Pages

Sunday, December 25, 2011

Hazman Shahir..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera



"Allah tidak akan merubah sesuatu yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada dalam (jiwa) mereka"

(Ar Raad: Ayat 12)

"Saya berterima kasih kepada Tuhan kerana mengurniakan kesihatan kepada saya"

Itu yang dijawab oleh Hazman Shahir apabila apakah rahsia kejayaan. Kita selalu dengar orang akan jawab macam ni.

"Ini semua adalah berkat usaha saya yang telah belajar bersungguh-sungguh selama ini. Saya belajar 25 jam sehari, 8 hari seminggu, 32 hari sebulan.... " <--  (hiperbola)

Ini berita yang saya petik dari sumber BERNAMA:

MELAKA: Sekalipun menghidap penyakit saraf dan otot “Spinal Muscular Atrpohy” peringkat kedua, Hazman Shahir Samsul Kamar, 15, semalam membuktikan bahawa dia boleh mencapai keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Dol Said di Alor Gajah itu berjaya mencapai keputusan 5A dalam kesemua sembilan mata pelajaran yang didudukinya berbanding 3A dalam peperiksaan percubaan sebelum ini.

“Saya tidak sangka boleh dapat keputusan sebegini dan tidak percaya boleh mendapat A bagi subjek Matematik kerana ketika percubaan sebelum ini saya hanya memperoleh E,” katanya ketika ditemui selepas menerima anugerah khas daripada Jabatan Pelajaran Melaka di sini.

Mengenai rahsia kejayaannya, Hazman Shahir berkata, beliau belajar lebih 3 jam sehari di rumah dan sentiasa mengingati pesan neneknya supaya sentiasa menjaga solat lima waktu selain mengaji Al-Quran sehingga khatam.

Beliau yang merupakan anak sulung daripada empat beradik, bertekad menjadi contoh terbaik kepada adik-adiknya dan terus berusaha bagi mencapai impiannya menjadi seorang pereka grafik.

“Saya meminati semua bentuk grafik yang boleh dihasilkan melalui perisian komputer dan kagum dengan penghasilan animasi 3D seperti kartun popular Upin dan Ipin

“Jika di rumah, saya minat mereka grafik di komputer sambil berbaring kerana saya langsung tidak boleh duduk. Adik saya, Muhammad Hazwan Syarief berusia 12 tahun juga turut mengidap penyakit yang sama, tetapi kami redha dengan ketentuan dari Allah ini,” katanya.

Akibat penyakitnya itu, beliau mengalami gangguan pertumbuhan pada saraf dan otot sehingga tidak mampu berjalan sejak kecil, selain terpaksa bernafas melalui leher yang ditebuk dan dilengkapi alat bantuan pernafasan khas.

Beliau boleh menulis tetapi memerlukan masa yang lebih lama dan hanya boleh menggunakan pen yang berdakwat basah untuk lebih mudah baginya.

Ibunya, Hazlina Hassan, 41, berkata beliau tidak menyangka Hazman Shahir mencapai keputusan cemerlang walaupun tidak berupaya untuk bergerak.

“Walaupun hanya terlantar di kerusi roda khas dan hanya memiliki berat 12 kilogram, Hazman masih mampu membuktikan yang dia boleh berjaya seperti pelajar-pelajar normal lain,” katanya.

Kata Hazlina, sepanjang pembelajaran di sekolah, Hazman mendapat bantuan daripada rakan sekelasnya untuk bergerak menggunakan kerusi roda khas. — Bernama




Semoga adik Hazman berjaya dunia dan akhirat. Sama-sama kita doakan kesihatan adik Hazman kerana dalam rancangan Assalamualaikum@TV Al-Hijrah tadi ada memaklumkan kesihatan adik Hazman sedikit menurun. 

Saturday, December 24, 2011

Jurukempen Kebaikan


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera buat semua.

"Sesungguhnya kami hayati pagi/petang ini dengan (kesedaran bahawa) kerajaan sekalian alam ini seluruhnya adalah milik Allah. Dan segala puji bagi Allah, tiada sekutu bagai Nya, tiada Tuhan selain Dia dan kepadaNya kami akan dibangkitkan"

Intro
"Jadi awak ingat, duduk depan facebook berjam-jam. Taip pengisian dalam blog tu dah cukup untuk awak katakan yang awak tu berdakwah. Macam tu?"

"Apa yang awak faham tentang dakwah sebenarnya. Saya tak rasa yang awak faham apa-apa tentang dakwah"

"Awak belum berada dalam lapangan dakwah yang sebenar. Setakat  cabaran dakwah dikampus tu, cuma 1/10 daripada realiti sebenar dunia dakwah"

Saya cuma terdiam. Reaksi rutin saya apabila berhadapan dengan provokasi. 'Api kecil' tidak perlu dicurah dengan minyak. Ataukah sebenarnya saya sedang menyatakan 'YA' kepada sebuah tanggapan tipikal masyarakat Melayu: "Diam itu tandanya setuju"?


Jurukempen Kebaikan
Dakwah itu, makna ringkasnya adalah usaha untuk menyampaikan Islam. Semua yang menyandang gelaran Muslim/ah adalah pendakwah. Menjadi duta Islam. Fardhul Muslim yang teguh jiwanya, kental keyakinannya, akan berani mengaku dirinya seorang pendakwah. Anda?

Pada saya pula, istilah dakwah itu terlalu besar maknanya. Berat juga tanggungannya. Sebab tu, kita tidak menjalankan usaha dakwah seorang diri, perlu kepada organisasi. Perlu kepada orang-orang yang berbeza pandangan, berbeza cara pemikiran, berbeza metode penyampaian tetapi mempunyai satu tujuan iaitu dakwah itu sendiri.

Namun bagaimana dengan individu yang masih mencari-cari 'orang-orang' lain itu? Adakah dia perlu berputus asa dengan dakwah?

Sudah tentu, TIDAK.

Berbalik kepada permasalahan istilah dakwah yang terlalu besar maknanya itu. Tidak semua orang yang mengenal dan memahami Islam seawal usia kecil. Sekali dia berada di permulaan mengenal Islam, tiba-tiba dia dikejutkan dengan istilah dakwah. Orang tu baru nak belajar 'alif' 'ba' 'ta', nak belajar balik macam mana cara nak solat. Tak ke berlaku satu kejutan dalam dirinya. Elok-elok nak kenal Islam, dah berputus asa kerana memandang Islam itu susah  untuk diamalkan.

Kenapa yang nampak berat tu sebenarnya?

Kerana konsep dakwah yang ada dalam minda masyarakat adalah:

1. Ustaz/ah yang memberikan ceramah di televisyen mahupun di rostrum dalam majlis-majlis ilmu. Bercakap dengan dalil naqli. menjelaskan dengan dalil aqli.

Ustaz yang cool dan bergaya dekad ini
Fenomena Ustaz Azhar
2. Orang-orang yang sanggup turun ke kawasan pedalaman, menyampaikan dakwah kepada orang bukan Islam untuk kenal Islam.

3. Kena berani tegur orang-orang tengah ber'dating', kena berani marah orang, ilmu kena mantap, bercakap dengan penuh keyakinan, dan sebagainya lagi contoh yang berkaitan dengan lisan.

Menyampaikan Islam itu ada pelbagai cara, antaranya ialah dengan menggambarkan keindahan dan kebaikan Islam. Allah pun tidak membentangkan semua perkara kepada kita, ada perkara yang Allah sembunyikan. Untuk apa? Untuk kita mencari sebab DIA dah bagi kita akal, supaya kita berfikir. Tanggungjawab kita adalah untuk menggambarkan keindahan dan kebaikan Islam.

Baiklah, bayangkan anda merupakan jawatankuasa kepada satu program yang besar. Sasaran anda ramai. Apakah yang perlu anda lakukan bagi menarik perhatian orang ramai untuk hadir dalam program yang anda anjurkan itu?

Yezza!!! Anda memang bijak.

Promosi @ Kempen. Anda akan berkempen dengan pelbagai cara antaranya membuat edaran demi edaran, pengumuman di televisyen, suratkhabar, menawarkan hadiah misteri kepada pengunjung dan banyak lagi.

Macam tu juga dengan dakwah. Ianya sebenarnya kempen kepada kebaikan. Islam itu adalah programnya, edaran@pengumuman@ganjaran adalah caranya, dan kempen itu adalah dakwah. Memandangkan Islam merupakan 'program' terbesar dalam sejarah peradaban manusia, maka ianya memerlukan ramai jurukempen-jurukempen kebaikan. Tiada tarikh tutup pendaftaran. Tempat program: dunia.

Sudahkah anda mendaftar? Jangan terlambat!!! Kita tidak akan tahu bila masanya hak kelayakan mendaftar kita akan tamat. 

Penutup
Jadi, jawapan saya kepada persoalan di atas:

"Jadi awak ingat, duduk depan facebook berjam-jam. Taip pengisian dalam blog tu dah cukup untuk awak katakan yang awak tu berdakwah. Macam tu?"
Ya, itu satu daripada cara saya berkempen. Tidak ada yang mengatakan ianya salah. Cuma ia belum cukup dan tak akan pernah cukup. Saya perlu belajar banyak perkara lagi.

"Apa yang awak faham tentang dakwah sebenarnya. Saya tak rasa yang awak faham apa-apa tentang dakwah"
Saya dah jelaskan di atas. Allah lebih mengetahui hambaNya.

"Awak belum berada dalam lapangan dakwah yang sebenar. Setakat  cabaran dakwah dikampus tu, cuma 1/10 daripada realiti sebenar dunia dakwah"
Ya, memang betul itu. Saya sedang menjalani latihan. Doakan saya thabat dalam jalan yang saya pilih ini. Saya takut, tapi saya tak boleh berhenti, sebab saya dah mendaftar.

(^______________^)v

Surah An-Nahl (Ayat 125)
Pesan pada diri sendiri:


p/s 1: Kempen yang agak menarik minat ramai orang dewasa ini ialah melalui video!! Jadi, penggemar2 video.. tunggu apa lagi. Jangan lepaskan peluang keemasan ini...

p/s 2: Kalau berkempen, kadang-kadang kita akan rasa 'lapar' dan 'haus'. Jadi sediakan bekal lebih daripada cukup. Sebab jurukempennya ramai, kalau kawan kita kehabisan 'bekal', kita boleh kongsi dengan dia.

p/s 3: Masa berkempen ni tak tentu. Setengah orang kejap, setengah orang lama. Yang pasti ianya panjang. Kat tengah jalan akan ada duri-duri dan halangan. Jangan pijak, tapi elak. Kalau tak sempat mengelak, dah terpijak duri, cepat-cepat dapatkan rawatan. Jangan biar lama-lama. Jangan lupa juga, kat tepi jalan ada banyak pokok bunga. Cantik dan warna-warni. Jangan cepat tergoda. Boleh berhenti kejap, cium baunya. Jangan lama-lama juga. Nanti terpesona, kita terleka.

Wallahua'lam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails