Pages

Tuesday, October 19, 2010

TaK TaHu YAnG MaNA BeTUl...


Salam dari seorang Umairah,

Saya mulakan entry kali ini dengan lafaz Bismillahirahmanirahim... Sesungguhnya Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah..

Sebagai manusia biasa, kita seringkali dihadapkan dengan pelbagai pilihan. Daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada perkara yang besar. Daripada membuat pilihan makanan untuk lauk makan tengah hari sehinggalah memilih parti politik mana yang ingin kita undi... Semuanya memerlukan kita untuk membuat satu keputusan yang akan mendatangkan kesan kepada diri kita dan juga kepada orang lain. Seringkali dalam membuat keputusan, kita akan mendahulukan gerak hati kita
.

Kita juga akan rasa menyesal dan bersalah sekiranya keputusan yang kita lakukan itu mendatangkan kesan yang besar terhadap diri kita dan juga pada orang lain... Dalam membuat keputusan, terdapat tips-tips yang boleh kita ikuti.. Antaranya ialah;



1. Tenangkan Fikiran

Tenangkan fikiran dan jangan bertindak di luar kawalan seperti menjerit, menumbuk dinding, memandu kenderaan dengan laju dan sebagainya. Fikiran yang tenang penting agar kita dapat berfikir dengan waras tanpa menurut gerak hati yang mungkin akan menambahkan lagi kerumitan.

2. Kenal Pasti Masalah Sebenar

Fikirkan perkara yang menjadi masalah sebenar. Cuba ingat sama ada anda pernah menghadapinya ataupun pertama kali. Jika pernah, ingat kembali keputusan yang telah dibuat dan kesannya.

3. Kenal Pasti Pilihan

Fikirkan semua pilihan2 yang ada. Cuba cari seberapa banyak pilihan yang boleh dibuat.

4. Mengkaji Baik Buruk Pilihan

Ingat! Setiap pilihan mempunyai kesan yang baik dan buruk kepada diri atau orang lain. Oleh itu, setiap pilihan perlu dikaji dengan teliti. Fikirkan sebanyak mungkin segala kesan baik dan buruk yang mungkin terjadi jika pilihan itu diambil.

5. Membuat Pilihan Terbaik

Setelah mengkaji baik buruk setiap tindakan, buatlah pilihan yang terbaik dan positif. Pastikan keputusan yang dipilih benar2 mampu untuk anda laksanakan dan jangan menyesal dengan keputusan anda. Keputusan yang telah diambil hendaklah dilakukan dengan penuh keyakinan.

6. Tegas Dengan Keputusan

Yakinlah bahawa keputusan yang dibuat adalah betul. Anda perlu tegas dengan keputusan anda dan jangan ikut kata orang. Jangan mudah berubah. Kesabaran amat penting setelah membuat keputusan agar anda tidak akan kecewa.

7. Nilai Semula

Apabila anda telah melaksanakan keputusan yang diambil, lihat kembali kesan2 yang berlaku. Adakah sama dengan apa yang telah dikaji atau terdapat kesan lain yang tidak tersenarai? Simpan catatan anda untuk dijadikan rujukan jika anda menghadapi perkara yang serupa pada masa akan datang.



p/s: Apapun ingatlah walaupun sehebat mana kita strategi yang kita rancang dalam membua keputusan, yakinlah bahawasanya itulah jua pilihan Allah untuk kita... (=

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails