilang. Saya akan bersedia untuk jangka masa yang lama untuk sebuah ucapan ringkas. Saya akan tanya hati saya betul-betul, adakah saya memang ingin sampaikan apa yang saya nak sampaikan ni. Ada tak manfaatnya pada orang. Banyak soalan-soalan yang perlu di bina. Banyak buku atau artikel yang perlu dibaca. Sambil berjalan otak akan mula membina isi-isi penting.

Jadi, intipati yang saya cuba sampaikan ialah.... saya menghadapi kesukaran untuk menyampaikan idea orang lain yang tidak saya fahami dengan jelas. Jadi kalau saya tidak dapat faham, bagaimana saya mampu menyampaikan dengan baik. Sekadar bercakap di angin lalu, masuk telinga kiri kemudian keluar telinga kanan. Huhu... I can't bear with that. Seriously. No matter how hard I try. :(


Bukan senang nak menjaga sekeping hati. Kita yang jaga hati kita, kita tahu bagaimana sukarnya. MasyaAllah. Allah sahaja yang tahu. Jadi, kalau hati sedang sesak dan pertandingan yang memerlukan penelitian dan masa, saya perlu menolak atas dasar perkara lain yang perlu saya beri keutamaan. Fiqh awlawiyat.

Saya tak hebat. Saya cuma memilih untuk apa yang perlu saya sampaikan. Maka membuat pilihan itu bukan satu perkara mudah bagi seorang perempuan. Jadi, ini 'kecerewetan'  yang major. Mohon diampuni pada hati-hati yang sebal dengan tindakan saya. Jiwa-jiwa yang terluka dengan sikap tidak ambil bahagian dalam pertandingan. Saya tak mampu.

Sekiranya akan datang, muncul keadaan yang saya mampu Insya-Allah saya akan memberikan yang terbaik. Saat itu akan tiba apabila matlamat saya bukan untuk sebuah kemenangan. :)





Tuesday, October 15, 2013

Siswa/i Pendidik IPG tidak kompeten? Apa Peranan?



Dalam mendepani cabaran semasa, satu persiapan penting yang perlu ada dalam setiap mahasiswa pendidik adalah menyedari cabaran yang perlu di hadapi oleh mereka. Berdasarkan pengalaman mengikuti latihan yang disediakan di IPG, apakah cabaran yang ada dan bagaimanakah pendekatan yang digunakan dalam menghadapi cabaran berkenaan?

Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pendidikan 1, Tan Sri Muhyiddin bin Yassin pernah berkata bahawa “ Guru mesti melengkapkan diri dari sudut keilmuan dan sahsiah, berintegriti, beriltizam dan mempunyai kesedaran membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek” . Hal ini berkait dengan etika keguruan iaitu penampilan atau personaliti. Kenyataan ini telah dipetik daripada artikel ‘Negara Perlu Guru Berkualiti’ petikan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 16 Mac 2011.
Isu dan cabaran merupakan dua perkara yang berbeza. Isu merupakan perkara pokok atau persoalan yang dibincangkan. Satu isu yang menjadi perbualan hangat dalam kalangan siswa pendidik kita mutakhir ini ialah isu penempatan guru pelatih.
Penghapusan Jaminan Guru Pelatih

"Pada masa ini, guru pelatih IPG dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijamin pelantikan sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka. Jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan. Dengan ini, hanya guru pelatih yang memperoleh pencapaian terbaik dan berkelayakan akan ditawarkan jawatan guru. Penghapusan jaminan pelantikan ini bertujuan memastikan penetapan keperluan kualiti minimum bagi guru baru."

(dipetik dari RMK10-Bab 5,m/s:21)
Hadirin yang dimuliakan.
Tujuan saya membawa isu ini untuk dibicarakan, bukan untuk mempersoalkan dasar mahupun ketetapan yang tertulis. Tetapi untuk sama-sama kita renungkan cabaran yang bakal kita hadapi di sebalik isu yang ada timbul. Sejak tahun 1997, dua cabaran pendidikan alaf baharu yang kerap diutarakan dalam persidangan nasional ialah ledakan ilmu yang berbentuk global dan masalah sosial yang perlu ditangani. Maka, IPG juga sebenarnya tidak terkecuali dalam berhadapan dengan cabaran semasa ini.


Cabaran 1:
Mengenali dan memahami dinamik sasaran, gelanggang dan iklim persekitaran.

Sebenarnya, hal ini merupakan satu permasalahan yang sangat kritikal untuk kita analisis bersama. Persoalan yang selalu ditimbulkan ialah, adakah Mahasiswa IPG kompeten? Jadi saya buka kembali persoalan ini kepada sekalian siswa pendidik yang hadir pada hari ini. Kelebihan kewangan dengan elaun yang diberikan, waktu pembelajaran yang tidak sepadat mahasiswa di IPTA, jaminan pekerjaan telah mewujudkan satu ‘zon selesa’ kepada siswa pendidik IPG. Sekali di uji dengan isu penempatan, kita mula menyedari yang kita tidak lagi berada di zon itu. Bagi yang masih berada di sem awal, masih banyak yang boleh dilakukan. Tetapi bagi yang berada di semester akhir, hanya Allah yang dijadikan tempat sandaran.

Sebelum ini, kesedaran dalam kalangan siswa pendidik untuk berpartisipasi (melibatkan diri) dalam program keilmuan mahupun menganjurkan program sebagaimana diusahakan pada hari ini begitu kurang. Kita banyak berharap kepada program Bina Insan Guru (BIG) dan penyertaan terhadap program anjuran kampus juga tidak mendapat sambutan secara menyeluruh. Kita yang ada di sini pada hari ini, walaupun berlainan kampus, tetapi saya yakin dan pasti, masalah di peringkat kampus kita tidak jauh berbeza.

Bibit-bibit kesedaran untuk memperjuangkan isu secara berpusat telah pun berlaku apabila terjadinya sesuatu isu yang melibatkan kepentingan bersama. Namun, satu usaha yang efektif belum cukup kuat untuk kita menampilkan satu suara bersama mewakili siswa pendidik secara keseluruhannya. Rentetan usaha yang telah kita lakukan sepanjang tempoh kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2013/2014.

Cabaran 2: Menguasai pelbagai teknik dan teknologi secara profesional dalam menyumbang khidmat bakti (jurubicara ummat)

Bekas yang kosong tidak akan mengisi bekas yang lain. Oleh itu, mahasiswa pada hari ini. Tidak kira di IPG mahupun di IPTA dan IPTS harus melengkapkan diri dengan pelbagai teknik dan teknologi dalam menyumbang khidmat bakti. Sebentar tadi kita telah dibentangkan dengan realiti masyarakat kita pada hari ini. Globalisasi pada hari ini sangat berimpak besar terhadap sistem pendidikan di negara kita. Kita tidak boleh menolak globalisasi hanya semata-mata ianya dimulakan oleh orang Barat. Banyak aspek-aspek yang bermanfaat yang boleh kita ambil serta  dalam masa yang sama kita berwaspada terhadap sumber yang tidak memberikan manfaat.

Pelbagai teknik yang dimaksudkan bukan sekadar ilmu dan kemahiran untuk menjadikan kita sebagai bakal pendidik, tetapi juga sebagai juru bicara ummat. Golongan muda yang masih lagi kuat tubuh badannya, cekal semangatnya, harus bersedia untuk mewakili masyarakat dalam mendepani masalah yang berlaku. Masyarakat memerlukan anak muda yang boleh membetulkan segala kepincangan sosial yang berlaku. Kita tidak boleh lagi terus meletakkan diri kita dalam situasi pengguna kepada teknologi semata-mata. Anak muda bukan lagi pengikut trend, bahkan harus berimpian menjadi pencetus trend. Trend yang harus dicetuskan ialah trend budaya ilmu dalam semua aspek kehidupan.

Umat Islam, mempunyai tradisi ‘litaarafu’ atau kekenalan yang mempunyai maksud yang sangat luas. Tradisi ini membolehkan umat Islam mengenal, dan berkongsi sesuatu yang baik dan bermanfaat dari orang lain. Tamadun Cina umpamanya adalah peneroka dalam bidang pembuatan kertas dan penghasilan mesin cetak. Sebelum ini orang Islam menulis di atas daun-daun, pelepah dan kulit-kulit, ianya menjadi sesuatu yang bermanfaat. Al Khawarizmi, ahli Matematik Islam memperkembangkan asas angka secara kreatif dengan memperkenalkan konsep algebra, alghorithm dan lain-lain kepada dunia Islam dan Barat. Manakala Ibnu Battuta pula mengelilingi banyak benua telah menghasilkan penulisan menceritakan perjalanan kisah kehidupan dan budaya di tempat  lain untuk panduan dan manfaat ramai orang.

Cabaran 3: Melahirkan pewaris kepimpinan dan pembangunan negara yang cemerlang.

Setiap yang diciptakan, pasti ada hikmahnya. Dijadikan minyak, gas, uranium, dan lain-lain yang bersifat benda mempunyai nilai ekonomi yang tersendiri. Bahan yang telah disebutkan sebentar tadi penting untuk menjana kemajuan dan perubahan. Begitu juga dengan manusia, apabila segala kelebihan yang ada pada dirinya sebenarnya dapat dijadikan sebagai ‘modal’ untuk manfaat sekeliling. Pembangunan dan penyuburan modal insan bermaksud bagaimana diri insan dibangunkan berbekal dengan kekuatan ilmu dalam acuan pendidikan yang mampu mengangkat martabat penyelidikan, ketrampilan yang bercorak sains dan teknologi hingga membolehkan manusia menguruskan menguruska sumber rahmah dan nikmah yang dikurniakan Allah. Al-Quran memberi keutamaan kepada pembangunan insan kerana seorang insan yang baik akan bermanfaat kepada orang  lain. Sebagaimana Rasulullah yang telah dibangunkan karakternya dengan qudwah ataupun contoh ilmu serta kebijaksanaan.

Modal insan menurut kaca mata Islam ialah bagaimana potensi insani seperti akal, hati, dan jasmani dijadikan sumber kekuatan mengurus diri dan mengurus sistem. Maka, menjadi tungas utama bakal guru untuk menyedari klien yang perlu disantuni merupakan modal insan bakal pewaris kepimpinan dan pembangunan negara yang cemerlang. Apabila masuk ke kelas sewaktu praktikum, satu perkara yang kita harus sama-sama sedar ialah, kita sebenarnya sedang berhadapan dengan pemimpin negara 30 ke 40 tahun akan datang. Dalam kalangan murid yang kita didik mungkin ada yang akan menjadi orang no 1 dalam negara. Boleh jadi orang yang paling penting dalam negara ataupu penjenayah paling dikehendaki.

Negara-negara maju di Barat telah sekian lama menjadikan faktor pembangunan modal insane sebagai matlamat pendidikan mereka di segenap peringkat. Strategi pendemokrasian pendidikan, pendidikan sepanjang hayat, pendidikan komuniti, pendidikan jarak jauh adalah antara strategi yang telah memberikan sumbangan terhadap pembangunan modal insan. Jiran terdekat kita iaitu Singapura, tidak mempunyai hasil bumi yang banyak tetapi mempunyai modal insan berkualiti.

Sekiranya kita membelek sejarah, melalui kisah Sultan Muhammad Al Fateh, kita dapat melihat usaha-usaha yang dilakukan oleh ayah dan para pendidiknya. Beliau melalui proses pendidikan yang cukup hebat. Bukan sekadar kemampuan intelek, bahkan diasuh dengan pelbagai strategi peperangan, diperhatikan amalan seharian, dan mempunyai kemahiran berpidato yang mengkagumkan. Tiada siapa menyangka, bahtera boleh belayar di daratan. Hanya modal insan yang berkualiti mampu menjana pemikiran yang tidak terlintas di fikriran orang lain. Pemikiran dalam kerangka kesedaran beragama dan nilai.

Cabaran membina modal insan pewaris kepimpinan negara ini cukup getir dalam situasi masyarakat yang pincang akhlaknya. Anak-anak dididik dengan baik di sekolah tetapi disebabkan oleh faktor luar seperti pengaruh rakan sebaya, ibu bapa yang lepas tangan, dan masyarakat yang bersikap ‘bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’. Guru sewajarnya kembali berperanan seperti guru dahulu yang sangat diperlukan dalam masyarakat. Turun ke medan masyarakat, dan cuba menyelesaikan konflik permasalahan masyarakat dengan sentuhan keguruan: menyampaikan kepada hati yang mengawal keseluruhan anggota.




KESIMPULAN
Benih yang baik, dilempar ke laut menjadi pulau. Dilontar ke darat menjadi gunung. Begitulah resminya modal insan yang bermanfaat kepada orang lain. Kita sebagai mahasiswa tidak boleh mengharapkan 100 % sistem di IPG, IPTA, IPTS dapat menjadikan kita sebagai ikon pendidik yang hebat pada peringkat awal kita terjun ke medan sebenar pendidikan. Kita akan berhadapan dengan situasi, diberikan tugasan yang tidak pernah kita tahu cara mengendalikannya sebelum ini, kemahiran yang tidak sempat kita kuasai sepanjang latihan, maka apabila situasi ini berlaku, teruji kebolehan sebenar kita sebagai bakal pendidik.

Ya benar, kita dibentuk dalam acuan yang sama. Tetapi harus kita ingat, acuan yang sama akan menghasilkan bentuk yang sama. Rupa bentuk fizikal yang sama. Kemana-mana mudah di cam sebgai guru walaupun masih bergelar siswa pendidik.

Tetapi bentuk yang sama, tidak menjamin rasa yang sama. Mungkin akan ada kuih yang manis, mungkin ada termasin. Mungkin ada yang boleh dikomersilkan, mungkin juga hanya sekadar buat makan-makan di waktu petang.


Kerana apa? Kerana ada beza antara orang yang berinisiatif dengan orang yang sekadar menunggu. Maka sahabat-sahabat, di mana kita? Sama-sama kita fikir dan renungkan kembali. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails